Part 35

3.7K 70 8
                                    


BAB 35

"SAYANG!"

Riyad terus menerjah masuk ke bilik sebaik sampai di rumah banglo dua tingkat itu sebaik azan subuh berkumandang. Shahira yang sedang berselimut di atas katil terus dia dekati.

"Sayang okey tak ni? Kenapa sampai jatuh bilik air, Rina tak jaga sayang ke?" Selimut yang masih membalut tubuh Shahira diselak sebaik dia melabuh duduk di sisi wanita.

Shahira yang masib mamai, cepat-cepat menghalang. "Abang? kenapa ni?" lemah suara Shahira bertanya. Terkejut dengan kepulangan Riyad secara tiba-tiba. Tangan diangkat lalu menyalami tangan Riyad.

"Hira tak mintak Rina temankan ke masa masuk bilik air?" soal Riyad. Suaranya agak letih kedengaran.

Mana taknya Riyad adalah suami yang paling penat sedunia. Dia dari Kelantan untuk menemani Huna di sana sehingga wanita itu selamat melahirkan terpaksa berkejar balik ke Temerloh sebaik Khairina menelefon dia, mengatakan Shahira terjatuh di bilik air. Hati suami mana tak risau.

"Huna, ada balik sekali?" Walaupun hati dia sakit sebab ada rasa cemburu dekat wanita itu dia terpaksa menyebut nama Huna.

"Tak, abang tinggalkan di sana. Kaki Hira macam mana?" Riyad menyoal untuk sekian kali lagi.

"Hira rindukan abang...Hira tak boleh nak hidup tanpa abang di sisi. Abang macam dah tak sayangkan Hira...abang dah tak sayang Hira?" Shahira merengek manja.

Sungguh dia merindui lelaki itu. Pertanyaan suami dibiarkan sepi. Sakitnya takdelah teruk sangat. Tapi dia sangat bersyukur kerana Riyad sanggup memandu jauh demi menjenguk dia ke sini.

Wajah yang kelihat penat diraup berkali-kali. Fikirannya sangat kusut dan berserabut sekarang. Di sana isteri di sini juga isteri jadi dia perlu ada di dua tempat dalam waktu yang sama, tapi macam mana? Riyad cuma ada satu jasad dan satu roh mana mungkin dia boleh berada di dua tempat sekaligus.

"Hira, hati abang tak berubah. Cinta dan kasih sayang abang tetap pada sayang selamanya untuk sayang dan Huna,"

"Memang cinta itu ada tapi hati abang tu... Hira rasa dah berubah sekarang." Shahira mula menyoal pasal hati dan perasaan lelaki itu. Dia bangkit untuk mengesot bersandar pada kepala katil.

Riyad mengeluh berat. "Mana ada sayang. Makin perasaan sayang aje tu,"

"Semakin berkurang Hira rasa. Abang sekarang pentingkan Huna berbanding Hira. Mentanglah Huna melahirkan anak abang, Hira diabaikan. Abang memang dah berubah..." Nada suara Shahira dah lain bunyi. Seakan mengejek pengakuan Riyad.

"Sayang! Tolonglah jangan buat abang tak dapat nak kawal rasa marah abang pada sayang. Sayang sendiri yang minta Huna keluar dari rumah ini. Sayang juga yang minta abang ke sana untuk temankan dia sampai dia selamat melahirkan anak kita. Habis kenapa sekarang nak bangkitkan soal ini?

Abang hairan dengan sayang sekarang ni. Seolah abang dah kehilangan sayang abang. Mana perginya Shahira Dahlia yang sering mendamaikan hati abang ketika abang dalam kesusahan." Riyad semakin hangat.

Shahira tiba-tiba ketawa halus. Air matanya jugak tumpah. Amarah bercampur gaul dengan cemburu. Dia tidak dapat kawal marahnya.

"Abang cakap abang dah tak kenal dengan Hira sekarang? Macam mana abang nak kenal dengan Hira lagi kalau dalam hati abang tu dah ada Huna. Abang fikir Huna seorang saja isteri abang yang perlu dibelai, dimanja lebih sebab tengah sarat. Abang dah lupa janji-janji abang pada Hira. Abang cakap abang akan utamakan Hira dalam semua hal tapi, abang mula berubah bila Huna semakin sarat mengandung.

JODOH YANG DITAKDIRKAN aka CALON ISTERI KEDUAWhere stories live. Discover now