𝐸 : 𝟦𝟫

4.2K 150 6
                                    

Vircon Highschool
Saturday, 4 December
--:-- p.m.

Seorang gadis berpakaian serba hitam berjalan menuju ke arah perkarangan sambil menunduk. Semua mata mula memandangnya. Gadis itu menghentikan langkahnya sebaik sahaja sampai di bahagian tengah perkarangan.

●●●

El pov

Aku berjalan terus ke bahagian tengah perkarangan sambil menunduk, aku tak sanggup untuk melihat ahli SQUAD ENEMY.

Kepalaku yang menunduk kini diangkat untuk memandang ke hadapan. Seorang lelaki yang berpakaian serba hitam yang bernama Tengku Ezzat Nazrif berada di hadapan ku.

" I'm here! " laungku. Langkah Ez terhenti, badannya yang membelakangi ku terus dipusing. Dia tersenyum puas.

Aku sempat menekan button walkie-talkie yang ada di dalam poketku supaya Ad dapat mendengar setiap perbualan aku dengan lelaki ini.

" wow, hebat! Aku tak sangka yang kau sanggup serahkan diri semudah ni . Kalau awal awal aku tahu yang kau hanya akan menyerah diri, tak perlu aku sediakan beribu ahli untuk memulakan peperangan. Bagus. " aku hanya memandang tepat ke arah lelaki ni .

Ez menghulur tangannya untuk mengajak aku ke vannya.

" follow me. " arahnya. Aku memandang tangannya lama.

" El! Jangan! " jeritan seseorang dari arah belakangku menghentikan lamunan ku seketika. Aku bingung, perlu ke aku berpaling atau --

" aku merayu pada kau! Aku tahu yang kau takkan sesekali mengaku kalah dengan semudah ni! Kau ialah Elyana Nadia! " aku terkasima, suara Ad. Kata-katanya membuatkan aku menjadi keliru.

Aku mengeluarkan walkie-talkie dari poket seluarku dan membuat isyarat mata kepada Ez.

" silakan . " balas Ez. Walkie-talkie diletakkan berdekatan dengan bibirku.

" Ad, aku tahu ini memang perkara bodoh tapi aku perlu buat. Mungkin kali ni, aku terpaksa menyerah. Tapi , tak bermakna yang SQUAD ENEMY akan kalah kalau aku menyerah. Maafka--. " walkie-talkieku terus dirampas kasar oleh Ez.

" hehe, terima kasih untuk hadiah ni Ad. Aku tak sangka yang kau akan kalah , SQUAD ENEMY loser. " aku memandang sepi walkie-talkie ku yang dibaling oleh Ez ke tanah.

●●●

Van S.E.
--:-- p.m.

Tanpa disedari, SQUAD ENEMY telah menyiapkan plan yang baharu.

" Aliff akan menembak salah seorang dari ahli SQUAD BLACK dan waktu tu suasana akan jadi huru-hara. aku akan bersiap sedia berdekatan dengan El untuk tarik dia. Waktu tu, korang perangkap Ez terlebih dahulu, faham? " semua mengangguk dengan muka serius.

Dengan pantas, Ad bergerak ke posisinya iaitu di sebalik sebuah kereta yang berada tidak jauh dari El. Aliff juga telah siap menetapkan sasaran untuk ditembak . Ahli yang lain turut bergerak ke posisi masing-masing secara rahsia.

" game on "

●●●

" hentikan semua lakonan sedih kau. Ikut aku atau aku mulakan peperangan. " Ez tersenyum sinis memandangku. Kalau boleh, aku nak potong kepala dia guna kapak sekarang ni.

Tangannya dihulur buat kali yang kedua. Aku memejam mata rapat, nafas dihembus lalu aku memandang kembali ke arah Ez.

' aku percayakan kau Ad ' bisikku .

Tangan kananku perlahan-lahan diangkat dan tiba tiba pergerakan tanganku terhenti apabila telapak tangannku hampir menyentuh telapak tangannya. Aku kembali memandang muka Ez , muka di sedikit bengang dengan tindakan ku. Ez terus menarik tanganku kasar.

" Pom! " satu das tembakan dilepaskan. Mataku membulat memandang salah seorang dari SQUAD BLACK yang terbaring lemah kerana terkena tembakan tadi.

Ez yang dalam gelabah menarik lenganku pantas malangnya Ad sempat menarik lenganku . Ad menarikku sambil berlari pantas ke arah van. Aku dapat lihat ahli SQUAD ENEMY yang lain telah berjaya mengepung Ez. Aku tersenyum gembira tetapi ---



" tang! "

" tang! "

" tang!! "


" tang! "



Badanku kaku, kaki ku lemah tidak berdaya. Aku jatuh terbaring menahan kesakitan.

" El, no. El! " Ad pantas menyambut badanku yang semakin lemah. Aku sudah tidak berdaya untuk berkata-kata, aku terlalu lemah. Mataku dipejam, air mata mengalir jatuh menyentuh pipi.

" EL! "

itulah perkataan terakhir yang aku dengar sebelum mataku tertutup rapat dan aku ditemani dengan pemandangan yang gelap.

tbc.

EGOWhere stories live. Discover now