𝐸 : 𝟣𝟩

4.1K 192 4
                                    

" Dah siap ke ?" laung El yang duduk bersandar di tepi kereta .

"Dah. Pergilah masuk kereta. " kata Ez lalu menyimpan barang barang yang digunakan.

Sepanjang perjalanan mereka ke Gold Old House, mereka langsung tidak berbual di dalam kereta .Perjalanan mereka ditemani dengan bebelsn dari dj radio.

•••

"El, wake up. " panggil Ez lembut. Dia sempat merenung wajah El yang lena dibuai mimpi .

" huh? Dah sampai? " tanya El yang masih mamai. Ez masih lagi merenung muka El membuatkan El berasa tidak selesa.

"Kenapa kau pandang aku macam tu? Ada apa apa ke dekat muka aku? " tanya El. Ez tersedar dari lamunan sebaik sahaja ditanya oleh El. Dia kembali berada di kedudukannya.

"Ya, dah sampai. " jawab Ez selamba.

"Ok. " balas El lalu membuka pintu kereta tetapi dia terlupa untuk membuang tali pinggang.

"Kau lupa buang seatbelt lah. " kata Ez kedengaran tegas lalu membukakan seatbelt kepada El. Kedudukan mereka pada waktu itu sangat dekat sehinggalah El dapat merasa hembusan nafas yang panas dari Ez yang berada dekat dihadapannya. El mula kaku tetapi hanya beriak biasa.

"Thanks. " ucap El lalu terus keluar dari kereta dan langsung tidak memandang muka Ez.

" pfft , dah kenapa dengan dia tu ? Main buka buka seatbelt pula. Setakat buka seatbelt dah nak acah macho . " monolog hati El sambil berjalan ke arah pelajar pelajar 6 Aroid yang sudah berkumpul di depan rumah usang itu .

" tahu kau suka aku buat macam tu tadi ." bisik Ez di telinga El dari arah belakang membuatkan langkah El terhenti .

"Ehem.. Ehem.. " Hasif berdehem.

" agak agak laa , kitaorang budak bawah umur ni ." kata Nasuha .

" hahaha , korang semua pelajar 6 Aroid kan ?" tanya Ez sebaik sahaja sampai di depan pelajar 6 Aroid .

" wah , dah laa handsome tinggi pulak , fangirl weh !" kata Fatini dan Sarah apabila melihat Ez .

"Tak payah nak mengada jadi fangirl." Marah Norish.

"Hahahahahaha. " mereka tergelak kecuali El.

"Jadi, kita akan start penyiasatan? " tanya Haziq.

Mereka mengangguk.

" wah menyiasat denga abang handsome ." kata Fatini dan Sarah yang masih fangirl dengan Ez.

"Phak! "Satu tepukan kasar dari Norish hinggap di bahagian belakang badan Sarah dan Fatini.

"Sakitlah!! " marah Sarah dan Fatini sambil menggosok belakangnya yang sakit.

"Itu baru sikit. Kalau sekali lagi korang ber-fangirling, aku tampar terus. " marah Norish seterusnya memberi amaran.

"Ok. " jawab Fatini dan Sarah ringkas sambil membuat muka merajuk.

" sebelum tu , nama abang Tengku Ezzat Nazrif and boleh panggil abang Ez . nama akak ni — "Ez memperkenalkan diri tapi percakapannya dipotong oleh El.

"Tengku Elyana Nadia. " potong El.

" panggil ? " tanya Adam .

" Kak El , boleh ? " tanya Basya . El hanya mengangguk .

"Dah lah borak dekat luar. Kita kena mulakan penyiasatan. Nanti lewat. " cadang Hanif.

"Okey. " kata mereka serentak lalu berjalan masuk ke Gold Old House diikuti oleh Ez dan seterusnya El.

•••

"Boleh tahan seram rumah ni. " kata Shaqif.

"Jangan cakap macam tu, ish kau ni . " marah Amirsham.

"Keluarkan walkie talkie masing masing. " arah Ez.

"Kita perlu  berpecah. " kata Adam.

"Baiklah. Korang tak lah ramai sangat jadi setiap kumpulan 6 orang. Ada apa apa, beritahu melalui walkie talkie. Faham? "Terang El. Mereka semua menangguk .

•••

"Tolong jangan buat bising. " pesan Ez dengan berbisik.

"Abang, ni apa? " panggil Haziq perlahan sambil menilik tulang manusia yang berada di atas meja.

"Jangan sentuh! " marah Athiesya.

"Penghuni rumah ni, pembunuh ke? " soal Ez pada diri sendiri.

" tak mungkin , ni bahaya ." kata Shaqif dalam keadaan cemas.

"Team El , roger ! " panggilan dari walkie talkie Ez membuat mereka tersentak.

" team Ez , roger.Ada apa apa masalah ? " tanya Ez melalui walkie talkie.

"Kak El hil — hil — " bunyi dari walkie talkie Ez kurang jelas seperti diganggu oleh sesuatu .

" team El , roger . kurang jelas , ulang roger." kata Ez melalui walkie talkienya . Ez berasa risau apabila tiada sebarang respon daripada team El .

"To— to— long— tolong !" Jeritan kuat dari walkie talkie Ez lalu diam tanpa sebarang suara .Tiada sebarang bunyi lagi yang keluar dari walkie talkie Ez.

"kenapa  ? " tanya Anis dengan cemas.

"El.." Bisik hati Ez.Dia berasa risau akan keselamatan El kerana terdapat sebutan nama El dari walkie talkienya sebentar tadi.

•••

"Mana kak El? " tanya Adam dengan cemas.

"Bukan dia jalan dengan kau ke tadi, Norish? " tanya Amirsham.

"Mana lah aku tahu. Aku jalan je. Tak sedar pulak yang dia hilang. " jawab Norish.

"Rasa macam misteri 6 Gemilang pula. " kata Arif. Semua memandangnya tajam.

"Apa? " tanya Arif hairan.

"Sekarang ,kita mesti cari kak El.Abang risau kalau ada perkara buruk yang berlaku." kata Ez dengan tegas.

"PHAMM!!!!! "

bunyi hentakan yang kuat dari tingkat atas rumah itu .Terus pudar senyuman yang manis di bibir Ez ,kini bertukar menjadi wajah yang serius.

" Abang akan naik ke  atas. korang tunggu katsini. ambik phone ni . kalau lepas 10 minit abang still tak turun , call polis . " arah Ez.Pelajar yang lain hanya mengangguk.Ez mengaturkan langkah menaiki tangga kayu yang hampir reput dengan perlahan-lahan supaya tidak menghasilkan bunyi.

••

El berada dalam pegangan ketat oleh dua orang lelaki yang bertopeng.

" Elyana Nadia . nama cantik tapi perangai macam tong sampah . best fighter konon , padahal kau loser ." lelaki itu menolak kepala El dengan kasar .

" bulan ni dah tiga kali kau kacau aku . kau nak apa sebenarnya huh ?!" tengking El .

" aku nak kau mati . aku nak tengok kau mati depan mata aku sendiri . atau kau sanggup nak tengok kawan kawan kau dan ahli keluarga kau dibunuh depan mata kau ." lelaki itu mula mengugut El . dia mula mengacukan pisau ke leher El, kedengaran ketawa sinis darinya .

" kau nak bunuh aku ? bunuh je la . aku dah takde apa nak buat kat dunia ni ." kata El selamba . ketawa lelaki itu semakin galak .

" El ! "

tbc .

EGOWhere stories live. Discover now