Part 24

3K 67 0
                                    

BEBERAPA bulan ke hadapan....

"Macam mana dengan kaki Kak Hira, masih belum dapat digerakkan lagi?" Tanya Huna sebaik mereka hentikan kerusi roda setelah penat keliling memusing taman reakreasi di tengah-tengah bandar Temerloh.

Shahira senyum, dia menarik tangan Huna untuk meminta gadis itu duduk di atas kerusi batu. Wajah polos Huna ditatap lembut. Kadang kala ada juga terdetik di hati kecilnya rasa cemburu untuk wanita itu. Sejak tahu asal keturunan, nenda selalu berkunjung untuk mencari Huna.

Jelas terpancar di wajah Tengku Sarah wajah kegembiraan ketika bercakap dengan Huna. Berlainan ketika berhadapan dengannya. Shahira selalu pujuk hatinya supaya bersabar. Sedar diri bahawa Huna adalah cucu kepada adik nenda, tak hairan kalau Tengku Sarah memberi layanan istimewa untuk Huna.

"Setakat ini alhamduillah Mak Kiah cakap kalau selalu berurut kaki dan buat latihan. Kak Hira ada harapan untuk berjalan lagi,"

"Baguslah macam tu kak. Dekat kampung ada seorang mak cik tu, dia kena strok kedua belah kakinya tak boleh digerakkan. Orang yang mengurut mak cik tu, cakap kalau kita selalu berjemur embun di awal pagi lama-lama kaki yang tak boleh jalan dapat jalan. Apa kata nanti setiap pagi Huna temankan Kak Hira untuk berjemur embun,"

"Tak payahlah Huna. Kak Hira taknak menyusahkan Huna. Dah banyak kali Kak Hira cakap dekat Huna. Kak Hira minta abang kahwin bukan untuk dijadikan hamba tapi untuk membahagiakan abang,"

"Huna tak pernah rasa Kak Hira menyusahkan Huna. Sejak kecil lagi Huna sudah biasa buat kerja. Jadi bila dah kahwin asyik duduk saja Huna rasa tidak selesa. Kak Hira..." tiba-tiba nada suara Huna berubah intonasi. Ada sesuatu yang ingin ditanya wanita itu.

"Ya?"

"Kalau boleh Huna tahu. Macam mana Kak Hira kahwin dengan abang?"

Shahira gelak halus. "Kenapa tiba-tiba Huna bertanya soalan ni? Ada apa-apa yang Huna rasa tidak selesa ke?"

"Eh, takdelah. Abang selalu cerita dengan Huna, abang cakap Kak Hira adalah wanita yang pertama berjaya menambat hati dia. Dia tak dapat cari wanita ibarat bidadari selain Kak Hira. Huna jadi tertanya-tanya kenapa abang selalu puji Kak Hira?"

"Allah, abang ni memang! Memuji saja lebih. Kak Hira biasa-biasa saja takde yang istimewa dalam diri akak ni, Huna. Huna barulah wanita yang hebat sejak kecil sampailah sekarang sentiasa kuat. Walaupun sejak kecil Kak Hira tinggal dengan mak angkat tapi kehidupan Kak Hira sangat bahagia. Dikelilingi orang yang sangat sayangkan Kak Hira."

"Kak macam mana kak kahwin dengan abang?" Huna cuba bertanya bagi Riyad.

Riyad walaupun sudah bertahun kahwin dengan Shahira susah hati wanita itu untuk diselami dasarnya. Patutlah ramai yang cakap wanita sejenis makhluk yang pelik.

"Hah?" Shahira sudah berkerut dahi. Dia berfikir sejenak sebelum menjawab.

"Macam mana akak kahwin ya...? Hmmm... macam mana nak cakap eh? Sudah tertulis jodoh kami kot! Iyalah macam Huna dengan abang macam mana kahwin, begitulah dengan akak. Huna, jodoh ni pelbagai cara ia datang tak semestinya kerana bercinta dulu. Masa abang ajak akak kahwin tipulah kalau akak cakap tak terkejut. Lagipun abang jenis yang macam tu sikit. Akak pernah menolak abang tapi abang jahat dia paksa akak." Shahira tergelak sendiri. Dia tidak mahu menjaja kisah silamnya. Biarlah dia simpan sendiri.

"Abang nak buat apa kak?" Huna mencelah.

Shahira masih tersenyum. "Takdelah akak gurau saja."

Shahira menjaga aib suaminya walaupun Riyad terlebih dahulu menceritakan semuanya kepada Huna tanpa pengetahuan wanita itu.

"Sekarang dalam hati akak, abanglah segala-galanya. Syurga akak terletak pada pimpinan tangan dia. Kalau keadaan memaksa akak untuk tinggalkan abang, akak tak tahu macam mana nak hadapi semua itu, Huna. Akak rasa macam akak tak mampu untuk hadap perkara itu. Huna..." Tangan Huna digenggam erat. "Kak Hira nak minta sesuatu..."

JODOH YANG DITAKDIRKAN aka CALON ISTERI KEDUAWhere stories live. Discover now