𝐸 : 𝟣

8.6K 343 4
                                    

V I R C O N H I G H S C H O O L

Suasana pagi yang tenang , semua pelajar Vircon HighSchool tiba di sekolah seperti biasa kecuali 5 orang pelajar baru.

Queenz yang dulunya berhijrah ke London, kini sudah pun pulang ke sekolah seperti sediakala.

5 D I A M O N D

" kau tahu tak yang ada pelajar baru ? handsome gile !" Beberapa orang pelajar perempuan 5 Diamond berborak dan didengari oleh ketua kumpulan Queenz, Tengku Elyana Nadia.

" jejaka mana yang tengah popular sangat sekarang ni ?" El bertanya pada dirinya sendiri.

sampai sahaja di kelas , El terus meletakkan begnya dan mengadakan mesyuarat di bilik khas yang disediakan oleh pihak sekolah kepada mereka kerana mereka merupakan pelajar yang terbaik di sekolah itu setiap tahun.

Q U E E N Z's ROOM

"aku dengar cerita ada budak baru. betul ke ?" tanya Leen yang memulakan perbincangan.

"aku pun dengar benda yang sama. Tak salah aku, pelajar baru tu lelaki and dia dah masuk sekolah ni sebulan yang lepas. Kita tak tahu since kita takde kat sekolah bulan lepas . " kata Sya.

"Aku tak kisah pun kalau ada budak baru tapi jangan sampai dia buat kecoh dekat sekolah ni. "kata El dengan nada mendatar .

"El, kenapa kau nampak macam badmood je? "tanya Rees yang mula perasan akan perubahan kawan baiknya itu.

" aku okey je . just pening sikit dengan permintaan pengetua yang suruh kita buat macam macam tugas ." balas El .

" itu memang tugas kita El sebagai seorang pemimpin sekolah ni. "kata Lieya.

Tok tok!

Ketukan pada pintu menganggu perbualan mereka.

" jap, aku periksa ." kata El.

El terus menuju ke arah pintu dan kelihatan seorang pelajar perempuan form 4 .

"Maaf menganggu. Pengetua panggil group Queenz ke bilik pengetua untuk sedikit perbincangan. " kata pelajar itu dengan pesanannya.

"Okey, thanks ." balas El selamba.

Mereka bergegas ke bilik pengetua sebaik sahaja mendapat arahan yang sedemikian dari pengetua .

P R I N C I P A L's ROOM

Tok tok tok! Ketukan pintu dari El selaku leader.

"Masuk! " arah pengetua iaitu Encik Syed Hisham.

Group Queenz dapat melihat terdapat 5 orang pelajar lelaki yang maybe agak kacak sedang duduk di sofa .

" kenapa pengetua panggil kitaorang ? macam hal penting . " tanya El memulakan bicara.

" baiklah , macam ni . saya rasa Queenz mungkin dah serba tahu tentang kedatangan lima orang pelajar baru di sekolah ni . Mereka juga ialah pemimpin seperti kamu semua ." jelas Encik Hisham .

"ya , memang mustahil kitaorang tak tahu tentang dorang kalau dah kecoh satu sekolah . " kata Sya sambil memandang sekilas sekumpulan lelaki yang masih kekal di sofa .

" selaku pengetua , saya telah membuat keputusan yang Knight dan Queenz akan bekerjasama untuk mentadbir sekolah selaku seorang pemimpin. " tambah pengetua .

" maaf Tuan Pengetua tapi saya tak dapat nak bersetuju dengan keputusan tu ." bantah El .

"apa alasan awak ?" tanya Encik Hisham yang hairan dengan tindakan Elyana membantah keputusannya .

"kami selaku Queenz tak perlukan bantuan pun untuk mentadbir sekolah. Apa kata kalau Knight buat kerja dorang and kitaorang selaku Queenz buat kerja kitaorang. boleh ? "cadang El.

" jangan memandai bagi cadangan ." sampuk Ez iaitu leader Knight .

El menjeling Ez yang berada di sofa dengan jelingan yang tajam apabila Ez dengan selamba menyampuk percakapannya .

" maafkan saya Cik Tengku Elyana Nadia. Saya terpaksa buat keputusan sebegini. Kalau awak tak nak bertugas atau berkerjasama dengan mereka memang boleh tapi serta merta jawatan awak akan dilucutkan. " kata Tuan pengetua yang seperti mahu mengugut El.

El tidak dapat menerima keputusan itu lalu dia melangkah keluar daripada bilik pengetua diikuti oleh ahli Queenz yang lain.

"Ego." bisik Ez.

Q U E E N Z's ROOM

"Dekat sini rupanya kau. Puas kitaorang cari. Jalan tu cepat sangat. " tegur Leen yang melihat El berada di dalam bilik khas itu.

"Ya, aku dekat sini. "balas El selamba.

"Kau kenapa ni? "tanya Sya risau.

"Kau sendiri pun tahu kan perangai dan sikap aku macam mana. Aku memang tak boleh nak setuju dengan keputusan pengetua. " balas El dengan nada seperti mahu marah.

" El , aku tahu kau macam mana tapi takkan disebabkan perkara tu kita tak dapat nak mentadbir sekolah sebagai seorang pemimpin ." Rees cuba memberi kata kata semangat kepada El .

" hmm ... "El hanya mengeluh.

"Kenapa susah sangat nak setuju dengan cadangan pengetua ? "sampuk seseorang dari luar bilik khas Queenz.

Kelihatan Tengku Ezzat Nazrif sudah tercegat di luar pintu bilik khas bersama ahli Knights yang lain.

"Suka hati kau je kan nak curi dengar perbualan kitaorang. Jaga lah telinga tu sikit! "marah Lieya yang sudah lama tidak test suaranya yang kuat.

"Dah kau tak tutup pintu. Salah korang lah. " balas Tengku Fazreen iaitu Faz.

"Kau salahkan kitaorang pulak! "marah Lieya lagi yang sudah bangun dan hampir meletup itu.

"dah , jangan buat kecoh kat sini ." El meleraikan pergaduhan itu.

"korang nak apa datang sini? " tanya El dengan nada yang biasa.

"sajer , nak berkenalan . takkan tak boleh ? " balas Ez dengan nada yang agak biadap.

"Kau fikir aku tanya main main ker? Macam mana lah orang yang macam kau boleh jadi pemimpin. " sindir El.

"Dah tu, macam mana pula orang yang ego macam kau boleh jadi pemimpin . " Ez membalas sindiran El.

"Kau memang saje nak cari nahas dengan aku. " kata El lalu meninggalkan group Queenz dan Knights kerana tidak mahu melepaskan marahnya di situ .

" korang la ni !" marah Leen.

" apehal kitaorang pulak? " tanya Tengku Sharif iaitu Rif.

"Kalau tak disebabkan korang, El takkan marah marah macam tu . "marah Leen lagi.

"So, nama dia El? "sampuk Ez.

"Malas lah kitaorang nak layan korang. Lebih baik kitaorang pergi cari El. Menghadap muka korang yang serupa beruk ni apa kejadah. "Rees sudah mula menggunakan mulut lasernya setelah sekian lama bercuti.

"Kurang asam punya minah. Ingat muka dia cantik sangat ke? " marah Tengku Aizat iaitu Izat.

Group Queenz meninggalkan Knights selepas mengunci pintu bilik khas mereka . Mereka cuba mencari El di seluruh kawasan sekolah malangnya gagal .

tbc .

EGOTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang