𝓮𝓹𝓲𝓵𝓸𝓰𝓾𝓮

4.9K 186 54
                                    

aku tersedar  , mataku liar memandang sekeliling

اوووه! هذه الصورة لا تتبع إرشادات المحتوى الخاصة بنا. لمتابعة النشر، يرجى إزالتها أو تحميل صورة أخرى.

aku tersedar , mataku liar memandang sekeliling. Sungguh ramai orang sedang berada di sekeliling ku sekarang ,aku sungguh gembira tapi --

' kenapa semua orang berpakaian putih '

' kenapa semua orang menangis? '

' apa yang dah berlaku? '

aku meneliti seluruh badanku, oh.

aku dah mati. setitik air mataku jatuh.

ini hanya roh aku.

●●●

Kubur Melati
Sunday, 5 December 2018
10:20 a.m.

" sabar Ad . Aku tahu kau kuat. " Taufiq menepuk perlahan bahu Ad. Ad masih tidak dapat menerima semua kejadian ni, dia tidak dapat menerima kematian El.

" semua salah aku. " Ad meraut mukanya, kedengaran tangisan perlahan.

" bukan salah kau Ad . Ini takdir. " Aliff menarik Ad kedalam pelukannya.

" dah lama sangat korang dekat sini, kita balik ye ." ajak Fiq.

" a-ku rasa bersalah sangat dengan dia. Aku tak sangka yang dia akan mati depan mata aku. " Leen menyentuh tanah kubur El .

" aku sendiri pun rasa bersalah . Tapi apakan daya , kita hanya manusia biasa. Kita tak boleh nak lawan takdir Tuhan. " Izat cuba memberi kata kata semangat walaupun dia sendiri tidak berhenti mengeluarkan air mata. Rif menepuk perlahan belakang badan Izat apabila melihat kawannya itu yang semakin berasa sebak.

" kalau boleh , aku tak nak dia mati. Aku sanggup bertukar tempat dengan dia. Aku tak sanggup nak hadapi semua ni " Rees terus menangis di bahu Leen.

Masing-masing mengelap air mata , tak elok menangis terlalu melebih-lebih.

" akak harap korang akan teruskan hidup korang dengan baik . Jangan hanya disebabkan kehilangan seseorang, korang dah putus asa dalam kehidupan. Akak balik dulu. " pesan Laila sebelum dia beredar dari situ.

" El, kitaorang rindukan kau. Kitaorang sayangkan kau. Maafkan aku sebab selama ni aku tak percayakan aku ." ucap Lieya yang masih menahan dirinya dari terus menangis.

" aku janji yang aku akan lawat kau tiap minggu . Aku pun sayangkan kau, kitaorang semua sayangkan kau. Kitaorang nak minta maaf dengan kau sebab kitaorang dah hina kau dan buat perkara kejam dekat kau. Maafkan aku El. " Faz terus menunduk sebaik sahaja mengatakan ayat terakhirnya.

Akhirnya , mereka semua pulang .

•••

semuanya dah selesai.

Tengku Ezzat Nazrif dan seluruh ahli keluarganya telah dipenjarakan . SQUAD BLACK juga dimusnahkan oleh pihak berkuasa.

berita baik , ahli Queenz dan Knights berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam SPM dan mereka semua telah berpecah untuk menyambung pelajaran ke universiti pilihan masing masing. Tetapi ada juga yang membuat pilihan untuk bekerja dan berkahwin . Vircon Highschool juga sudah dirobohkan .

Disebabkan peristiwa peperangan itu, VH dipindahkan ke lokasi yang lain, nama sekolah pun ditukar. Tak salah aku, nama baru sekolah tu ENEMY Highschool.

hm, SQUAD ENEMY pun dah dapat pengiktirafan dari Perdana Menteri sebagai SQUAD paling terbaik . Hebat kan.

Lepas kematian aku , banyak perkara baik yang berlaku. hm , bagus la.

" huhh " tak baik mengeluh tapi aku gembira sebab akhirnya aku dapat berehat setelah aku penat melalui semua seksaan di dunia ini.

Mungkin ini ialah pengakhirannya. Mungkin ia ialah pengakhiran yang paling menyakitkan tetapi sekarang aku terpaksa tutup buku . segalanya dah tamat.

terima kasih semua .

xoxo , El

T H E  E N D .

EGOحيث تعيش القصص. اكتشف الآن