Part 22

3.2K 60 2
                                    


BAB 22

"ADIK perasan tak, yang rumah kita ni ada lantai macam gelongsor?"

Shahira dongakkan wajahnya ke belakang untuk melihat Huna yang sedang menolak kerusi rodanya untuk ke ruang tamu. Mereka berdua baru selesai masak di dapur. Sementara menunggu sang suami turun untuk makan bersama-sama. Mereka ke ruang tamu berborak santai. Panggilan adik buat wanita itu untuk mengeratkan lagi kasih sayang antara mereka.

"Aah, perasaan. Tulah mula-mula masuk saya dah pelik juga. Ingat seni buat tangga macam tu." Huna berhenti menolak.

Dia melabuh di sofa dan kerusi roda Shahira diletak berhadapan dengan dia.

Shahira sudah tergelak. Tapak tangan kanan Huna, dia genggam erat.

"Sejak kaki akak patah, abang upah orang buatkan khas untuk akak. Katanya senang akak berlatih supaya cepat dapat berjalan. Dua kali jatuh terus tak bagi akak buat latihan. Dulu akak duduk tingkat bawah ini saja. Senang nak bergerak ke mana-mana dengan kerusi ni, lepas kejadian tu terus abang letak akak dekat bilik atas. Takut akak degil tolak kerusi roda sendiri untuk berlatih. Abang cakap akak bukan jenis yang makan saman. Benda yang dilarang itulah yang mahu dilakukan."

Huna turut tergelak kecil. Shahira senyum bila lihat wajah Huna tampak lebih ceria berbanding mula-mula datang. Dia tahu Huna seakan boleh menerima takdir hidup dengan dia dan juga Riyad.

"Saya ingat akak ni jenis lembut, dengar cakap tapi degil tu tetap ada ya?" kening Huna terangkat sedikit.

Dahi Shahira pula berkerut.

"Uish, baru kenal tak sampai seminggu sudah pandai menilai ya!" suara Shahira sudah naik satu nada. Nada keriangan.

"Dari apa yang akak cerita hari tu, saya boleh agak akak orangnya macam mana. Saya dah mula rasa selesa dengan akak sekarang ni,"

Shahira pandang wajah Huna, lama.

"Akak pun bersyukur sangat dapat adik macam Huna. Akak tak pernah anggap Huna sebagai isteri kedua abang. Walaupun tak saling kenal tapi naluri seorang wanita tak pernah menipu. Akak tahu Huna seorang wanita yang sangat mulia. Bagi akak, abang bukan hadiahkan seorang madu kepada akak tapi hadiahkan seorang adik untuk berkongsi segala-galanya dengan akak. Akak tak pernah rasa kasih sayang seorang adik mahupun kakak, akak nak Huna jadi adik akak?"

Huna sudah mengangguk laju. Dia juga turut berasa gembira. Tubuh Shahira yang berada di kerusi roda dipeluk erat.

"Saya rasa Allah sengaja jumpakan kita, kak. Hidup saya dulu penuh sunyi dan sepi saja. Saya harap dengan kehidupan baru ini dapatlah saya kecap nikmat hidup ini dengan bahagia. Saya taknak rasa berkeseorangan sepanjang hayat. Nak juga rasa gembira di dunia dan akhirat."

Shahira menolak tubuh Huna sedikit. Air mata yang menitis turun diseka lembut.

"Inshallah dik. Kita sama-sama harungi bersama nanti."

Huna sekali lagi memeluk tubuh Shahira.

"Kak Hira! Zetty datang ni. Hello... mana semua orang ni, Kak Inai...Kak Hira... Zetty datang ni. Maaflah Zetty tak dapat dua hari ni sebab ada hal sikit!" Seorang gadis berambut perang menerjah masuk ke dalam rumah itu.

"Itu macam suara Zetty. Zetty, akak di sini!" Shahira melaung sedikit bila mendengar suara Zetty yang bergema satu rumah.

Gadis itu memang. Masuk ke rumah ini suka hati. Salam pun langsung tak bagi.

Zetty mendengar terus masuk ke dalam. Ruangan tetamu yang satu lagi.

"Oh, ada tetamu! Maaflah Zetty ingatkan Kak Hira dengan Kak Inai aje,"

JODOH YANG DITAKDIRKAN aka CALON ISTERI KEDUAWhere stories live. Discover now