Part 12

4.1K 104 6
                                    


Bab 12

Fayyad menghempas pintu kereta dengan begitu kuat. Seolah ingin menunjuk hatinya sekarang cukup marahkan seseorang kepada semua isi dunia. Sebaik kaki mencecah masuk ke dalam rumah, dia merebahkan diri ke sofa. Tangan kanan dah naik ke dahi sambil menghela nafas dengan kasar. Sungguh hati Fayyad ketika ini hancur dan berkecai bila teringatkan kejadian tiga hari yang lalu. Disebabkan perkara itulah dia hilangkan diri dan langsung tak balik ke rumah. Telefon jugak dimatikan dari berhubungdengan sesiapa termasuklah ahli keluarganya. Terputus hubungan dari dunia luar.

"Baru nampak bayang abang, abang ke mana?" sergah Fatin dari dapur sebaik terdengar ada seseorang membuka pintu. Fatin menapak dan melabuh duduk di sebelah Fayyad.

"Abang kecewa sangat dik...Hati abang dah terluka. Abang sayangkan dia sepenuh hati abang, tapi dia curang dengan abang..." luah Fayyad. Keadaan dia masih seperti itu juga.

Fatin dah garu kepala. "Apahal dengan abang ni? Fatin tak fahamlah. Ini abang tahu tak yang Waina dah kahwin dengan bos Fatin malam tadi," terus terang Fatin berkata. Masalah si abang langsung dia tak ambil peduli.

"Apa?! Waina dah kahwin. Bila?" terkejut Fayyad. Serta merta dia betulkan kedudukan terus mengadap Fatin.

"Yang abang nak terkejut sangat ni kenapa? Rilekslah sikit. Pasal Waina sekejap lagi Fatin cerita, tadi abang duk emosional sangat tu dekat siapa sebenarnya? Dekat Kak Erin ke?" Fatin bertanya santai.

Fayyad mengeluh berat. Dia kembali bersandar ke sofa.

"Ya dik, pasal Erin. Tiga hari yang lepas abah dia telefon bagitahu abang yang Erin tak balik rumah. Abah dia ingatkan abang ada dengan Erin. Abang jugak terkejut terus ke rumah mereka. Tengok-tengok Erin balik bagitahu yang dia kena tangkap basah. Luluh hati abang dik...abang malu...abang tak tahu macam mana nak bagitahu pasal ni dekat mama dengan papa jadi nak ubat hati abang yang terluka ni abang sewa chalet di Melawi..." Fayyad bercerita. Setitis air mata jantannya menitis turun.

Fatin rasa simpati. Bahu Fayyad disentuh lembut.

"Sabar ya,abang. Mungkin Kak Erin bukan jodoh abang,"

"Takpelah. Biarkan dia dengan lelaki yang dia pilih tu. Tapi abang tak boleh nak terima dia sanggup curang dengan abang. Selama ini kata-kata rindu, cinta untuk abang adalah palsu! Dalam diam dia bermain cinta dengan lelaki lain sampai sanggup diajak ke bilik berdua-duaan. Kalau dah rasa gatal sangat nak dekat laki tu cakap awal-awallah apa ingat abang ni jenis yang terhegeh pada yang tak sudi ke? Ah, lupalah dekat Erin tu! Ni, abang nak tahu kenapa Waina boleh kahwin dengan bos Fatin secara tiba-tiba ni?" Fayyad mahu pujuk hati sendiri. Tidak mahu bangkitkan soal yang melukakan hati.

"Dah abang jual mahal dengan dia sangat! Waina pun dah penat nak tunggu abang. Daripada tunggu abang bagai pungguk rindukan bulan lebih baik dia kahwin dengan bos Waina yang pantas bertindak," selamba saja Fatin menjawab.

Mulut Fayyad sudah luas melopong. "Ap..apa yang adik cakap ni? Waina tunggu abang?" tergagap Fayyad menutur.

"Ya. Waina memang dah lama sukakan abang. Sejak kami berkawan lagi. Fatin selalu perhatikan dia. Bila berhadapan dengan abang, Waina pasti menunduk. Bila Fatin tanya perasaan dia dekat abang, dia mengaku yang dia sayangkan abang. Dia terpikat dengan abang, bila dia lihat cara abang ambil berat terhadap Fatin. Waina ada bagitahu beruntungnya Fatin sebab ada abang macam abang. Tapi sayang ketulusan cinta dia kepada abang langsung tak disambut oleh abang. Abang, Waina pernah cintakan abang, abang tahu ke?" soal Fatin matanya setia menatap wajah kusam Fayyad.

JODOH YANG DITAKDIRKAN aka CALON ISTERI KEDUAWhere stories live. Discover now