Part 23

3.1K 71 9
                                    


HAMPIR dua minggu balik dari Kelantan, baru hari ini Riyad masuk semula ke pejabat. Kerja yang ditinggal bertimbun untuk diselesaikan dalam kadar segera.

"Bos, Datin Melida ada di luar." Suara Fatin sebaik memasuki ruang pejabat Riyad.

Riyad yang khusyuk menatap dokumen di mejanya terus panggung wajah. Dahinya sudah berkerut.

"Apa awak cakap? Bonda saya ke sini, kenapa? Tak pernah-pernah pun menjenguk saya di pejabat sebelum ni."

Fatin hanya menjungkit bahu, tanda dia tidak tahu.

"Kenapa? Tak boleh ke bonda nak jenguk anak tunggal mama ni?" celah Datin Melida sebaik dia masuk ke dalam.

Wajahnya sudah tercarik dengan senyuman manis. Sungguh dia rindukan Riyad. Anak tunggal dia. Sejak Riyad kahwin dengan Shahira, jarang sekali lelaki itu bertandang. Ini kerana Tengku Sarah, ibu mentua melarang bawa Shahira ke sana.

"Mama!" Riyad pantas bangkit dan terus meluru ke arah ibunya. Seraya dipeluk tubuh wanita itu. Datin Melinda wanita penuh dengan lemah lembut. Sangat ayu bertudung bawal.

"Yad apa khabar sayang? Hira macam mana dengan dia?" soal Datin Melida sebaik mereka selesa di sofa.

"Alhamduillah Yad sihat, Hira pun sihat jugak. Uhm...bonda ke sini tiba-tiba mesti ada hal mustahak kan?" Riyad meneka sendiri dengan kedatangan secara drastik.

Datin Melida senyum nipis. Matanya dalam menatap wajah si anak.

"Baguslah kalau macam tu. Hmmm...isteri baru Yad macam mana orangnya? Tak nak bawa jumpa kami ke?"

Mata Riyad sudah membulat besar. Mulut sedikit ternganga. Jadi apa yang Zetty bagitahu tempoh hari semuanya benar. Semua keluarga sudah tahu akan perkahwinan keduanya ini.

"Tak payah nak sembunyikan perkara ini pada kami, Yad. Nenda dah buat keputusan dia akan ke rumah kamu bila-bila masa. Dia nak tengok sendiri siapa wanita itu. Kamu kenalkan dengan nenda kamu tu. Nenda tak akan mudah-mudah jejakkan kaki dia ke rumah kamu kalau takde hal penting. Bonda dengan papa tak tahu nak cakap apa."

Riyad sudah mula gelisah dan resah. Berhadapan dengan ketua keluarga keturunan Tengku Mirza, Tengku Sarah adalah satu perkara yang paling dia tidak suka. Setiap bait kata yang keluar dari bibir wanita tua itu mesti dipatuhi dan langsung tidak boleh diubah.

"Mama, Yad lakukan semua ini sebab Yad sayangkan Hira. Yad taknak nenda pisahkan kami sebab Hira tak boleh lahirkan zuriat kami. Walaupun Yad suami Hira tapi tak mustahil nenda akan merancang sesuatu untuk pisahkan kami. Nenda tak sukakan Hira apatah lagi bila Yad ikut cakap Hira untuk kahwin satu lagi."

"Yad, bonda faham perasaan kamu tapi jangan berfikiran macam tu. Bonda tak fikir nenda tergamak mahu lakukan perkara begitu dekat kamu. Kamu pewaris tunggal keluarga kita." Datin Melida memujuk.

"Bonda tak kenal siapa sebenarnya nenda tu!" Riyad masih menegas.

Datin Melida senyum tipis. Dia lebih kenal mentuanya itu dari Riyad. Dia sendiri makan hati dengan wanita itu. Tapi apa kan daya. Dia hanya seorang menantu.

"Yad dengar nasihat bonda. Kalau Yad taknak nenda marah apa yang Yad telah lakukan. Yad kena buktikan yang Yad mampu menyayangi kedua orang isteri Yad. Nenda melarang sebab dia tak nak sejarah silam berulang lagi sekali. Dia sudah perit menyakitkan hati orang yang dia sayang. Bonda yakin anak bonda mampu lakukannya." Tubuh Riyad dirangkul. Belakang tubuh sang anak diusap lembut. Seolah memberi semangat untuk lelaki itu.

Riyad membalas. Tanpa dia sedari, air mata jantannya menitis turun.

"Bonda...Yad minta doa. Yad kadang kala mahu tersungkur. Yad yakin dengan doa bonda dan papa Yad mampu hadapi ujian ini." Rengek Riyad dalam pelukan ibunya.

JODOH YANG DITAKDIRKAN aka CALON ISTERI KEDUAWhere stories live. Discover now