𝐸 : 𝟤

6.6K 284 2
                                    

E L' S  P O V 

" kenapa aku kena jalankan tugas dengan lelaki pulak . malapetaka ape yang turun kat aku ni . " rungut El .

" Pengetua sendiri pun tahu tentang kisah silam aku tapi sekarang dia sendiri yang suruh aku bekerjasama dengan lelaki ." sambungnya lagi sebelum menekup mukanya dengan kedua belah tapak tangan .

El menahan dirinya dari terus diselubungi dengan kemarahan .

E N D  P O V

"hai  . " tegur seseorang dari belakang yang membuat El sedikit tersentak .

Kelihatan Ez yang berada di belakangnya mula mengambil tempat di sebelah El .

"Kau nak apa lagi ? tak cukup ke dah sakitkan hati aku tadi ? " marah El tanpa memandang muka Ez yang duduk di sebelahnya.

"kenapa kau marah sangat kat aku ? kita baru je jumpa harini . sepatutnya kita mulakan hubungan dengan ramah , bukan macam ni ." tanya Ez hairan.

" aku menyampah dengan kau. faham ? " balas El sedikit kasar .

" ouh , muka ni kau menyampah. Nanti aku buat pembedahan muka lah baru kau tak menyampah. amacam ? " Ez cuba menceriakan keadaan.

El tangkas bangun meninggalkan Ez tanpa sebarang respon.

" halamak perempuan ni . dah la jual mahal , ego lepastu tinggalkan aku sorang sorang kat sini ." rungut Ez.

5 D I A M O N D

"Ez, kau pergi mana? " tanya Tengku Rafiqi iaitu Fiq.

"Tak pergi mana mana pun. "balas Ez selamba.

"Kau ingat aku tak tahu ker ? "perli Fiq.

"Tahu apa? " tanya Ez.

"Kau pergi dating dengan leader Queenz tu. kan kan kan ?" perli Fiq.

"bukan date kalau dah dia marah aku lepastu tinggal aku sorang sorang . " balas Ez.

" gile tak marah tho .kau menyampuk dia cakap dengan pengetua pastu kacau dia kat tempat dorang ." kata Fiq.

" eh kau nak salahkan aku pula ?" balas Ez hairan . Member patut backup member laa .

" dah laa kau. dulu kau macam tu jugak sebelum kita digelar Knights . ego kau mohon buang dalam tong sampah laa ." Fiq mula tergelak sakan mengingat peristiwa lama .

" dah , itu dulu. sekarang aku dah lain , lebih matang . kalau tak , Knights takde ketua yang sehebat aku ." lagak Ez .

" pi mampus la kau ." Fiq menolak kepala Ez perlahan sebelum beredar pergi . 

V I R C O N' s  CA FE TE RIA

Masa rehat yang telah ditetapkan bagi setiap pelajar Vircon HighSchool. Semua pelajar akan ke cafeteria dan menghabiskan masa rehat mereka dengan pelbagai aktiviti .

" El , " tegur Leen sebaik sahaja sampai di meja makan mereka .

"Korang lambat. " kata El sambil memandang setiap ahli Queenz .

" sorry . kitaorang cari kau tadi , sebab tulah lambat. " Rees memikir idea untuk tidak dimarahi oleh leader Queenz yang tegas itu.

" hm , jomlaa pergi beli makanan. masalah pulak kalau korang kena gastrik sebab aku tak bagi makan. " kata El lagi lalu mula memanggil waiter untuk mengambil order di meja mereka.

" yes , orders ?" tanya waiter itu.

Mereka menjelaskan setiap pesanan dengan teliti sebelum waiter itu beredar pergi .

Mereka hanya perlu menunggu di meja mereka sehingga makanan sampai dan tidak perlu beratur seperti pelajar lain untuk membeli makanan. Agak tidak adil tapi inilaa kelebihan sebagai seorang pemimpin.

"here your orders ." kata seorang waiter lalu meletakkan makanan yang diorder ke atas meja.

" Rees, makan tu slow slow. Tahu lah kau lapar. " tegur Leen apabila melihat Rees yang gelojoh menjamu makanan.

El hanya mengeluh melihat tingkah laku rakannya itu.

"Aku pergi dekat bilik khas dulu eh. Aku tunggu korang dekat sana. " kata El lalu meninggalkan ahlinya yang lain.

" apehal dengan El ?" tanya Sya .

" dia frust kut dengan situation sekarang ." balas Lieya .

Q U E E N Z's ROOM

Tok tok tok!!

Pintu bilik khas Queenz diketuk dari luar.

" dorang tak bawak kunci ke ?" soal El hairan .

El membuka pintu dan terkejut kerana kelihatan seorang pelajar lelaki tingkatan satu sedang memegang sejambak bunga dan sekeping kad.

"ada ape ? "tanya El malas .

" ada sorang senior suruh bagi bunga ni kat akak. katanya , dia rindu nak kacau akak. " kata pelajar tersebut.

"pelajar lelaki mana ni? Form berapa? "tanya El lagi .

"Tengku Elyana Nadia!! "jerit seseorang dari tingkat 2.

El terus memandang ke atas lalu ternampak sekumpulan pelajar lelaki yang digelar Slayers sedang melambai-lambai ke arahnya. El mengambil bunga itu lalu membuangnya ke dalam tong sampah dan mengoyak kad yang turut diberikan. El berasa sangat marah lalu memberi warning kepada budak itu untuk tidak mempercayai kumpulan slayers itu lagi.

El masuk ke dalam bilik khas lalu menutup pintu sehingga kedengaran hentakan yang kuat. Memang El betul betul marah. kebetulan Knights turut lalu di situ dan terlihat akan kejadian itu .

➖➖➖

" El !" panggil Leen yang baru sahaja sampai di bilik khas mereka .

" aku kat sini ! " laung El yang berada di sofa .

"El kau okey tak ? Ada cedera tak ? Ada sakit dekat mana mana ker ? Luka ? lebam ?" tanya Sya bertubi-tubi sambil menilik badan rakannya .

" aku okey. korang kenapa lambat? "tanya El.

" kitaorang jum— "

" kitaorang tolong cikgu tadi. Ada budak bertumbuk. kitaorang dah leraikan dorang ." pantas Rees memotong kata Lieya yang hampir mengatakan hal sebenar yang boleh meletuskan kemarahan El .

" ouh , okay baguslaa . " puji El.

" El , kitaorang nak keluar kejap . jangan lupa kunci pintu. " pesan Lieya sebelum mereka beransur keluar .

El hanya mengangguk walaupun agak hairan dengan sikap rakannya .

➖➖➖

tok ! tok !! tok !!

ketukan kuat pada pintu membuatkan niat El untuk kembali duduk di sofa terbantut . Dia terpaksa membuka pintu akibat ketukan yang terlalu kuat .

" El .. long time no see . "

tbc .

EGOWhere stories live. Discover now