𝐸 : 𝟦𝟣

3.1K 133 9
                                    

5 Diamond
4:47 p.m.

Dia kini berpaling ke arahku. Aku dapat mendengar keluhannya.

" kau panggil aku? " tanya El .aku mengangguk.

" btw, apa erk nama kau? budak baru ker sebab tak pernah nampak pun sebelum ni . " aku terkedu . Dia betul-betul dah lupakan aku.

" El, aku bukan nak ber-- "

" Tengku Raisya. " El membaca name tag yang berada pada baju ku.

" cantik nama kau. aku panggil kau Rai ,k ." puji El. Aku masih terkedu . Mulutku bagai di gam dengan gam uhu, aku bisu.

" okey Rai. Kau ada sebut tentang surat, surat apa? " tanya El. Akhirnya aku bersuara.

" surat yang berkenaan dengan Queenz dan aku. Dan surat yang ada tertulis nama Black. " kataku dan aku dapat lihat riak wajahnya berubah.

" jadi, kau dah tahu? " aku mengangguk perlahan.

" nyawa kau dalam bahaya? " tanyaku, risau. Ya, memang selama ni aku benci dia tapi dia tetap kawan aku yang berkongsi memori sedih dan gembira bersama aku selama hampir 4 tahun 10 bulan.

" termasuk nyawa Queenz . " kata El .

" aku langsung tak nak libatkan korang. Takpe, aku akan berbincang dengan Black untuk tak libatkan korang . Buang masa je dia libatkan stranger dalam hal ni . " jawab El. Perkataan stranger yang dikatakannya membuat hatiku sedikit terguris.

" jangan risau , korang tak--- "

" El. "

" kitaorang masih kawan kau walau seteruk manapun kitaorang benci kau. Kita masih Queenz. Aku rindukan Queenz yang dulu. Aku rindukan persahabatan kita yang dulu. " tiba tiba, hatiku berasa sebak. Air mataku mula bertakung.

" tapi persahabatan kita dah lama mati terkubur! Korang sendiri yang --- "

" tak El! " aku memotong kata-katanya pantas.

" persahabatan kita masih boleh diperbaiki. Kita boleh bergabung kembali sebagai Queenz cuma kau kena usaha ubah sikap kau. " air mataku menitik jatuh perlahan.

" aku perlu berubah? Aku sangka yang korang ialah kawan yang boleh terima baik, buruk aku tapi aku silap. Korang cuma perlukan seorang kawan yang cukup perfect untuk naikkan populariti korang dekat sekolah. " suara El kedengaran sedikit meninggi. Ada betulnya juga apa yang El cakap.

" El, semuanya masih boleh diperbaiki . "

" dah terlambat Sya . " akhirnya, dia menyebut nama panggilanku yang sebenar.

" kitaorang boleh tolong kau untuk selesaikan masalah kau dengan Black. " kataku lagi.

" masalah apa? Kau jangan berlakon macam kau tahu semua benda laa. " balas El.

" El , aku sanggup gadaikan nyawa aku untuk selamatkan kau dari masalah ni . Aku dah tahu segala-galanya . Aku tahu tentang kisah silam kau dan aku tahu yang masalah ni boleh buat nyawa kau tergadai. " El tersentak.El kelihatan sebak mendengar penjelasan Sya.

" kau masih kawan aku dan aku masih sayangkan kau. " air mataku sudah tidak dapat ditahan lagi, hatiku berasa sangat sebak.

" aku tak nak nyawa korang terancam. Aku tak nak nyawa korang tergadai hanya disebabkan aku. " akhirnya El bersuara setelah hampir 2 minit dia berdiam diri, mungkin dia juga terasa sebak.

" bukan hanya disebabkan kau tapi juga untuk persahabatan kita. Persahabatan yang terjalin selama 4 tahun , El. Takkan semudah tu kau nak hancurkan persahabatan kita. " pipiku basah dek tangisan ku.

" dalam situasi sekarang, bukan aku yang cuba untuk hancurkan persahabatan kita tapi korang. " jawab El. Suaranya kedengaran serak kerana menahan diri dari menangis .

" maafkan kitaorang El. "

" aku takkan minta maaf dengan dia. " satu suara menyapa.

" Leen. " kepalaku didongak memandang Leen yang sedang berjalan ke arah ku.

" kau kata yang kau nak jumpa dengan cikgu Tihah kononnya nak minta peruncingan tapi sekarang apa. Kau pergi jumpa dengan betina sundal ni. " jari telunjuk Leen dituju ke arah El yang masih berada di depan ku.

" Leen, aku cuma nak perbaiki persahabatan kita. " kataku yang masih dalam tangisan.

" persahabatan apa? Persahabatan yang kau maksudkan tu dah lama mati. " kata Rees kasar.

Aku dapat lihat yang El seperti sudah mahu beredar dari sini.

" El. " panggil ku.

" terima kasih sebab membuang masa aku, Rai . Cuma aku nak pesan, jangan kau cuba beranikan diri untuk libatkan diri dalam masalah ni atau kau akan terima padahnya . Aku dah beri amaran. " El terus berlalu pergi. Aku meratapi pemergiannya dengan tangisan.

" kau hipokrit Sya! " marah Leen. Lieya yang melihat aku terus mendapatkan aku dan memeluk ku.

'buang masa jer dia libatkan stranger dalam hal ni '

'tapi persahabatan kita dah lama mati terkubur! '

'dalam situasi sekarang, bukan aku yang cuba untuk hancurkan persahabatan kita tapi korang. '

'terima kasih sebab membuang masa aku, Rai .'

kata-kata El masih terngiang-ngiang di telingaku. Dan kata -kata tu membuatkan tangisan ku semakin kuat.

End POV

tbc.

EGOWhere stories live. Discover now