Part 31

3.5K 68 10
                                    


"SAYANG dekat mana lagi tu? Kita dah lewat nak ke rumah nenda ni?" suara Riyad memenuhi cobong telefon bimbit Shahira.

"Hira masih di tadika lagi abang, " jawab wanita itu.

"Laa...Kenapa tak balik lagi. Kan abang ada cakap semalam, malam nanti ada solat hajat untuk melenggang perut Huna. Habis sekarang macam mana ni? " Suara Riyad kedengaran seakan marah.

"Maafkan Hira, abang. Hira betul-betul tak terlupa. Macam nilah apa kata abang dan Huna pergi dulu ke rumah nenda, kejap lagi Hira dan Rina terus ke sana."

"Hmmm...Kalau macam tu kita jumpa dekat sana nanti. "

Klik!

"Kenapa Kak Hira bohong?" tegur Khairina yang berada di sebelah Shahira.

Shahira senyap. Pandangan lurus ke hadapan. Pintu pagar rumahnya dipandang kosong sehinggalah dia terlihat kelibat kereta Riyad keluar dari situ.

Sebenarnya mereka awal-awal lagi sampai ke rumah tapi sengaja tidak masuk ke dalam malah parkir kereta selang tiga buah rumah dari rumahnya. Shahira sebenarnya tidak sanggup untuk berada dalam satu kereta dengan Riyad dan Huna. Dia takut dia tak kuat untuk melihat layanan Riyad terhadap Huna yang semakin sarat mengandungkan zuriat suami mereka. Kalau boleh elak lebih baik dia mengelak daripada hatinya bengkak bernanah.

"Rina, kadang kala kita perlu berbohong kepada orang yang kita sayang demi kebahagiaan dia." Shahira bertutur perlahan.

"Walaupun kita yang terkorban?" cantas Khairina laju. Dia sangat tidak bersetuju dengan pandangan Shahira itu.

Shahira kalih. "Buat apa yang nak berebut sedangkan Kak Hira dah tahu dari awal yang akak bakal kalah sebelum berperang." Hujah yang penuh tersirat dilontarkan.

"Kak Hira tak boleh macam ni. Akak kan isteri pertama Tuan Yad jadi akak wanita pertama muncul dalam hidup dia. Tak akan begitu senang akak nak lepaskan dia pada Huna. Rina tak dapat nak terima." Khairina pula yang terlebih emosi.

"Habis Rina nak suruh akak buat macam mana lagi. Nenda dan bonda sah-sah akan mempertahankan Huna. Huna boleh memberikan mereka sesuatu yang akak tak dapat nak beri. Kehadiran akak dalam keluarga ni sampai sekarang sebab adanya abang jika abang sendiri dah tak mahukan akak, tak guna akak terus bertahan Rina,"

"Apa kata akak pisahkan Huna dengan Tuan Yad dengan cara keluarkan dia dari rumah itu. Cuba akak bayangkan sekarang dia tengah sarat mengandung dah pasti Tuan Yad akan sentiasa dengan dia setiap masa. Sanggup ke akak nak lihat suami akak asyik melayan dia saja sedang Kak Hira pun isteri dia juga."

Shahira senyap sekali lagi. Kata-kata Khairina sangat kejam. Dia masih ada iman di dada untuk apa berdendam jika dendam itu makan diri sendiri.

"Akak sedangkan Sarah isteri kepada Nabi Ibrahim pun tak sanggup nak hidup sebumbung bila melihat Hajar mengandungkan Nabi Ismail malah dia meminta kepada Nabi Ibrahim untuk membawa madunya itu ke tempatkan jauh dari dia. Inikan pula kita manusia biasa lagilah tak sanggup. Kalau Rina memang Rina tak sanggup nak lihat tak tahulah pula kalau akak mulia sangat nak melayan drama mereka berdua."

Semakin rancak Khairina menghasut siap buka kisah sirah nabi lagi. Khairina tak baik betul! Dulu cakap bukan nak hasut tapi sekarang bukan ke nama menghasut?

Shahira hanya senyum. Malas nak menyampuk apa yang Khairina cakap. Bagi dia sebagai seorang isteri, dia perlu berusaha untuk terus bertahan di sisi Riyad. Shahira memang berniat mahu ke rumah anak yatim tempat dia dibesarkan dulu kalau Riyad betul-betul tak perlukan dia, tapi dalam masa yang sama Shahira tak sanggup nak berpisah dengan lelaki itu. Cinta pertama dan terakhir buatnya walaupun perkahwinan mereka ditentang hebat oleh Tengku Sarah.

JODOH YANG DITAKDIRKAN aka CALON ISTERI KEDUAWhere stories live. Discover now