𝐸 : 𝟦𝟦

3K 139 0
                                    

Vircon Highschool
Thursday , 2 December
11:25 p.m.

El pov

Aku membelek helaian terakhir bagi paper fizik dan menjawab setiap soalan dengan teliti. Sebaik sahaja aku siap, aku bangun dari kerusi dan keluar dari dewan. Bunyi kerusi yang terhasil apabila aku bangun sedikit mencuri perhatian pelajar yang lain.

Seperti biasa, akan ada seorang pengawas peperiksaan mengikutiku ke tandas. Memang aku berasa tidak selesa tapi tak logik aku nak suruh dia kembali ke dewan dan berhenti ikut aku sebab itu memang tugas dia.

Pintu tandas ditolak lalu aku masuk untuk membasuh muka di singki , jam di tangan dikerling. Masih ada masa 1 jam untuk pelajar menjawab kertas peperiksaan. Aku membuka sedikit pintu tandas dan cuba mencari pengawas yang bersama dengan aku tadi tetapi dia tiada di luar. Aku hanya mengabaikannya, tiada pengawas lagi bagus.

' srekk ' pintu tandas ditolak dan seorang pengawas perempuan masuk lalu bersandar di dinding tandas.

Aku fikir yang dia ialah pengawas yang menggantikan pengawas tadi tetapi naluri aku kuat mengatakan yang dia bukan salah seorang daripada pengawas peperiksaan.

' aku harap tiada apa apa yang berlaku '

Aku bergerak ke arah pintu lalu berasa seperti ada satu tangan menyentuh bahuku lalu aku berpaling memandang pengawas tadi. Sehelai kertas berwarna biru dihulurkan kepada ku. Aku memandang muka pengawas dengan surat itu bersilih ganti.

" ambil. " dia menarik tanganku lalu meletakkan kertas tadi di atas telapak tanganku . Pengawas itu beredar pergi dengan begitu sahaja.

End pov

●●●

Black Road
3:45 p.m.

Roda pada kasut El berputar perlahan dek pergerakan El . Tangannya diseluk ke dalam poket jaket hitamnya sambil melihat keadaan sekeliling. Kebiasaannya dia akan menggunakan lorong berdekatan Taman Violet untuk pulang ke rumah tetapi entah mengapa dirinya tiba tiba membuat keputusan untuk lalu di Dark Road sedangkan ia sedikit jauh dari lokasi rumahnya.

Kereta-kereta yang diparkir sepanjang jalan ini dipandang sepi.

' some say I'm bossy 'cause I am the boss -"

Nada dering yang terhasil dari dalam poket seluar El menandakan ada panggilan yang masuk. Dia menyeluk poket seluarnya lalu menekan button hijau untuk menjawab panggilan itu.

' datang ke complex sekarang! "

' relax n chill la bro , tak perlu kut kau nak jerit . asal tiba tiba suruh aku datang lak? ' sengaja El mempersoal arahan dari Ad selaku leader bagi pt.1 .

' kau datang lepastu kau akan tahu sebabnya. '

' aku busy. ' balas El ringkas.

' stop playing around, El. Nyawa kau dalam bahaya but you still want to hanging around. ' suara Ad kedengaran seperti sedang membentak.

' aku nak meluangkan masa yang ada sebelum aku menutup mata untuk selamanya. ' tiada sebarang suara dari telefon El.

' hello, kau tidur ke? '

' El ,please . Jangan sebut tentang tu lagi. Aku tak suka. ' mamat ni nak emo apa cerita. El bergerak perlahan dengan kasut roda di kaki sambil berhubung dengan Ad melalui telefonnya.

' pak! ' bunyi tapak kasut yang terhasil dari arah belakang El membuatkan pergerakannya terhenti. Telefon yang tadi berada di telinga kini dimasukkan kembali ke dalam poket. El bergerak perlahan dan kedengaran bunyi tapak kasut . Dia berhenti dan tiada bunyi tapak kasut yang terhasil. El menoleh sedikit kepalanya ke kiri.

' a man ' Laju roda kasutnya berputar di atas jalan tar itu.

' vroom! 'Lelaki itu cuba mengejar dengan motorbike . Laju El melarikan diri memasuki lorong lorong yang berdekatan. Malangnya dia tersalah masuk lorong yang disekat dengan dinding.

' oh shit! " bunyi motorbike dari lelaki tadi kedengaran sangat kuat dan El tahu yang lelaki itu cuba melanggarnya . Bunyinya sangat dekat. El ternampak sebuah almari dan sofa buruk di dinding lorong itu lalu dia mendapat satu idea. Nafas dihembus kuat.

El berlari lalu melompat ke atas sofa lalu kakinya memanjat almari dan melakukan putaran 360° melepasi dinding tersebut.

" vroom! " motorbike lelaki itu merempuh dinding batu lalu dia terjatuh kerana tidak dapat mengekalkan keseimbangan motorbikenya .

' yass! ' El terus meluncur laju keluar dari lorong ini .

●●●

Complex ENEMY
3:55 p.m.

" Damn it! " jerit Ad lalu meletak kasar telefon Samsung J7 nya di atas meja.

" apehal? " tanya Taufiq sambil mengunyah jelly .

" dia end call. " Taufiq hanya mengangguk lalu menyambung menghabiskan jelly di dalam balang.

" Ad, perkara ni kita tak boleh buat endah tak endah. Hal ni melibatkan nyawa seseorang. " suara Laila sedikit mengendur.

" I know that but-- "

" but what Ad? " bentak Aliff.

" dia sendiri yang letak diri dia dalam keadaan merbahaya sekarang ." kedengaran keluhan kasar dari Aliff dan Mira.

" dalam hal ni, bukan satu nyawa sahaja yang terlibat tapi beribu nyawa. "

tbc.

EGOWhere stories live. Discover now