𝐸 : 𝟥𝟨

2.9K 138 6
                                    

Tuesday
30 Oktober 2018
8:44 a.m.

Seorang gadis yang berhoodie hitam kelihatan masih lemah di atas lantai. Matanya masih tertutup, dah hampir 20 jam dia tidur.

" huhh. " lelaki bertopeng itu memerhati gadis yang masih pengsan itu lalu mengeluh. Seketika kemudian, gadis itu mula bersuara.

" ah-ah- aduh. " adu gadis itu sambil bangun terduduk. Dia melihat tangan dan kakinya yang digari dengan besi pada tiang. Matanya tertumpu pada lelaki bertopeng didepannya.

" kau sape ah! " gadis itu terus menengking lelaki itu.

" haih, perempuan. Sebelum pape dah marah. relax n chill la. " lelaki bertopeng itu membalas selamba.

" lepaskan aku! " raung gadis itu sambil meronta-ronta.

" kau ingat aku bodoh ke "

"KAU DAH MASUK TEMPAT AKU, KAU INGAT AKU AKAN LEPASKAN SEMUDAH TU KE. AKU TAK BODOH MACAM AYAH KAU ! " lelaki itu menengking gadis itu. Riak wajah gadis itu berubah pilu apabila ayahnya disebut-sebut.

Lelaki bertopeng itu berjalan mendekati gadis itu lalu duduk di hadapannya.

" argh! " gadis itu menyepak kuat dada lelaki itu. Gadis itu meronta-ronta cuba untuk melepaskan diri.

" woi! "

"ELYANA NADIA! " tangannya mengunci pergerakan gadis bernama Elyana Nadia iaitu El.

" kau jangan main-main dengan aku kalau tak kawan kawan kau akan alami apa yang kau alami 2 tahun lepas. "

El terpana dengan kata kata lelaki itu. Memori perit 2 tahun lepas kembali bermain di fikirannya.

" tolong jangan ." El menunduk. Air matanya gugur menyentuh pipi.

" JANGAN GANGGU KAWAN-KAWAN AKU! " raung El berserta tangisan.

" SENYAP LA! " lelaki itu menampar kasar pipi El. Pipinya berasa sangat sakit sekarang tapi hatinya lebih sakit merasai semua ini.

" malam ni, kau akan jadi mainan aku. " bisik lelaki itu di telinga El lalu menunjal kepala El. Dia berlalu pergi.

●●●

El's Pov

Aku cuba menanggalkan tali yang ada pada tangan dan kaki aku tapi malangnya aku gagal . Ia terlalu ketat .

Mata aku melilau sekeliling mencari sesuatu . Dapat ! Aku mencapai sekeping kaca dengan kaki ku .

" got you " perlahan-lahan aku bangun . Rasa sakit disepak oleh beberapa orang kuncunya masih berasa tapi aku terpaksa gagahkan diri untuk keluar dari sini.

Aku bergerak ke pintu gudang dan —

" lelaki bodoh"

aku bernasib baik kerana ia tidak berkunci. Dengan pantas aku menyelut poket jeans untuk mengambil kunci kereta.

" perempuan! " jeritan dari salah seorang kuncunya mengejutkan aku.

Dengan pantas aku berlari ke dalam kereta. Kereta dipandu laju membelah jalan.

End's POV

●●●

Queenz's House
Wednesday
2:38 a.m

Keempat-empat ahli Queenz dan Knights berada di ruang tamu dengan keadaan yang sunyi.

" Leen " Sya bersuara. Leen mengangkat muka memandang Sya.

" kau betul ke El pergi balik kampung? " Sya bertanya tegas. Leen mengangguk.

" dia sendiri yang beritahu aku. "

" selama hampir 4 tahun 10 bulan aku berkawan dengan dia, dia tak pernah sebut tentang ahli keluarga terdekat, saudara mara apatah lagi tentang kampung. " suara Sya sedikit menaik.Rees yang berada disebelahnya sudah menenangkan Sya sebelum dia menjadi semakin marah.

" habistu kepada kau nak naikkan suara dengan aku! " balas Leen.

" sepatutnya kau beritahu kitaorang awal awal yang El balik kampung. Bukannya 30 minit yang lepas baru kau nak beritahu. Kau sendiri dah berkawan dengan dia 4 tahun takkan kau tak tahu yang tiada kampung dan EL TIADA SESIAPA KECUALI KITA! " tengking Sya sambil berdiri. Tangan Rees yang cuba menariknya untuk kembali duduk ditepis kasar.

" kau ingat selama ni aku kawan dengan dia semata mata nak tanya tentang dia ke, nak kisah tentang dia ke! Aku bukannya jenis manusia yang busybody macam kau. Jaga tepi kain sendirilah! Aku ada life and dia pun ada life! Atau orang yang macam kau tak ada life! " Leen sudah tidak dapat menahan marahnya. Pertengkaran sedang berlaku.

" kau nak ka-- " Rees menekup mulut Sya lalu dia meronta-ronta.

" Leen, apa maksud kau yang selama ni kau kawan dengan dia kau tak kisah tentang dia? " kini Lieya bersuara sambil kepalanya masih menunduk memandang karpet hitam .

" tolonglah! Aku dah penat dengan semua penipuan ni! " semua tersentak.

" korang semua termasuk aku ialah FAKE FRIENDS! Aku dah tak sanggup nak berlakon macam ni lagi, aku dah tak sanggup! " pengakuan Leen membuat semua terpana.

" a-ap-apa yang kau cakap Leen? " Fiq terpana.

" Selama ni kitaorang semua berkawan dengan Tengku Elyana Nadia hanya disebabkan kitaorang nakkan populariti, jawatan . Kitaorang tak nak orang lain pandang rendah dekat kitaorang!" Rees bersuara lantang.

" Kau ingat aku suka ke kena arah bagai dengan kawan sendiri! Aku muak ah layan perangai dia! Dengan ego bodoh dia tu ! Kalau aku jadi Bel tu , aku dah lama bunuh dia . " kini, keempat-empat ahli Queenz bersuara.

" apa yang kau cakap ni! Kau tak sedar ke yang orang yang kau marah, kau benci tu kawan kau . " Faz bersuara apabila dia tidak tahan lagi melihat ahli Queenz meluahkan rasa dendam terhadap El.

" kau tak rasa apa yang kitaorang rasa! El tu jahat, dia pembunuh! Korang ni memang mudah sangat jatuh dalam perangkap dia. Bodoh. " kata Rees kasar.

" ayah dia jadikan mak kitaorang pelacur! Papa dia bunuh ayah kitaorang! Untuk pengetahuan korang, kitaorang hampir jadi pelacur disebabkan ayah dia. " tengking Lieya dengan tangisan di pipi.

" aku rasa El tu dah lama jadi pelacur. "

tbc.

EGOWhere stories live. Discover now