MHP 49

11.5K 634 486
                                    

!!! READ THIS FIRST !!!

hi guys, i'm back for a while 😭 mintak maaf sangat sangat for those yang dah lama mintak update next chapter tapi sampai sekarang tak update update (author hilang ssksksk)
before you guys teruskan baca this chapter, i think ni last chapter yang dah siap edit. Chapter 50 saaaampai habis author tak edit apa apa pun and author akan update je terus jadi maafkanku kalau ada kesalahan ayat, typo, tatabahasa apa semua tu HAHAHAHA sebab agak agak la i wrote MHP time form 2 and now author dah form 5 😭🤣

___________________





"Kak! Nak ikut." Aryan mengambil tempat di atas katil. Matanya memandangku yang sibuk mengemas baju untuk kem pada esok hari.

Dia teringin nak pergi, tapi aku tak!

"Dah lah. Sara nak tidur. Pergi masuk bilik." Tanganku menolak belakang badan Aryan supaya keluar dari bilik kemudian pintu bilik ditutup rapat.

Ting!

Danish 💗
Good night ❤️

You
Sweet dream ! ❤️

Senyuman lebar terukir di bibir. Handphone diletakkan di atas meja sebelum lampu bilik ditutup.

•••

"Semua pelajar sila berkumpul dan berbaris ikut tingkatan sekarang!" Arahan daripada Danish Izmeer menarik perhatian semua pelajar tingkatan 5 dan 4 yang terlibat dengan Kem Unit Beruniform.

Selepas mendengar taklimat daripada guru, kami terus menaiki bas. Macam-macam ragam pelajar tingkatan 4 yang dapat dilihat. Kepala digeleng perlahan.

"Ayreen.." Aku menoleh ke arah Eliana. Kening sebelah dijongket ke atas.

"Asal kau macam tak semangat je?" Mendengar sahaja soalan daripada Eliana, aku hanya tersenyum nipis. Aku pun tak tahu kenapa dengan aku.

"Ayreen." Panggil Danish. Pandanganku laju beralih ke arah jejaka itu.

"Nah!" Sebuah kotak bersaiz sederhana itu dihulur ke arahku. Aku memandang kotak itu dan Danish bersilih ganti.

"Ambil lah. Tak nak ke?" Aku tersengih kemudian kotak itu diambil.

"Eh! Jangan buka sekarang." Danish sudah mengeluarkan amarannya.

"Wuu apa tu, Ayreen?" Fatin yang tempat duduknya dihadapanku memandang kotak yang berada di tangan.

"Ni kotak." Balasku. Fatin mencebik.

Handphone dikeluarkan kemudian lagu dipasang. Earphone yang aku letak di dalam beg galas diambil lalu disumbat ke dalam telinga.

"Ayreen.."

"Ayreen..."

"Ayreen Qaisaraaa!"

Mata digosok menggunakan tangan. Eliana dipandang dengan kerutan di dahi.

Ouh aku tidur ke tadi.

"Dah sampai. Jom turun."

Mata memandang keliling bas. Nampaknya orang lain ada yang masih nyenyak tidur.

Mr.Headprefect Poyo [Edit]Where stories live. Discover now