Part 13

3.4K 82 2
                                    

"ARGGHH!! Huna tolong abanggg..."

Huna yang sedang melipat pakaian di ruang tamu terus berlari keluar untuk mendapatkan Riyad di perkarangan rumah. Terkonco-konco dia sampai langkah pun tak mencecah bumi bila terdengar suaminya menjerit kuat.

"Kenapa abang?" soalnya sambil termengah. Sesaat kemudian tawanya terburai. Ingatkan Riyad kenapa, rupanya Riyad dikejar oleh beberapa ekor angsa milik arwah ayohnya dulu.

"Yang Huna gelakkan abang kenapa? Tolonglah abang halau binatang ni!" teriak Riyad.

Dia masih dikejar binatang itu. Sungguh nafas dia sekarang tersangatlah sempuk. Tadi hajatnya hendak memberi makan pada haiwan yang ada dalam reban belakang rumah Huna. Sangkakan dia angsa itu itik serati yang jinak namun sebaliknya yang terjadi. Angsa itu sangat garang. Orang yang tidak dikenali terus dikejar.

Huna turut ke tanah terus menghalau sekumpulan angsa yang berwarna putih itu dengan senang. Sesaat kemudian dia melangkah mendekati Riyad sudah berada di atas pokok rambutan. Takut punya pasal terus belasah panjat pokok yang ada di depan matanya. Sebelum ini Riyad mana pandai panjat pokok. Hampir terburai tawa Huna bila melihat wajah Riyad yang sedang ketakutan.

"Dahlah abang mari turun, Huna dah halau angsa-angsa itu masuk reban,"

Riyad dari atas pokok masih belum ada kekuatan untuk turun. Dia langsung tak pandang bawah.

"Binatang apa tu Huna? Dahsyat betullah. Abang tak suka binatang tu..." rengek Riyad.

"Itu nama dia angsa. Dah berapa keturunan dah angsa tu, arwah ayoh yang bela tapi masih membiak lagi sebab saya yang selalu jaga. Binatang tu memang macam tu kalau tak kenal tuan dia akan mematuk. Nanti lepas ni abang kena acaplah bagi makan dengan binatang tu baru dia akan kenal abang. Dahlah mari turun bawah saya ada masakan kuih cek mek untuk abang. Abang turun ya, saya nak pergi naik ambil dekat atas," ujar Huna dalam nada lucu. Seketika kemudian dia melangkah naik ke rumah.

Riyad cuba menjeling ke bawah. Fulamak tinggi juga dia panjat pokok rambutan gading ni. Dia tarik nafas dan hembus perlahan-lahan. Seram sejuk dia nak turun semula. Jika tersalah langkah mahu patah tulangnya.

Asyik membebel seorang diri Riyad baru perasaan yang pohon rambutan itu sedang sarat dengan buahnya yang masak kuning warnanya. Riyad dah sengih sampai ke telinga. Alang-alang dah terpanjat pokok apa kata dia ambil setangkai dua buah itu. Susah nak tengok Tengku Riyad Mirza panjat pokok. Ini dalam sejarah hidupnya dia panjat batang pokok.

Huna menyarung selipar sambil memegang dulang. Dahinya berkerut bila kelibat Riyad masih belum ada di atas wakaf kayu.

'Haih, mana suami aku ni?' Huna cuak. Dia mendongak pandangannya ke atas.

'Laa...Masih dekat atas ke? Abang ni tak pandai nak turun ke apa?'

"Abang kenapa tak turun lagi ni?" soalnya. Bila nampak Riyad terkial-kial. Tadi tak silap Huna Riyad hanya dekat dahan bawah saja ini dah sampai puncak.

"Erk...Huna...Abang tak tahu nak turun macam mana." Riyad berterus terang. Tadi dia masih ada kekuatan nak turun. Ini dah sampai puncak rasa macam takutlah pulak.

"Hmmm...tunggu kejap saya pergi ambil tangga dekat belakang." Huna dah geleng kepala. Macam-macam hal dengan orang bandar ni. Suami siapalah?

Huna membawa tangga kayu yang agak tinggi lalu diangkat dan disandarkan ke dahan pokok rambutan gading.

"Huna tolong sambut buah yang abang ambil ni!" laung Riyad dari atas sebelum dia melemparkan tiga tangkai buah rambutan.

Buah itu selamat di tangan Huna. Huna dah gelak. Punyalah banyak buah hanya tiga tangkai aje yang mampu diambil.

JODOH YANG DITAKDIRKAN aka CALON ISTERI KEDUAWhere stories live. Discover now