Part 34

3.2K 65 4
                                    


"HUNA, bangun sayang... buka mata tu..." Riyad merengek. Bahu Huna digoyang lembut.

"Bos, sabarlah." Fatin memujuk.

Dari tadi Riyad tidak senang duduk, wanita itu tiba-tiba jatuh pengsan. Tak tahu mahu buat apa terus Fatin dicari. Dan cepat-cepat Huna dibawa ke hopsital yang berdekatan.

"Fatin kalau apa-apa yang berlaku pada Huna saya tak dapat nak maafkan diri saya sendiri. Dia sakit sebab mengandungkan anak saya," luah Riyad, cemas.

"Bos, jangan cakap macam tu. Percayalah Huna okey cuma dia penat saja tu," pujuk Fatin. Rimas dengan sikap lelaki itu yang terlalu cemas.

Dia yang hanya bertshirt lengan panjang dan sluar tracksuit tergesa-gesa mengikit Riyad ke hospital tanpa sempat bersalin. Dia turut cemas sama.

"Kenapa Huna tiba-tiba pengsan? Dia sakit apa? Atau dia memang sakit tapi dia cuba sembunyikan dari saya? " Riyad masih bertanya. Wajah Fatin direnung.

Fatin menggeleng sambil memejam mata.

"Allah, Encik Riyad cubalah berfikiran waras sikit! Jangan nak jadi budak tadik. Kalau betul Huna ada penyakit ni haa.." Laju menepuk dada sendiri. ".. Orang pertama yang akan ada di sisi dia bukannya encik suaminya," tempelak Fatin, bengang.

Riyad mendengus kasar seraya mencekak pinggang sendiri.

"Maafkan saya, Fatin. Saya terlalu risaukan adik awak tu,"

Fatin hanya mengangguk lemah. Dia tidak terasa hati dengan lelaki itu. Faham, isteri berbadan dua dan anak pertama yang bakal disambut. Siapa tak risau kalau terjadi apa-apa.

Suara seseorang yang sedang bercakap mula kedengaran di cuping telinganya. Perlahan-lahan Huna membuka mata. Memandang sebelah. Betul Riyad sedang bercakap dengan kakak angkatnya. Wajah sang suami nampak keresahan.

"Abang..." serunya lemah.

"Huna!" Terdengar suara Huna terus Riyad kalih dan mendapatkan wanita itu.

Fatin turut mendekat.

"Ayang dah sedar?" Kepal Huna digosok lembut.

Huna senyum tipis sambil mengangguk lemah. "Abang janganlah risau. Huna masih kuat."

"Huna, kamu okey dik?" Celah Fatin, tapak tangan Huna digenggam erat.

"Ya, saya okey. Abang dengan Kak Fatin janganlah risau sangat. Saya masih belum mahu mati lagi," canda Huna sambil tergelak lemah.

"Ayang!"

"Huna!"

Gurauan Huna membuat Riyad mahupun Farin naik angin. Hal kematian dibawa main.

"Selamat petang boleh saya periksa pesakit sekejap?"

Dalam kekecohan mereka, celah seorang wanita berjubah putih sebaik masuk ke dalam wad. Mereka terus terdiam. Pemeriksaan dibuat sekali lagi, memastikan kesihatan Huna sudah pulih sepenuhnya.

"Doktor, isteri saya sihat saja kan? Gula dia stabil lagi kan?" bertubi-tubi soalan ditanya.

"Jangan risau. Semuanya okey. Cuma satu ajelah jangan terlalu banyak sangat berfikir risau ada darah tinggi pulak," balas si doktor gadis muda sambil tersenyum.

Riyad sudah mengeluh berat. Ingat senyap-senyap wanita itu tenang, rupanya sedang berfikir.

"Jadi bila dia boleh dibawa balik?"

"Lepas ni dah boleh. Nanti pihak hospital bagi bil. Kalau takde apa-apa saya mahu periksa pesakit lain pulak."

"Terima kasih doktor."

JODOH YANG DITAKDIRKAN aka CALON ISTERI KEDUAWhere stories live. Discover now