𝐸 : 𝟨

5K 225 2
                                    

next day . 

Q U E E N Z's HOUSE

" korang ! dah siap ke belum ?" tanya El yang sedang duduk di ruang tamu sambil menunggu ahlinya yang lain bersiap .

" i'm done ." Sya keluar dari bilik lalu duduk di sofa bersama dengan El .

" El - " panggil Sya .

" hm ? " balas El dengan mata yang masih fokus pada smartphonenya .

" just , kau nampak cantik harini ." puji Sya tiba tiba.

" aku tak tahu kenapa dengan kau sebab aku just pakai baju t kelabu dengan seluar jeans hitam . very simple but thanks untuk pujian kau tu ." balas El hairan . pakaian yang dikenakannya ialah sangat simple kerana dia betul betul malas untuk bergaya.

" bukan selalu kan aku puji kau , heheh ." Sya gelak dengan sedikit janggal .

" we're done ." sampuk tiga orang perempuan yang sedang menuruni tangga bak model .

" nak suruh aku tunggu berapa jam lagi ni ?" kata El sambil berdiri memandang mereka bertiga yang mengambil masa yang lama hanya untuk menuruni tangga .

" eh sorry sorry." balas mereka lalu bergegas ke garaj kereta .

V I R C O N  HIGHSCHOOL

Mereka memakir kereta mereka di tempat parkir Queenz lalu mengaturl langkah ke Knight's Room.
Kelihatan ahli Knights sudah pun menukarkan pakaian dan sedang membuat persediaan untuk perlawanan mereka .

Tok tok tok!

"oh Queenz. Masuklah. " pelawa Fiq.

Ahli Queenz berjalan masuk ke dalam bilik Knights kecuali El dan Sya. Mereka perlu ke Royal High School untuk menyiasat ahli Rosez.

" korang nak gerak dah ke ?" tanya Lieya .

" yea , lagi 20 minit perlawanan nak start ." jawab Sya .

" Queenz , tugas tetap tugas. ngorat pemain bola , next time k." pesan El sambil memberi pandangan amaran pada Lieya , Leen dan Rees.

" okey , kitaorang pergi dulu ." pamit El lalu berjalan ke arah parkir kereta .

El memandu kereta audinya bersama Sya lalu menetapkan destinasi ke Royal HighSchool.

R O Y A L  HIGHSCHOOL

" weh dekat mane gelanggang hoki ?" tanya Sya sebaik sahaja keluar dari kereta .

" takpe , ikut je aku ." jawab El lalu melangkah masuk ke kawasan Royal Highschool.

El dan Sya tiba di sebuah gelanggang hoki yang besar dan telah dipenuhi dengan para penyokong serta pemain hoki yang akan bertanding .

El dan Sya mengambil tempat duduk yang terletak di tengah tengah .

Beep !!

bunyi wisel yang telah ditiup menandakan perlawanan hoki bagi separuh masa pertama telah bermula .

" El , kita just tengok dorang main ?" tanya Sya dalam nada sedikit menjerit akibat suara penyokong yang terlalu kuat .

EGOWhere stories live. Discover now