Part 38

4.4K 89 2
                                    


BAB 38

"PUAN, maaf kalau saya menganggu."

Suara Fatin membawa Shahira ke alam nyata. Lama dia mengelamun. Peperangan mulut antara dia dengan Tengku Sarah sangat menyakitkan hati.

"Ini ada surat dari Huna untuk puan. Masa kami bawa dia ke hospital dia suruh saya cari surat ini dalam laci mejanya. Kenapa jadi macam ni puan? Encik Riyad ceritakan semuanya pada saya. Saya masih tak dapat nak terima semua ini. Huna terlalu baik untuk hidup terseksa. Masa dia cakap Encik Riyad lamar dia sebagai isteri kedua saya dah rasa tak sedap hati. Encik Riyad cuba yakin saya yang puan tak akan menyakitkan Huna. Saya berdosa sangat pada Huna atas semua ini."

Fatin menghulurkan sekeping surat kepada Shahira sebaik dia balik dari tanah perkuburan. Yang lain masih lagi belum pulang. Dia pulang sebab baru teringat akan surat Huna kepada madunya.

Shahira menyambut lalu membuka sampul surat berwarna putih, kalung leher milik Huna diambil lalu dibawa ke dada. Hadiah Huna untuk puteri mereka. Nota kecil yang bertulis,

'Kak Hira ampunkan Huna. Jaga anak kita sebaiknya. Huna sayangkan Kak Hira dunia akhirat. Langsung tidak niat Huna nak rampas abang dari akak. Kalung milik ni, saya nak akak kalungkan pada leher si kecil manis kita. Sayang dan didik mereka macam mana akak buatkan pada saya. Demi Allah, akak insan yang paling beruntung saya jumpa. Amanat terakhir dari saya, tolong ingatkan anak-anak Huna Suriana adalah ibu mereka.'

"Huna...Maafkan akak Huna...Akak menyesal tak percayakan Huna..." Air mata kembali laju. Surat direnyuk seperti hatinya sekarang.

"Janganlah menangis. Menangis keluar air mata darah sekalipun Huna tetap tak akan kembali kepada kita. Saya sendiri tak dapat nak terima dengan pemergian adik angkat saya tu. Saya tak tahu dan seakan tidak percaya kenapa Kak Hira sanggup buat Huna macam tu. Saya kenal Kak Hira. Kak Hira yang saya kenal bukan seorang kejam tapi seorang yang sangat tabah dan lemah lembut tapi kenapa boleh berlaku?"

Shahira terdiam. Dia sendiri tidak tahu apa yang terjadi pada dia.

"Huna seorang gadis yang baik pernah saya kenal. Masalah orang, dia cuba bantu sampaikan diri sendiri yang terseksa. Tapi bila tiba dia yang ada masalah dia simpan ketat dalam hatinya. Bila dia cakap, yang dia tidak akan berebut cinta Encik Riyad daripada puan, dia akan kotakan. Puan Hira tak perlu nak risau sebab Huna yang saya kenal tidak kemaruk sangat nak jadi nombor satu di hati Encik Riyad. Puan sangat beruntung sebab dapat Huna sebagai madu kalaulah saya di tempat Huna saya tak akan maafkan puan sampai bila-bila. Huna tetap maafkan kak setelah kak buat dia macam sampah!" Berjeda dan pedas kata-kata yang keluar dari mulut Fatin.

Hati Shahira bertambah duka. Sendu semakin panjang jadinya.

"Fatin..." seru Shahira sebaik tangisannya reda sedikit.

"Akak tahu Fatin marahkan akak, benci pada akak. Untuk kali terakhir pertemuaan kita ini akak nak minta tolong dari Fatin. Permintaan bukan sebagai isteri kepada bos Fatin tapi, sebagai sesama insani. Boleh tak Fatin bawa akak ke kubur Huna lepastu kak nak mintak tolong hantarkan ke stesen bas. Akak tak tahu nak minta tolong sesiapa lagi kecuali Fatin. Suami sendiri dah bencikan akak dan kami dah takde apa-apa lagi."

Fatin terdiam. Wajah sayu Shahira ditatap lama. "Apa maksud Puan Hira, saya tak faham. "

Shahira senyum hambar.

