Part 41

4.6K 71 0
                                    


BAB 41

NENDA Tengku Sarah bersantai di kerusi rotan. Kesihatan dia sejak akhir-akhir ni sangat membimbangkan. Matanya menjadi kabur. Kudrat untuk berjalan ke sana ke mari sudah tidak kuat. Hanya mampu duduk dan baring saja di dalam rumah.

"Kamu mahu kau ikut serta sebagai calon itu. Aku mahu kau berlakon baik di mata Shahira. Aku nak kau kahwin dengan cucu aku lepastu buat dia bercerai."

"Kan aku dah pesan dekat kau. buatlah apa-apa pun asalkan Yad bencikan perempuan tu. Tapi ingat kau jangan sentuh Huna. Aku hanya nak Shahira saja yang disakiti."

"Aku nak Yad kekal dengan isteri seorang saja. Aku minta budak itu tolong aku untuk merosakkan rumahtangga kamu. Aku nak singkirkan kau dari keluarga aku. Aku taknak kau wujud dalam keluarga ini, kau faham tak permainan aku, Shahira Dahlia? Apa yang Rina sudah buat dekat kau adalah atas arahan aku. Kalau kau nak marahkan Rina, kau kena marahkan aku."

Satu demi satu dosa yang telah dia lakukan terhadap Shahira, terlayar. Rupanya hidayah baru sampai ke hatinya. Baru sekarang dia sedar, selama ini dia sungguh kejam terhadap cucu menantunya. Air matanya mula gugur. Kerusi malas digoyang perlahan.

Dialah perancang utama untuk memusnahkan rumah tangga cucunya sendiri. Dia terlalu ego. Terlalu pentingkan darah keturunan. Tiada siapa yang berani melawan cakapnya kecuali Riyad. Cucu kesayangan dia sendiri. Kahwin dengan perempuan yang tidak tahu asal usulnya. Buatkan dia semakin marah. Tapi marahkan cucu apalah sangat. Sayangnya masih kuat.

"Nenda...ada apa nenda nak jumpa Yad?" tegur Riyad.

Mendapat panggilan dari wanita itu, mahu berjumpa dia sendiri menjadi penasaran. Adakah wanita tua itu mahu memisahkan dia dengan Shahira lagi?

Tengku Sarah buka mata. Air mata yang tersisa diseka lembut sebelum dia menggamit Riyad agar duduk di sebelahnya.

"Macam mana Shahira sekarang?"

"Huh? Dia okey saja. Kenapa?" Riyad tersentap. Dahinya berkerut sedikit. Cuak dengan pertanyaan nendanya itu.

"Yad, nenda nak tanya. Hira ada cerita pada kamu fasal nenda?" soal dia. Secarik senyuman lembut tergaris di wajah.

"Cerita apa nenda?" Riyad semakin cuak.

"Kamu pasti?" Tengku Sarah mahukan kepastian lagi.

"Fasal apa nenda, Yad tak faham. Nenda ada rahsia dengan Hira yang Yad tak tahu ke?"

"Kamu masih ingat Khairina?"

"Kenapa dengan dia pulak?"

"Dia adalah orang upahan nenda untuk menghancurkan rumah tangga kamu."

Mata Riyad terbeliak dan mulut terlopong luas. Seakan tidak percaya.

"Nenda upah dia masa kamu cari calon untuk isteri kedua kamu lagi. Nenda minta dia masuk calon dan berlakon baik di depan Shahira supaya dia terpilih. Lepas tu dia buat hal dan kamu kahwin dengan Huna. Dia datang balik dan nenda suruh dia minta kerja dengan bini kamu sebab nenda tahu Shahira macam mana. Maafkan nenda Yad. Shahira tak bersalah dalam hal ini tapi nenda.

