Part 3

4K 72 1
                                    


Bab 3

"Bos boleh saya masuk?" tanya Fatin sebaik kepalanya terjegul sedikit di sebalik pintu bilik Riyad. Wajah dah tayang sengih panjang.

"Aih sejak bila pulak awak reti minta izin dengan saya ni, Fatin? Selalu awak main terjah ikut suka hati awak," seloroh Riyad di awal pagi. Laporan yang siap disemak ditolak ke tepi.

"So macam mana dengan iklan calon isteri ke dua saya?" terus Riyad bertanya sebaik Fatin berdiri di hadapan dia.

Fatin senyum manis. "Kasi saya duduk dululah bos,"

Riyad mengangguk kecil. "Okey sekarang awak dah duduk dengan selesa dan bergaya sila cerita apa beritanya?"serang Riyad kerana tak sabar.

Fatin tergelak pula. Tak menyabar betul bosnya. "Bukan saja berita baik bos tapi berita meletup satu bandar Temerloh!" Tab di tangan dihulurkan kepada Riyad di hadapan.

"Nah, tengok! Tak sampai satu jam saya upload dalam Instagram, Twitter, WhatsApp, Wechat, FB dan segala jenis laman sosial khas untuk penduduk Temerloh, sambutan untuk iklan ini sangat menggalakkan sampaikan terbeliak biji mata saya nak baca satu-satu. Penduduk Temerloh yang kerja dekat ibu kota sana pun ada pm,dm saya nak daftar sama. Wah, memang tak sangka! Bos memang popular dekat sini ya?" berjeda Fatin seketika. Kening sebelah naik terjungkit sedikit.

"Saya memang dah popular dekat sini dah lama Fatin, awak aje yang baru tahu. Syarikat Tengku Mirza ditubuhkan sejak zaman arwah moyang saya lagi, keluarga kami semua penduduk sini dah kenal. Keturunan darah kerabat diraja yang tak naik tahta dan tidak berdaulat. Jadi tak hairan kalau berderet rebut nak jadi isteri saya," Riyad memuji diri sendiri tanpa menoleh ke arah Fatin. Matanya asyik membaca senarai komen gadis-gadis yang mahu mendaftarkan diri sebagai calon isteri ke duanya. Macam-macam ragam!

"Kalau dah macam tu kenapa bos suruh saya buat iklan lagi? Kenapa tak pergi tayang dekat body dekat luar sana aje bos? Sure berderu yang datang," seloroh Fatin seraya tergelak.

"Itulah masalahnya Fatin. Ikutkan saya memang saya nak buat macam tu. Alang-alang dah dapat green light mahu cari yang mantap terus, tapi mem dekat rumah tak bagi. Dia yang nak tentukan siapa yang layak jadi calon isteri saya nanti, so terpaksalah saya serahkan pada awak seratus peratus," ujar Riyad sambil bergurau. Niatnya langsung tidak ke arah itu. Cintanya hanya untuk Syahira sorang tak mungkin akan beralih arah. Kalau zaman bujang dulu tak perlu dia menjual diri berderet perempuan datang bergesel dengannya.

"Amboi! Pantang diberi peluang ya? Dalam ramai-ramai calon yang mesej, saya dah pilih lima orang setelah ditapis berkali-kali. Satu malam saya tak tidur sebab nak buat tapisan untuk calon-calon bos. Jadi saya nak minta elaun lebih sikit," Fatin tayang muka comel.

"Hmm...Bos nak suruh saya call diorang supaya datang berjumpa bos sekarang jugak ke?" sambung gadis itu.

"Soal elaun awak jangan risau, sebaik isteri saya cakap setuju terus saya bagi cek dekat awak. Oh! Jangan... bukan saya jurinya tapi isteri saya. Saya nak awak bawa calon-calon tu semua terus ke rumah saya, apa-apa hal nanti awak berhubungan terus dengan isteri saya, saya taknak masuk campur,"

"Wah, bos betul-betul suami mithali! Nak kahwin dua kena lulus interview dari isteri pertama dulu baru boleh kahwin. Tabik springlah!" Fatin dah gelak besar. Tangan kanan dah naik ke sisi kepala.

"Hmmm...tapi betul ke bos langsung tak nak tengok wajah calon isteri bos nanti?" Fatin menduga hati bosnya. Dia agak kurang yakin dengan hati majikannya. Tipulah kalau lelaki itu langsung tak nak tengok bagaiman rupa calon isteri ke duanya. Yang nak dibuat teman tidur adalah lelaki ini bukannya isterinya.

JODOH YANG DITAKDIRKAN aka CALON ISTERI KEDUAWhere stories live. Discover now