"Kerana sikap bodoh akak sendiri, rumahtangga akak hancur. Abang terlalu marahkan akak. Dia salahkan akak atas kematian Huna. Macam yang Fatin cakap, Fatin kenal akak. Akak terima kasih sangat. Sekarang takde siapa yang percayakan akak. Akak tak marahkan Fatin atau abang, kematian Huna berpunca dari akak. Akak akui memang silap akak kerana terlalu mudah percayakan orang. Tapi tolonglah percaya, sekali ni saja... akak tak off telefon tu. Malah akak tak pernah paksa abang untuk balik. Akak difitnah... bila akak membela diri takde siapa yang percaya. Dan disebabkan fitnah itu juga akak dilepaskan. Kami sekarang dah takde apa-apa ikatan lagi."

Fatin mendengar tanpa suara.

Melihat Fatin membisu, Shahira senyum dalam duka.

"Maafkan akak terpaksa bagitahu Fatin soal ni. Akak tak minta Fatin percayakan akak. Akak harap Fatin dapat bantu akak untuk kali ini saja. Bawa akak ke kubur arwah. Aku mahu sangat jumpa dengan arwah."

Lama berdiam diri dan rasa kasihan pada wanita itu, akhirnya dia bersetuju untuk membawa Shahira ke tempat Huna dikebumikan.

MEREKA dalam perjalanan ke tanah perkuburan. Masing-masing menyepi tanpa bicara. Sampai di kubur, Fatin menunjukan di mana jenazah Huna ditanam. Lihat keluarga bekas mentuanya beransur pulang termasuklah Riyad, baru mereka keluar dari kereta.

"Ya Tuhanku ampunilah Huna dengan keadilanMu dan kasihanilah dia. Muliakanlah tempat dia dikebumikan dan luaskan tempat masuk ke dalam kuburnya mandikanlah dia dengan air salju kesejukan dan bersihkanlah segala kesalahan semasa hidupnya sebersih kain puith dari sebarangan kekotoran dan gantilah tempatnya yang lebih baik dari yang ada semasa hidupnya dan keluarga yang baik semasa hidupnya. Berilah dia teman-teman hidup yang lebih baik daripada yang sudah ada masukkan dia ke dalam syurgaMu. Lindungi dia dari azab kubur dan seksaan api neraka."

Usai membaca doa jenazah Shahira menyeka air mata yang dari tadi tumpah tiada tanda mahu berhenti. Jika hari ini hari Huna, esok lusa mungkin hari dia pula yang bakal dijemput untuk mengadap Sang Pencipta. Kematian adalah pasti dan tidak tertangguh walaupun sesaat.

Allahurabbi bergetar hati Shahira seketika. Takut sekiranya dosa dia tidak maafkan oleh Huna dan ke mana harus dia tuju, nereka ataupun syurga. Semoga semua dosa dia diampunkan Allah.

"Fatin, jom kita pergi," ujar Shahira sebaik dia bangkit untuk mendapatkan Fatin yang berdiri di belakangnya sedang menyeka air mata.

Gadis itu mengangguk.

"Puan, semasa hayat Huna masih ada dia selalu cakap. Dia bertuah ada seorang sahabat seperti saya dan seorang kakak seperti puan. Dia selalu cakap puan dah banyak bantu dia keluar dari kejahilan. Saya nak ucap terima kasih pada puan dan saya juga nak minta maaf sebab berkasar puan tadi. Saya tak dapat nak terima yang Huna dah takde," suara Fatin sebaik keretanya sudah menjauh dari tanah perkuburan.

Kini mereka menuju ke bandar Kota Bharu untuk menghantar Shahira ke stesen bas.

Shahira kalih sambil tersenyum.

"Huna sungguh baik. Akak tak mampu nak jadi isteri seperti dia. Akak faham kalau Fatin nak marahkan akak. Akak tahu memang silap akak sebab percayakan Rina daripada Huna yang dah jadi sebahagian dari hidup akak."

"Lepas ni puan nak ke mana?"

"Akan balik Johor tempat asal akak. Encik Riyad dah tak perlukan akak lagi..."

"Puan pergi ni puan ada bagitahu bos? Saya rasa bos pasti tak benarkan puan pergi."

"Fatin, akak nak pergi ke mana-mana dah tak perlu minta izin dari dia lagi. Dia bukan suami akak dah."

Fatin senyap. Dia rasa dia tak patut masuk campur dalam hal rumah tangga majikannya.

JODOH YANG DITAKDIRKAN aka CALON ISTERI KEDUAWhere stories live. Discover now