𝐸 : 𝟦𝟤

3.1K 138 5
                                    

VHS
Wednesday , 17 November
2:18 p.m.

El's POV

Minggu pertama dan hari kelima SPM dijalankan. Aku cuba menjawab setiap paper dengan tenang.

Adakalanya aku terserempak dengan mereka berempat, tapi kami hanya lah stranger. Tetapi sedikit berbeza dengan Sya. Dia sentiasa tersenyum ke arahku tetapi aku tidak pernah membalas senyumannya.

Tiada apa yang pelik berlaku pada minggu pertama dan kedua exam tetapi tidak pada minggu ketiga. Sesuatu yang hampir mengundang nyawaku berlaku.

●●●

VHS
Tuesday,30 November
1:50 p.m.

Sekarang ialah waktu rehat dan aku berjalan sendirian ke tandas tetapi kali ni aku memilih untuk ke tandas di blok C yang sedikit sunyi.

Sebaik sahaja aku menolak pintu tandas , aku mendengar bunyi jeritan seperti seseorang sedang meminta kedengaran di tandas bahagian belakang. Aku tidak dapat memastikan sama ada jeritan itu ialah jeritan dari seorang lelaki atau seorang perempuan. Dengan berani, aku mengatur langkah perlahan ke tandas bahagian belakang .

Semakin dekat, jeritan itu semakin perlahan. Aku sendiri keliru. Langkahku tiba tiba terhenti sebaik sahaja melihat bayang-bayang seorang yang bertopeng pada lantas.

Dengan cemas aku memulakan larian ku tetapi malangnya lelaki itu sempst menarik tangannku . Badanku ditolak ke dinding dan leher dicekik dengan begitu kuat sekali. Dia seperti keluarkan sesuatu dari poketnya dan ia ialah sebilah pisau. Dia cuba bunuh aku.

Matanya merenung tajam anak mataku. Pisau ditangannya mula bergerak ke arah perutku dengan perlahan. Dengan sepenuh tenaga, aku menyepak bahagian kangkang lelaki itu

" ahhh! " raung lelaki itu .

tangannya dilepaskan dari leherku. Pisau tadi juga telah jatuh ke atas lantai . Aku memaksa diriku untuk bangun walaupun keadaan ku masih lemah. Aku perlu keluar dari sini, aku perlu selamatkan diri aku.

Aku mengunci pintu tandas sebaik sahaja aku berjaya keluar dari situ. Aku cuba bernafas dengan teratur.

" El. " aku dapat lihat seseorang bername-tag Tengku Fazlieya berdiri dihadapanku.

" lengan kau. " aku memandang lengan baju yang terkoyak dan kelihatan luka yang dipenuhi dibahagian lenganku.

" shit. " mungkin lelaki tadi terguris pisaunya ditanganku sewaktu aku menendangnya. Aku cuba menahan kesakitan. Aku menguatkan diri untuk berjalan ke bilik rawatan. Lieya yang berada dihadapanku hanya diabaikan.

Badanku tiba tiba rasa seperti dipapah. Aku memandang ke sebelah kanan ku. Lieya , dia yang sedang papah aku.

" aku bawa kau ke bilik rawatan. " aku tidak boleh membantah kerana aku berasa sangat sakit sekarang.

●●●

Bilik Rawatan
3:12 p.m.

Badanku terbaring di atas katil. Aku memandang kipas siling yang sedang berputar di atas ku .

exam?

aku dah jawab. Aku still boleh menulis sebab tangan kiri aku yang luka.

Lieya?

Lepas tangan aku siap dirawat, aku suruh dia blah sebab dia kan kena exam.

' ting! '

satu noti masuk.

' ting! '

dua noti.

' ting! '

tiga noti.

' ting! '

empat noti.

' cukuplah tu! ' marah ku dalam bisikan.

Aku mencapai iphone ku lalu memasukkan kata kunci. Aplikasi whatsapp dibuka.

0115-***-****

seronok?
Itu baru sikit.
Aku masih belum puas sebab
kau masih belum mati.
Kau tetap akan mati ditangan aku.

Jadi ni permainan kau?
Takpe, kau teruskan jer permainan kau sebab permainan aku baru sahaja bermula.

Iphone ku di-off. Mata dipejam, aku cuba untuk tidur.

" tok!tok!tok! "

tbc.

EGOWhere stories live. Discover now