𝐸 : 𝟥𝟧

2.9K 124 3
                                    

Monday
5:45 a.m

" huhhh. " nafas El kedengaran termengah mengah kerana dia tersentak dari tidur.

" mimpi tu lagi " bisik El. Dia meng-on telefonnya untuk melihat waktu jam. El bersiap lebih awal pada harini kerana dia tidak mahu lagi menyambung tidur dan mengalami mimpi buruk yang sama.

Untuk pengetahuan semua, El ada rumah sendiri and dia just tinggal berseorang.

●●●

El's POV

Aku membuat keputusan untuk memonteng kelas pada harini . Aku menghantar pesanan ringkas kepada Leen tentang ketidakhadiran aku di sekolah pada hari ni. Pantas aku meng-off phone ku sebelum menumpu pada gps.

Location telah siap ditetapkan pada gps ,kini hanya tunggu untuk aku memulai perjalanan aku sahaja. Mini cooper milikki dipandu keluar dari garaj rumah.

Aku memulai perjalanan dengan tenang, cuba berfikiran positif.

●●●

Mai's Villa
7:05 a.m.

Aku keluar dari kereta sambil meneliti kawasan villa lama ini. Hoodie hitamku ditarik menutupi kepala dan aku juga tidak lupa memakai mask .

Aku dah sampai ke tempat ni. Tempat yang selalu muncul dalam mimpi buruk aku. Kedengaran bodoh kan bila aku pergi ke tempat yang muncul dalam mimpi sebab orang kata mimpi tu hanya mainan tidur. Tapi mimpi aku bukannya mainan tidur tapi mainan hidup.

Aku melangkah perlahan ke dalam villa ini. Aku menepis sarang labah-labah yang ada disitu sambil melilau sekeliling.

Sama macam dalam mimpi aku.

Kerusi ni, meja makan, rak buku.

Dan potret ni. Aku merenung lama potret besar yang berada di depan aku. Terdapat sepasang suami isteri dan seorang anak lelaki yang tersenyum gembira dalam potret ni.

Yang membuat aku keliru, muka budak lelaki dalam potret ni seperti muka seseorang yang aku kenal. Seseorang yang aku sangat kenal.

Aku beralih ke arah tangga. Aku menghembus nafas lalu mendaki anak tangga satu persatu sehinggalah aku tiba di tingkat dua.

Mata aku tertarik dengan bilik yang bertulis 'Tg Nazrif' dipintunya. Aku menolak perlahan dedaun pintu bilik itu lalu memerhati setiap sudut bilik ni. Aku membuka laci rak yang ada di dalam bilik itu lalu mengambil sebuah buku yang berhabuk. Aku mengambil tempat di atas katil lalu membuka buku itu.

' 23 Mac 2016 '

Aku mendapat berita daripada ayahku yang aku akan mendapat hadiah yang istimewa untuk ulang tahun kelahiran pada tahun ni. Aku sangat teruja dan gembira. Aku tidak berhenti bertanya pada ayahku tentang hadiah itu. Besar atau kecil? Orang atau mainan?

-Naz

Aku membelek helaian seterusnya yang bertarikh 25 Mac 2016.

Harini aku melihat ibu dan ayah aku bergaduh. Pada malam itu, aku dapat lihat mama membawa seorang lelaki masuk ke biliknya. Tak lupa juga , ayah juga membawa beberapa orang perempuan ke rumah tapi mereka hanya mengunci diri di dalam bilik. Bunyi gelak tawa mereka bertukar menjadi satu jeritan kuat. Ia membuat aku tiba tiba berasa takut. Apa sebenarnya yang berlaku?

-Naz

Aku begitu tertarik membaca buku ini sehingga aku membelek helaian yang seterusnya. Tarikh ini, ulang tahun kelahiran aku.


3 April 2016

Harini ialah hari jadi aku dan aku sangat gembira pada mulanya. Awal pagi lagi aku sudah bertanya pada ayah aku tentang hadiah harijadi ku.

Ayah yang berada di meja makan hanya tersenyum .

"Hadiah itu akan sampai pada waktu malam tepat pada pukul 12:00 " kata ayahku. Aku hanya tersenyum dan mengangguk.

Tepat jam 11:45 malam, ayahku membawa aku ke satu tempat. Sangat sunyi dan sangat gelap. Sehinggalah aku tiba di sebuah gudang besar, aku boleh lihat seorang wanita diikat pada kerusi . Aku terkejut.

" Siapa tu ayah? " aku bertanya.

" Itu la hadiah kamu. " kata-kata ayah membuat dadaku berombak laju.

" Naz, kamu dah 15 tahun . Kamu dah besar dan cukup matang. Kamu perlu mula berjinak-jinak dengan perkara yang macam ni. Kamu tahu kan ayah dan ibu nak kamu mewarisi semua ni. Ini cubaan yang pertama. Kalau kamu suka, ayah ada banyak lagi hadiah. " bisik ayah di telingaku.

Tiba tiba, hasutan ayah berjaya membuat tanduk ku keluar. Nafsu ku menjadi semakin kuat apabila terbayang apa yang pernah aku lihat ketika ayah membuat aktiviti tersebut dirumah.

" go Naz. Jangan sia-siakan hadiah kamu "

Tepat jam 12:00 , aku merogol gadis itu .

Aku menutup kasar buku itu setelah membaca ayat terakhir . Jantungku berdegup laju, air mata ku menitis perlahan.

' aku dirogol di hari ulang tahunku pada jam 12:00 . Di sebuah gudang besar. Oleh syaitan yang bernama Tengku Nazrif .' air mataku turun dengan laju, sebak di dada tidak dapat ditahan.

" woi! " aku tersentak. Dengan itu, aku lantas berpaling ke belakang. Seorang lelaki bertopeng hitam memandangku tajam. Aku sudah mula cuak . Lelaki tadi menghampiri aku.

Satu langkah.

Dua langkah.

Tiga langkah.

Empat langkah.

Lima langkah.

Dan semuanya gelap.

End pov

tbc.

EGOWhere stories live. Discover now