𝐸 : 𝟦𝟨

3.2K 150 5
                                    

Vircon Highschool
Friday, 3 December
8:00 a. m.

Pintu bilik khas Queenz dibuka menggunakan kunci yang ada padanya. Nafas dihela. Selangkah demi langkah mereka masuk ke dalam bilik itu sambil memerhati suasana di dalam bilik ini. Sudah lama mereka tidak masuk ke bilik ini.

Mesti korang fikir kan apa kejadah pergi sekolah pukul 8 malam. Tapi masalahnya, ini je masa yang dorang ada untuk lawat bilik Queenz ni.

Empat gadis itu memerhati setiap sudut bilik itu, mengingati kembali kenangan yang dicipta di sini.

" rindu kan? " tanya Lieya sambil memerhati sebuah bingkai gambar yang ditampal pada dinding. Gambar 5 orang gadis berpakaian sekolah .

" aku rasa macam aku baru je hancurkan sesuatu yang sangat berharga , persahabatan kita. " kini Sya pula yang bersuara.

" kalau la aku boleh putar balik masa, aku ak-- "

" tak payah nak buat drama sedih dekat sini. " sergah seseorang dari luar bilik Queenz, lantas empat gadis itu berpaling.

" El? Kau buat apa dekat sini? " Rees yang sedikit terkejut bertanya.

" kita kenal ke? " kini giliran El bertanya.

" kau tak perlu tahu apa yang aku buat dekat sini. " El terus masuk ke dalam bilik Queenz dan menuju ke arah bilik yang bertanda L pada pintunya. Empat gadis itu hanya memerhati setiap pergerakan El kerana mereka masih blur dengan apa yang sedang berlaku sekarang.

El sibuk meletakkan barang barangnya di dalam sebuah kotak. Tangannya terhenti dari mengemas , sekeping gambar direnung lama.

" tu gambar kita, kau simpan la buat kenangan. " kata Leen yang berada di pintu bilik.

Secara tiba tiba El mengoyakkan gambar tadi lalu membuangnya ke dalam tong sampah. Tindakan El membuat mereka tersentak . Mereka tak sangka yang El sanggup berbuat begitu di depan mereka.

" t-tu kan gambar kita, kenapa kau buang? " tanya Sya yang masih dalam keadaan tersentak.

" dalam gambar tu ada pelacur, buruk la gambar. " jawab El selamba sambil tangannya masih ligat menyusun barang di dalam kotak.

Sya bergerak perlahan mendekati El, sebak di dada sedaya upaya ditahan. Tangannya yang menggeletar menyentuh lengan El malah dengan pantas El menepis.

" jangan sentuh orang yang jijik macam aku. " Sya masih kaku berdiri berdekatan El, sebaknya sudah tidak dapat ditahan lagi.

" El, kitaorang tahu yang kitaorang dah buat silap yang besar pada kau. Kitaorang hina kau, keji kau dan buruk-burukkan kau ,pergunakan kau tapi sekarang kitaorang dah sedar betapa berharganya persahabatan kita. Kitaorang dah tak perlukan populariti dan jawatan tu lagi, kitaorang cuma nak kau terima kitaorang kembali . " luah Rees sambil memegang tangan Lieya kerana dia tahu yang dia tidak kuat ,matanya sudah merah.

" apa yang kau mengarut ni, haa. " El tergelak kecil di akhir ayatnya. Tangannya kini sudah berhenti dari mengemas.

" aku datang sini nak ambil barang aku bukannya nak berkawan, maaf la ye. " pesan El sambil matanya merenung tajam empat gadis itu. Kelihatan El sudah siap mengemas dan dia sedang meletakkan pita pelekat pada bahagian atas kotak untuk menutupnya. El mencapai iphonenya yang berada di atas meja lalu memasukkannya ke dalam poket seluar. Sebuah kotak yang berada di atas meja diangkat lalu langkah diatur keluar dari bilik itu.

Empat gadis itu menunduk.

" El, tunggu. " Lieya menyentuh perlahan bahu El.

" aku tahu kau memang dah tak kisah tentang persahabatan kita yang lama tapi aku harap kau masih boleh terima kitaorang sebagai kawan baru kau. " kata Lieya sambil memandang kawannya yang lain. El masih membelakangi mereka berempat dan masih diam tanpa jawapan.

EGOWhere stories live. Discover now