Nenda begitu kejam dengan dia. Nenda nak dia nampak salah di mata kamu Yad. Nenda taknak dia wujud dalam keluarga kita sebab dia bukan dari keturunan kita. Kita tak tahu asal usulnya itu yang nenda tak mahu. Tapi siapalah nenda untuk menolak semua itu. Nenda baru sedar, nenda melawan hukum Allah. Nenda betul-betul dah insaf. Nenda nak minta maaf dari dia tapi nenda malu. Jangan beritahu dia fasal ini Yad. Nenda betul-betul malu dengan dia." Berjeda Tengku Sarah meluahkan rasa yang dipendam. Ego dia masih lagi tinggi untuk meminta maaf dengan empunya diri sendiri.

"Yad...Yad macam tak percaya. Yad cucu nenda kan? Darah daging nenda tergamak nenda buat semua ni pada keluarga Yad." Bergetar-getar suaranya. Kepala digeleng berkali-kali. Sungguh dia terluka. Dia menuduh Shahira sedangkan wanita itu adalah mangsa. Mangsa fitnah oleh keturunan dia sendiri.

"Nen..nenda minta maaf Yad...nenda yang berdosa." Air mata Tengku Sarah semakin lebat mengalir.

Riyad raup wajah berkali-kali sebelum dia tersenyum tipis. Dia bangkit lalu merangkul lembut tubuh lemah wanita tua itu.

"Nenda, Yad tak layak nak marahkan nenda. Nenda bukan sakitkan Yad tapi Hira. Seorang wanita yang cukup positif tapi tertewas di sebabkan Yad yang tidak pandai mengadili rumah tangga Yad. Hidayah itu sememangnya hak Allah. Kepada siapa untuk siapa terpulang kepadaNya. Kita hamba perlu bertaubat atas semua kesilapan dan kesalahan kita."

Tangisan Tengku Sarah semakin kuat kedengaran. Hati dia cukup hitam. Langsung takde cahaya untuk memandang Shahira dengan baik.

PULANG ke rumah Riyad terus naik ke tingkat atas. Dia sendiri ingin minta maaf kepada wanita itu. Macam-macam dia tuduh Shahira hakikatnya dia sendiri yang bersalah. Sebaik daun pintu diselak dari luar, air mata lelakinya mengalir. Diihat Shahira sedang solat maghrib di sebelah sejadah si kembar sedang bermain dengan bahagia. Siap saja solat isterinya, Riyad terus merangkul dari belakang.

"Abang tak kan minta isteri lain kecuali sayang temani abang di syurga nanti. Maafkan abang sayang...abang betul-betul dosa sayang pada sayang." Rengek Riyad di bahu Shahira yang masih berbalut telekung solat.

"Kenapa ni abang?" soal Shahira cuak. Dia tidak boleh menoleh kerana rangkulan Riyad sangat kuat.

"Abang sudah tuduh sayang. Abang tak percayakan sayang sampailah nenda bagitahu abang cerita sebenar. Kenapa sayang..? Kenapa..? susah sangat ke nak berterus terang dengan suami sendiri. Kenapa sayang sanggup diri difitnah

Shahira senyum. Kedua belah tangan Riyad yang memeluk tubuhnya dipeluk lembut.

"Abang Hira dah lama lupakan hal itu. Hira anggap itu semua kasih sayang Allah pada Hira. Kita lupakan saja hal itu abang. Sekarang Allah bagi peluang kedua untuk kita jadi suami isteri tak perlu persiakan lagi. Jangan ungkit sejarah menyakitkan takut nanti menjadi racun dalam kehidupan kita." Tutur Shahira lembut. Wajah si kembar ditatap bahagia.

Mereka masih berpelukan begitu. Shahira membiarkan suaminya merengek manja. Perkara yang ingin dirahsiakan telah dibongkarkan. Dia tahu hal ini Riyad tahu dari Tengku Sarah sendiri. Itu menandakan hubungan dia dengan Riyad mendapat restu.

Ya Allah semua kebahagiaan, kesedihan, kekecewaan dan kedukaan semuanya datang dariMu. Semoga bahagia milik kamu. Doa Shahira dalam hati.

JODOH YANG DITAKDIRKAN aka CALON ISTERI KEDUAWhere stories live. Discover now