𝐸 : 𝟦𝟢

3.1K 143 1
                                    

7 Disember 2018
Tuesday
4:09 p.m.

Kereta mini cooper El dipandu laju ke Dark Cafe sebaik sahaja menerima panggilan dari Ad. Keretanya diparkir di depan cafe lalu dia berjalan masuk ke dalam cafe.

Kelihatan seorang lelaki berjaket kulit serta bertopi hitam sedang melambai-lambai ke arahnya.  El terus bergerak ke meja lelaki itu lalu duduk di kerusi yang berada di hadapan Ad.

" kau nak apa lagi ?" nada suara El seperti sedikit tegas.

" tolong jangan larikan diri. " jawab Ad .

" tapi aku langsung tak larikan diri.  Kalau aku larikan diri, memang tak ah aku setuju nak jumpa dengan kau harini. " El cuba bangun untuk pergi meng-order minumannya tapi Ad terlebih dahulu menghalang.

" aku dah orderkan untuk kau. " El kembali terduduk.

" memang la tapi kau langsung tak datang ke complex.  Kau just seen jer mesej dekat group.  Kau tahu kan yang kitaorang sedang cuba bantu kau. " nada Ad kedengaran sedikit mendesak.

" kan aku dah kata,  aku tak pernah nak mintak tolong kau dalam hal aku.  Lagipun  , kenapa korang perlu masuk campur dalam hal masa silam aku? Kenapa kita perlu campurkan masalah masa silam aku dengan masalah C.E. ? " tanya El sambil matanya memandang tepat mata Ad.

" sebab orang yang terlibat dalam masalah kau dan masalah C.E. ialah orang yang sama . Kita boleh balas dendam pada dia dan dalam yang sama , kau boleh balas dendam pada dia atas apa yang dia telah buat pada kau dulu. Kau tak perlu nak susahkan diri untuk selesaikan pembalasan dendam kau sorang-sorang . Selagi kitaorang ada, kitaorang masih boleh tolong kau . Jangan buat macam kitaorang ni langsung tak berguna untuk kau." jelas Ad panjang lebar .

" tapi tolonglah , aku merayu pada korang. Jangan masuk campur hal aku. Hal aku , aku selesaikan sendiri . Kalau aku terpaksa gadaikan nyawa sekalipun untuk selesaikan masalah aku , aku tetap buat dengan sendiri. " El terus beredar sebaik sahaja mengatakan ayat terakhirnya . Sudah lama ayat ini terkubur dalam fikirannya,tunggu masa untuk diperkatakan sahaja. Dan sekarang, segalanya dah diperkatakan.

●●●

VHS
Thursday , 11 November
11:30 a.m.

Sya's POV

Sekarang merupakan masa rehat untuk pelajar tahap tinggi iaitu tingkatan 4 dan 5 . Maka,  blok A akan sunyi dan kosong termasuklah kelas 5 Diamond.  Aku pergi ke tandas lalu kembali ke kelas. Aku membuat keputusan untuk hanya rehat di dalam kelas kerana badanku yang tidak sihat .

Tanpa sengaja, aku ternampak seseorang berhoodie hitam masuk ke kelas ku lalu bergerak ke arah meja El ketika aku hampir tiba di kelas. Aku dengan pantas menyorok di belakang dinding sambil mengintai manusia yang ada di dalam kelas . Aku lihat yang dia meletakkan sesuatu di bawah meja El tetapi aku tidak dapat nampak dengan jelas barang itu kerana aku berada agak jauh dengan kelas.

Sebaik sahaja orang itu beredar dari kelas,  aku terus berlari masuk ke kelas dan memeriksa bawah meja El. Aku mencapai sekeping sampul surat lalu mengeluarkan isinya.

Bukan kau je yang terlibat dalam hal ini,  kawan-kawan Queenz bodoh kau tu pun terlibat.  Tapi kalau kau nak kawan kawan kau kekal hidup, jumpa aku. Aku dah whatsapp location pada kau.

BLACK.

' siapa black? ' bisik hatiku.

" tok! tok! " dengan gelabah aku memasukkan kembali surat tadi di bawah meja El dan bergerak ke tempat duduk ku apabila aku melihat kelibat El di depan pintu kelas. 

Aku nampak yang El memandangku hairan lalu bergerak ke tempat duduknya. Aku berlakon seperti sedang mengulangkaji pelajaran. Mataku dipejam rapat,  nafas dihembus .

' kantoi. '

Kedengaran seperti El sedang mengoyak kertas.  Aku menjangkakan yang itu ialah kertas yang baru sahaja aku baca tadi.

Isi surat tu membuatku sedikit berdebar kerana nama Queenz tertulis dalam kertas itu dan ia bermakna hal ni juga melibatkan aku.

●●●

5 Diamond
4:30 p.m.

"Baiklah,  siapkan kertas latihan yang saya bagi dan goodluck untuk exam kamu semua. Berkemungkinan soalan yang ada pada kertas latihan tu akan keluar pada hari peperiksaan BI nanti.  " pesan Teacher Rina sambil mengemas barangnya,  bersedia untuk pulang.

" terima kasih cikgu! " laung ketua kelas dan diikuti dengan pelajar yang lain.

" jom balik! " jerit Leen.

" nervous gila tho . Tak sangka minggu depan kita dan exam SPM.  " kini Rees pula yang bersuara.

" jom ah turun,  aku rasa mak aku dah datang.  " ajak Lieya.

" jom!"

" korang! " panggilku. 3 gadis itu berpaling memandangku sambik mengangkat kening.

" korang turun dulu la.  Aku nak jumpa Cikgu Tihah.  Nak minta peruncingan. " kata ku dengan sedikit teragak-agak. Aku menipu gais.

" nak aku temankan? " tanya Lieya.  Aku menggeleng.

" kan kau kata yang mak kau dah datang.  Nanti kesian pula dekat mak kau kena tunggu lama.  Nanti aku share la peruncingan dengan korang, jangan risau la . Aku bukan sejenis manusia yang kedekut ilmu.  " jelasku sambik tersenyum manis ke arah mereka.

" nanti kau kena balik sorang-sorang,  boleh ke? " Rees bertanya risau. 

" takpe. Lagipun harini aku balik naik bas. " jawabku. Aku masih tersenyum.

" okey . Hati-hati.  Bye.  " akhirnya mereka berlalu pergi. Aku menghembus nafas lega.  Aku masih nampak El sedang mengemas barang di bawah mejanya,  nasib dia tak balik lagi. Sekarang,  hanya tinggal El dan aku di dalam kelas ,hanya kami berdua.

Dengan gemuruh aku berjalan ke arahnya.

" El . " panggilku perlahan. Dia masih kelihatan sibuk mengemas meja .

" aku cuma nak tanya kau sesuatu, aku bukan nak cari gaduh . " kataku lagi.  And dia masih lagi sibuk mengemas.

" siapa Black? " pertanyaan ku membuat pergerakannya terhenti untuk seketika.  Selepas itu,  dia menyambung balik aktivitinya dan mengabaikan soalanku.

Tak sangka dia betul-betul anggap aku bukan sebagai kawannya lagi.

Dia sudah siap mengemas barang lalu dia menggalas begnya tapi aku masih terdiam kaku di sebelah mejanya.  Tiba-tiba , dia terus berjalan ke arah pintu kelas.  Aku sedikit tersentak kerana dia dapat lupakan aku semudah tu je.

" El! " langkahnya terhenti.

" aku minta maaf,  tapi aku terbaca surat yang ada bawah meja kau. " kataku dalam satu nafas. Dia kini berpaling ke arahku .

tbc.

EGOWhere stories live. Discover now