Part 15

2.7K 20 1
                                    


HUNA termenung sendiri di dapur. Sedang berfikir perbualan dia dengan Riyad. Tiba-tiba dia rasa ragu dengan keputusan dia. Rasa macam mahu tarik diri pun ada tapi dia sudah berjanji tidak akan tarik diri dan tak nak jadi orang munafik. Nak tak nak dia kena teruskan perkahwinan ini. Ikan dalam kuali langsung dia tidak sedar sudah hanyit. 

Fatin kebetulan masuk ke dapur terus menjerit.

"Huna ikan tu dah hangitlah!" Cepat-cepat dia tutup api gas.

"Kenapa ni Huna?" soalnya.

"Kak Fatin betul ke apa saya buat ni?" Huna tiba-tiba menyoal.

"Buat apa?" soal Fatin kehairanan. 

Huna mengangkat ikan yang hampir hangit tadi di kuali ke dalam pinggan. Menapak ke meja dan melabuh duduk sebelum dia buka mulut.

"Kahwin dengan bos kak dan jadi isteri kedua dia. Saya rasa takut pulak," jujur Huna bertutur.

Fatin mengekor. "Huna, kak nak cakap tak berani. Kak memang tak sanggup untuk berkongsi kasih dengan orang yang kak sayang. Tengok keadaan macam ni, nak saja kak bagitahu Abang Ayyad supaya kahwin dengan awak berbanding kak lepaskan awak pada bos kak tu. Abang Ayyad sendiri sudah ada kekasih dan dah tolak awak. 

Hmm... siapa tak kenal dengan pak long awak tu bila papa saya nak beli tanah itu dia tak bagi sebab dia tahu pasti papa akan serahkan tanah itu pada awak. Yang saya pelik kenapa pak long awak tiba-tiba bersetuju bila bos saya pergi err..." cepat-cepat Fatin gigit jari. Hampir dia membongkar cerita sebenar.

"Kenapa Kak Fatin?" Huna kerut dahi.

"Eh, takde apa-apalah. Kak cuma nak cakap bos kak tu awak jangan risau dia tak akan seksa awak nanti. Isteri dia pun sangat baik hati. Percakapannya pun sopan. Senang cerita dia seorang wanita yang sangat lemah lembut."

"Habis kenapa dia nak tambah isteri?"

Fatin garu kepala. "Yang tu awak kena tanya bakal suami awak nantilah ya,"

"Banyak yang saya tak tahu fasal dia, kak. Macam mana orangnya. Kahwin bukan perkara yang senang nak hidup bukan sehari dua tapi sepanjang hayat,"

Fatin tiba-tiba gelak.

 "Huna kenapa tak fikir panjang dulu sebelum buat perjanjian dengan dia? Dengar sini mungkin apa yang Huna rasa tu perasaan yang biasa bagi orang nak bina masjid akan rasa. Iblis-iblis mencucuk dan menghasut untuk robohkan masjid bakal terbina lagi. Okey ,sekarang apa yang Huna perlu buat perbanyakan solat istikarah minta petunjuk dariNya. Orang cakap kehidupan selepas perkahwinan ini sangat indah,"

Huna mengangguk, setuju dengan kata-kata Fatin.

"Dah jangan nak fikir sangat hal ni. Sekarang kak nak Huna tenangkan diri dulu, buat macam biasa aje ya?" nasihat Fatin.  

Kedua belah tangan Huna digenggam erat. Seoleh memberi semangat kepada adiknya itu.

"Terima kasih Kak Fatin." Balas Huna seraya merangkul erat tubuh Fatin. 

USAI kerjanya, Huna bersiap-siap pulang ke rumah. Dia panjat basikalnya dan mahu keluar dari perkarangan rumah itu. Masa dia mahu keluar kereta yang dipandu oleh Fayyad masuk dan berhenti menghalang laluan gadis itu. 

"Eh, Huna dah balik ke?" Soalnya sebaik menjatuhkan cermin kereta. Menahan Huna dari pergi.

Huna senyum dan mengangguk. 

 "Aah, kerja Huna dah selesai." Dia menjawab tanpa memandang langsung wajah lelaki itu. 

"Boleh abang berbual-bual dengan Huna sekejap?"

JODOH YANG DITAKDIRKAN aka CALON ISTERI KEDUAWhere stories live. Discover now