Part 28

3.1K 67 7
                                    


"SAYANG, sayang, bangun. Kita solat tahajjud sama-sama." Riyad cuba membangunkan Shahira yang masih terlena di katil.

Dia sendiri balik ke rumah pada jam 4 pagi. Meninggalkan Huna di rumah nenda. Tidur Riyad tidak lena bila memikirkan perbuatan dia terhadap Shahira.

Shahira membuka kelopak mata, masih terasa berat. Lihat wajah Riyad yang duduk di sisi perlahan-lahan dia mengesot bangun.

"Dah lama abang sampai?" soalnya mengukir senyum.

Riyad tahan hati. Melihat mata Shahira kelihatan bengkak pasti hati bidadarinya menangis semalaman. Semuanya kerana dia.

"Maafkan abang, sayang. Abang lukakan hati sayang," dia merangkul kuat tubuh isterinya.

"Abang, Hira tak boleh nak bernafas." Terlalu kuat rangkulan suaminya hampir putus nafasnya.

Riyad melepaskan perlahan-lahan rangkulannya. Saat kemudian dia melurut turun meletakkan kepalanya pada paha Shahira.

"Sayang, petang semalam abang tak terniat pun nak tengking sayang. Abang tertekan. Projek kerjasama abang dengan Raju tak jadi sebab orang lain lebih pantas dapatkannya," Riyad mengadu.

Shahira menggeleng lembut. Kepala Riyad diusap. "Abang tak salahpun. Yang salah Hira sebab niat nak bergurau tapi tak kena dengan masa. Kan dah kena," dia gelak halus.

"Sayang, tolong jangan seksa hati abang macam ni." Riyad bangkit mengadap Shahira. Wajah yang sentiasa senyum walaupun nampak pucat.

Dahi wanita itu sedikit berkerut.

"Kalau sayang terus begini hati abang semakin terseksa. Cuba sayang jangan asyik nak salahkan diri sendiri. Cuba letakkan salah pada orang lain jugak."

"Abang cakap apa ni? Memang betulkan apa yang Hira cakap. Ini bukan salah abang tapi Hira, Hira yang mulakan dulu. Huna sedang mengandung Hira buat bergurau benda-benda macam ni," balas Shahira tergelak kecil.

"Sayang terlalu baik. Ya abang tahu bersangka baik terhadap orang berbuatan yang sangat disukai Allah tapi jangan terlalu menyalahi diri sendiri. Abang tak nak sayang terluka di dalam. Sebab di dalam hanya sayang dan Allah saja yang tahu," dalih Riyad.

"Takde apalah abang. Biasalah mula-mula memang sedih tapi tak lama. Yang lama itu namanya ego tau. Dah jom kita mandi lepastu kita solat sunat sama-sama." Shahira menarik lembut hujung hidung Riyad.

"Itulah buat abang selalu jatuh dan jatuh cinta dengan sayang. Tak pernah nak marah-marah apatah lagi nak benci kan abang. Abang harap Hira sentiasa dengan abang. Abang akan pimpin tangan sayang dan Huna ke syurga sama-sama,"

Shahira senyum. Hatinya ada rasa sakit bila tersebut nama Huna.

"Sebut tentang Huna, kenapa dia?" tiba-tiba dia menyoal.

"Penat berjalan-jalan. Nenda bawa dia pusing satu Termeloh gamaknya kali itu yang dia letih."

"Untung Huna, dimanja nenda." Tidak disedari terlepas ayat itu dari mulut Shahira.

"Sayang, jangan cakap macam tu. Walaupun nenda tak sayangkan sayang abang tetap sayangkan isteri abang ni. Abang janji tak akan abaikan sayang bidadari ni."

"Abang jangan berjanji macam tu, Hira takut terluka nanti. Jom mandi lepas tu kita solat tahajjud sama-sama." Sempat Shahira menyentuh wajah suamihya sebelum dia merangkak turun dari tilam dan menuju ke bilik air.

JODOH YANG DITAKDIRKAN aka CALON ISTERI KEDUAWhere stories live. Discover now