Part 7

3.4K 83 2
                                    


Bab 7

Seawal jam tujuh pagi Waina sudah tercegak di dapur Puan Ana menyediakan sarapan pagi untuk keluarga itu. Sampai saja dia ke rumah banglo ini, Puan Ana meminta dia masak lebih sikit dan special kerana ada tamu dari Pahang katanya. Waina hanya menurut saja. Pagi ini nasi kerabu menjadi menu dia, nak bagi orang luar rasa nasi kerabu buatan air tangannya. Nasi ditanak dengan mengguna air perahan bunga telang yang berwarna biru tua. Isi ikan dikutil untuk membuang tulang sambil menyanyi kecil. Menghiburkan hati sendiri.

Aroma wap nasi yang keluar dari tudung periuk telah menusuk ke rongga hidung Riyad yang baru selesai menelefon isterinya. Dia terus menapak keluar untuk mencari bau aroma yang telah membuka selera makannya seawal pagi itu. Tiba di muka pintu Riyad tidak jadi melangkah, dia terkejut sedikit bila melihat kelibat seorang gadis lincah memasak di dapur. Siap pakej karaoke lagi tu. Dahi berkerut sedikit.

Fatin ada adik ke? Itu persoalan di benaknya sekarang.

"Demo loni tak supo mulo...tak berani kawe nok tegur...." Waina asyik menyanyi lagu dikir barat sambil mengacau isi ikan dengan isi kepala langsung tidak menyedari Riyad sedang memerhatikan gelagat dia. Bila mana dia mahu berpaling.

"Arghh!" dia menjerit nasib baik mangkuk yang dipegang tidak terlucut dari pegangannya. Tersentap jantung dia sesaat, terkejut bila lihat seorang lelaki tercegat di muka pintu dapur sana.

Riyad juga tersentap. Segera dia mendapatkan Waina. "Err...Sorry saya tak sengaja," pinta Riyad. Mangkuk di tangan Waina cuba diambil, takut jatuh nanti.

Waina cepat-cepat bawa lari, "Takpe. Hmmm...Encik ni suami Fatin ke?" jujur Waina bertanya.

Riyad gelak sedikit. "Takdelah saya kawan Fatin, awak ni siapa? Adiknya?"

"Ehem! Bos tak akanlah dengan kawan saya bos nak cuba kot?" celah Fatin dari belakang. Dia keluar dari bilik sebaik terdengar Waina menjerit di dapur.

Riyad kalih dengan riak terkedu, "kawan?"

Fatin berjalan menghampiri Waina seraya memeluk bahu gadis itu. "Ya, kawan. Kawan dari kecil malah dah macam adik beradik, kan Waina? Waina ini bos tempat saya kerja, Encik Riyad. Dia dah kahwin pun," Fatin kerling Waina di sebelah. Waina hanya mengangguk.

"Habis kenapa dia buat kat sini? Atau dia memang tinggal dalam rumah ini?" asak Riyad kepada Fatin. Pelik kata kawan tapi tinggal sekali.

Fatin gelak. Mangkuk dari tangan Waina dia ambil lalu diletakan ke meja. "Takdelah bos. Waina kerja dekat rumah ini, sebagai tukang masak. Duduklah masakan Waina perghh! Sedap sampai menjilat jari. Kalau bos rasa sekali mesti terbawa sampai mimpi,"canda Fatin.

"Ish, mengarut aje awak ni Fatin!" sampuk Waina, bahu Fatin ditampar lembut.

"Laa...betul apa saya cakap. Masakan awak tersedap dekat kampung kita tahu! Kalau tak, takdenya Puan Rohana nak ambil awak kerja dekat rumah ini," Fatin masih lagi mengusik kawannya. Wajah Waina sudah memerah.

Kerja rumah Fatin sebagai orang gaji? Riyad masih hairan. Ralit meneliti wajah polos itu dahinya berkerut sedikit aeakan dia pernah berjumpa dengan gadis ini, tapi di mana ya? Bukan ke gadis semalam?! Ya tak silap lagi. Itulah gadis malang itu.

"Apa hal ni kecoh-kecoh?" Puan Ana masuk ke dapur terus bersuara.

"Takdelah mama. Saja Fatin usik Waina. Mama masakan Waina memang terbaikkan?" Fatin jungkit kening sekilas pandang kepada Waina di sebelah. Sengaja nak promot kawan baik sendiri pada majikannya.

JODOH YANG DITAKDIRKAN aka CALON ISTERI KEDUAWhere stories live. Discover now