Part 9

3.2K 78 0
                                    

Bab 9

"Waina! Betul ke ni apa yang saya dengar ni?" terjah Fatin sebaik mendapatkan Waina sedang memasak di dapur.

Waina terkejut seraya kalih ke belakang. "Betul apa?"

Fatin menarik tangan Waina untuk melabuh duduk di kerusi. Wajah polos Waina ditatap secara mendalam tanpa berkerdip.

Waina semakin cuak. "Fatin, kenapa ni?"

"Haa..." Fatin mengeluh kecil. "Kenapa awak yang dipilih ni macamlah takde perempuan lain," ujar Fatin dalam sebak.

"Pasal apa pulak ni Fatin? Cuba cerita dekat saya," pinta Waina dengan kerutan di dahinya.

Fatin gigit bibir kemudian dia menjuling ke atas sesaat. "Betul ke apa yang bos saya cakap, yang awak akan kahwin dengan dia dalam minggu ini?" akhirnya terkeluar juga perkataan itu dari mulut Fatin.

"Laa...pasal itu ke yang awak risaukan?" Waina tergelak kecil.

"Hello Waina! Mana boleh saya tak risau. Awak tu kawan baik sayalah! Wainaaa...kenapa boleh jadi macam ni? Bos saya paksa awak kahwin dengan dia ke? Saya yakin sangat awak tak akan bersetuju macam tu saja kalau tak kena paksa kan?" semangat Fatin. Tone suaranya sudah tidak sekata. Tangan Waina digenggam kemas. Dia tahu mustahil Waina semberono bersetuju untuk kahwin dengan Riyad yang sudah ada isteri itu.

Waina senyum manis. "Tak Fatin. Dia tak paksa saya. Dia cuma buat tawaran dekat saya saja. Dia cakap sekiranya saya sudi jadi isteri dia, dia akan kembalikan harta saya. Saya sendiri yang rela nak kahwin dengan dia. Bila saya kahwin dengan dia, saya akan bebas Fatin. Bebas dari dibebani hutang piutang," ceria saja wajah Waina ketika mengutarakan isi hatinya.

"Wainaaa... dia tawarkan awak supaya jadi isteri kedua dia, bukan isteri pertama! Awak sanggup ke Waina nak hidup bermadu? Bermadu banyak rintangannya. Banyak pahit dari manis. Berkongsi kasih sayang suami dengan perempuan lain. Eee...tak boleh saya nak bayangkan kehidupan itu nanti," Fatin dah menggeleng laju.

Waina tergelak lucu."Fatin, saya tahu itu. Encik Riyad dah ceritakan semuanya. Saya rasa saya boleh terima semua itu. Saya yakin dia boleh uruskan isterinya nanti. Fatin, saya terima semua ni sebab dia cakap dia nak kembalikan harta saya, dia dapat selamat saya dari kena kahwin dengan Pak Cik Fauzi tu," tenang Waina menjawab.

"Apa? Awak nak kena kahwin dengan Pak cik Fauzi yang genduk itu ke?" sekali lagi Fatin terkejut. Boleh lemah jantung dia jadinya.

Waina angguk.

"Allah...kenapa boleh jadi sampai macam ni pulak Waina?"

"Entahlah Fatin. Nasib saya selalu aje tak berapa nak bertuah. Bukan saya nak merungut. Kahwin dengan Encik Riyad pun bukan kehendak saya, tapi saya terpaksa. Dulu pak long berjanji dengan saya nak bagi balik tanah dan rumah pusaka itu pada saya semula kalau saya bayar balik semua hutang arwah ayah saya dengan dia. Pak long tipu saya, dia sanggup jual tanah itu malah yang lebih kejam saya hendak kahwinkan dengan orang yang pernah pukul ayah saya sendiri. Pak Cik Fauzi tu dua puluh tahun tua dari kita Fatin, saya tak sanggup nak kahwin dengan dia, dia terlalu jahat. Bila saya fikir secara mendalam saya rasa lebih baik saya terima cadangan Encik Riyad saja. Saya boleh bebas dan tak perlu bayar hutang lagi," berjeda Waina seketika.

Fatin cuba menahan sebak. Kehidupan Waina sangat mendukacitakan. Sudahlah anak yatim piatu hutang bertimbun pulak tu.

"Awak sanggup korban cinta awak pada Abang Ayyad semata nak kahwin dengan bos saya?" Fatin cuba menduga.

JODOH YANG DITAKDIRKAN aka CALON ISTERI KEDUAWhere stories live. Discover now