𝐸 : 𝟣𝟫

3.8K 187 5
                                    

Cahaya matahari yang masuk melalui celah celah tingkap yang terselindung disebalik langsir membuatkan El terpesat-pesat membuka matanya. Dia bangun dari katil dan merenung ke tingkap biliknya. Bersinar terang cahaya matahari. El memikirkan sejenak akan hidupnya kini.

" mungkin aku patut jauhkan diri aku dari dia ."

" but how? sekarang dia dah jumpa aku ."

" he's crazy and he's killer . hm ."

bisik hati El .

wajah Syafiq yang dilihatnya tempoh hari masih terbayang bayang di ingatan .

" huh .. " keluhan berat dilepaskan oleh El. Betapa peritnya hidupnya dengan kemunculan Syafiq dan Ez dalam hidupnya.

Kebetulan pula harini ialah hari cuti. El hanya berehat di dalam biliknya.

•••

"where is it ?" El mengulangi soalan yang sama sambil membelek belek barangnya di atas meja dan di dalam laci. Dia mencari iphone miliknya.

"Aku letak dekat mana phone aku? " tanya El pada diri sendiri. Dia cuba untuk mengingat kembali tempat di mana kali terakhir dia meletakkan iphonenya.

"Bilik kak Shah! " jeritnya. Semalam, dia sempat berbual sebentar dengan maid rumahnya yang dipanggil Kak Shah . El terus menuruni tangga dan masuk ke dalam bilik kak Shah yang berada tidak jauh dari dapur.

"Srekkk "

pintu bilik kak Shah ditolak perlahan oleh El. Dia membuka suis lampu bilik kerana keadaan di dalam bilik itu agak malap . Dia terus mencari phonenya. Tiba tiba, hatinya tergerak untuk mencari di atas kabinet baju kak Shah lalu dia terus memanjat kabinet menggunakan kerusi.

"Dah jumpa! " kata El separuh menjerit. Ketika dia turun dari kerusi, sehelai sampul surat jatuh ke lantai. Dia terus mengutip sampul surat itu dan membaca tulisan berangkai yang tertulis pada kulit sampul surat itu.

From : —
To : Puan Tengku Kharlina

"Tengku Kharlina kan mama? Siapa pulak yang bagi surat ni ? " pelbagai soalan yang bermain di fikiran El. Dia terus mengambil isi sampul surat itu.

Puan Tengku Kharlina ,
selaku setiausaha di syarikat ini , saya menyerahkan budak perempuan yang diberi nama Elyana Nadia kepada keluarga Puan atas kehendak keluarga Puan sendiri . Pastikan ubat yang diberi dimakan oleh Elyana sebanyak dua biji sehari . jangan bongkarkan rahsia kita ."

Air mata mula bertakung di kelopak mata El. Dadanya berasa sangat sakit membaca isi kandungan surat itu . Puan Tengku Kharlina dan Encik Tengku Rashid bukan ibu bapa kandungnya. El jatuh terduduk. Dia sebak, kecewa, sedih, marah . Perasaannya bercampur baur . Nama sebenar dia ialah Elyana Nadia, cuma ditambah Tengku dihadapan namanya kerana ibu bapanya ialah orang yang kerabat tengku.

"El ? " Kak Shah bergegas ke biliknya apabila tersedar pintu biliknya terbuka . Kak Shah terpaku apabila melihat sehelai kertas yang berada di dalam pegangan El. Surat tu ialah surat yang perlu disorok olehnya kerana ia adalah arahan keras dari Puan dan Tuan. Puan dan Tuan menyorok surat itu di dalam bilik kak Shah kerana dia tahu yang El tidak akan masuk ke dalam bilik kak shah mahupun menyelongkar barang kak Shah.

" kak shah , apa semua ni ?" tanya El yang masih dalam keadaan tenang .

" saya anak angkat ? saya anak angkat kepada Tengku Kharlina dan Tengku Rasyid . betul kan kak Shah ? " tanya El sambil menahan dari air matanya jatuh ke pipi .

" mana ibu bapa kandung saya kak Shah ? where's my biological parents ? " El mula meninggikan suara .

" sorry El tapi sumpah memang akak tak tahu . akak cuma diamanahkan untuk sorok kertas tu dari El . " balas kak Shah yang sudah menggigil .

El berlari keluar dari bilik kak Shah .

" El ! " jerit kak Shah .

" apa yang jadi kat sini ? kenapa menjerit jerit ni ? " tanya Tuan Rashid dengan tegas .

" you — "

tbc .

EGOWhere stories live. Discover now