MHP 33

15.8K 948 115
                                    

Bibir ku dicebik kecil.Aku sanggup stay dekat sini lagi daripada duduk rumah Danish tu.

Di dalam bas, aku hanya mendiamkan diri,Eliana dah terbang pergi ke seat depan.Sebab apa? Sebab ada makanan favourite dia kat situ.

Keluhan kecil dilepaskan. Bosan!

"Hai." Aku menoleh ke sebelah kiri.Senyuman dilemparkan kepada Izz yang menyapa ku.

"Nak duduk sini boleh?" Soalnya.Aku mula mengerutkan dahi.Tak ada tempat ke mamat ni? Setahu aku dia duduk sebelah Firdaus waktu datang haritu.

"Erm kalau tak boleh tak apa.Aku tahu tempat ni hanya headprefect kesayangan kau je boleh duduk." Izz menjelingku.Eh! merajuk ke apa Izz ni?

"Headprefect kesayangan? Maksud kau?" Aku sengaja menyoal sambil kening sebelah diangkat.

"Apa-apa je lah.By the way,kau ada apa-apa ke dengan Danish tu?" Soal Izz dan soalannya itu membuatkan aku ingin menyoalnya semula.

"Ada apa apa?" Izz hanya tersenyum.Aku faham maksud dia tapi buat-buat tak faham dah la.

"Er korang couple?" Dan selepas dua saat, aku terus ketawa.Merepek!

"Ayreen aku tak main-main lah" Izz mula serius.Ketawa ku berhenti lalu aku memusingkan badan memghadapnya.

"Tak ada hubungan apa-apa pun" Jawabku.Danish dibelakang ku kerling.Danish dengan cepat bermain phone miliknya.Aku nampak, dia dari tadi perhatikan kitaorang.

"Ouh,ada peluang lah ni?" Aku mengerutkan dahi.Peluang? maksud dia?

"Hahah nanti kau faham la. Okay? Bye." Lelaki itu terus bangun dan duduk di tempatnya semula.Aku hanya menggeleng kecil.Pelik pelik!

•••

"Ayreen , kau tercegat apa lagi kat situ?" Soal Danish hairan kerana melihatku yang hanya berdiri tegak di sebelah kereta.Korang dapat teka kan aku dekat mana sekarang?

"Okay lah, kau nak sangat duduk dekat luar ni kan? Ha duduk lah. Berdiri kat situ lama-lama.Aku masuk dulu eh." Danish terus mengangkat begnya dan masuk ke dalam rumah.Baru sahaja pintu rumah hendak ditutup,aku memanggilnya.Jahat betul dia ni.

"Lah ! kau tak nak masuk kan? Berdiri lah kat situ sampai mama dengan papa kau balik Malaysia" Aku mencebik.Kejam!

"Nak aku dukung kau ke?" Soalannya membuatkan aku dengan cepat membawa beg masuk ke dalam rumah.Danish mula tersenyum sinis.Cukup-cukup lah dia dah dukung aku waktu aku sesat haritu.

"Mana mummy kau?" Aku memulakan perbualan selepas duduk di atas sofa.

"Dekat butik dia." Aku sedikit terlopong.Ala! Aunty tak ada pula.Malu la kalau berdua dengan dia je.

"Daddy kau?"

"Dekat office lagi" Keluhan kecil dilepaskan.

"Abang Danial?" Okay ni soalan last.

"Dia pergi belajar kan."

Kiranya memang aku dengan dia je lah dalam rumah ni sekarang.

"Opah!" Panggil Danish.Aik! nenek dia dekat sini ke?

"Ye Nish, nak apa?" Soal seorang wanita yang agak berusia.

"Mummy balik pukul berapa?" Danish duduk di atas sofa lalu televisyen dibuka.

Mr.Headprefect Poyo [Edit]Where stories live. Discover now