Part 17

2.3K 25 0
                                    


FAYYAD menghempas pintu kereta dengan begitu kuat. Seolah ingin menunjuk hatinya sekarang cukup marahkan seseorang kepada semua isi dunia. Sebaik kaki mencecah masuk ke dalam rumah, dia merebahkan diri ke sofa. Tangan kanan dah naik ke dahi sambil menghela nafas dengan kasar. Sungguh hati dia ketika ini hancur dan berkecai bila teringatkan kejadian tiga hari yang lalu.

Disebabkan perkara itulah dia hilangkan diri dan langsung tak balik ke rumah. Telefon juga dimatikan dari berhubung dengan sesiapa termasuklah ahli keluarganya. Terputus hubungan dari dunia luar.

"Baru nampak bayang along, along ke mana?" sergah Fatin dari dapur sebaik terdengar ada seseorang membuka pintu. Dia menapak dan melabuh duduk di sebelah Fayyad.

"Along kecewa sangat dik...Hati along dah terluka. Along sayangkan dia sepenuh hati tapi tergamak dia berlaku curang!" luah Fayyad. Keadaan dia masih seperti itu juga.

Fatin sudah garu kepala.

"Apahal dengan along ni? Fatin tak fahamlah. Ini along tahu tak yang Huna dah kahwin dengan bos Fatin malam tadi," terus terang Fatin berkata. Masalah si abang langsung dia tak ambil peduli.

"Apa?! Huna dah kahwin. Bila?" terkejut Fayyad. Serta merta dia betulkan kedudukan terus mengadap Fatin.

"Yang along nak terkejut sangat ni kenapa? Rilekslah sikit. Fasal Huna sekejap lagi Fatin cerita, tadi along duk emosional sangat tu dekat siapa sebenarnya? Dekat Kak Erin ke?" Fatin bertanya santai.

Fayyad mengeluh berat. Dia kembali bersandar ke sofa.

"Ya dik, fasal Erin. Tiga hari yang lepas abah dia telefon bagitahu along yang Erin tak balik rumah. Abah dia ingatkan along ada dengan Erin. Abang jugak terkejut terus ke rumah mereka. Tengok-tengok Erin balik bagitahu yang dia kena tangkap basah. Luluh hati along, dik...along malu...along tak tahu macam mana nak bagitahu tentang ni dekat mama dengan papa... jadi nak ubat hati along yang terluka ni along sewa chalet di Melawi." Fayyad bercerita. Setitis air mata jantannya menitis turun.

Fatin rasa simpati. Bahu Fayyad disentuh lembut.

"Sabarlah... Mungkin Kak Erin bukan jodoh along,"

"Takpelah. Biarkan dia dengan lelaki yang dia pilih tu. Tapi along tak boleh nak terima dia sanggup curang dengan along. Selama ini kata-kata rindu, cinta untuk along adalah palsu! Dalam diam dia bermain cinta dengan lelaki lain sampai sanggup diajak ke bilik berdua-duaan. Kalau dah rasa gatal sangat nak dekat laki tu cakap awal-awallah, apa ingat along ni jenis yang terhegeh pada yang tak sudi ke? Ah, lupalah dekat Erin tu! Ni, abang nak tahu kenapa Huna boleh kahwin dengan bos Fatin cepat sangat ni?"

Fayyad mahu pujuk hati sendiri. Tidak mahu bangkitkan soal yang melukakan hati. Pada masa yang sama dia terkilan Huna sudah jadi isteri orang.

"Dah along jual mahal dengan dia sangat! Huna pun dah penat nak tunggu along. Daripada tunggu along bagai pungguk rindukan bulan lebih baik dia kahwin dengan bos Huna yang pantas bertindak," selamba saja Fatin menjawab.

Mulut Fayyad sudah luas melopong. "Ap..apa yang adik cakap ni? Huna tunggu abang?" tergagap Fayyad menutur.

"Ya. Huna hanya sukakan along tapi, sayang ketulusan cinta dia kepada along langsung tak disambut malah along tolak cinta dia kan?" soal Fatin matanya setia menatap wajah kusam Fayyad.

"Huna masih cintakan abang...?" Tanya Fayyad semula perlahan saja.

Sesaat kemudian dia gelak halus. "Adik jangan nak bergurau boleh? Tak lawak langsung. Sejak kejadian tempoh hari, dia sendiri yang cakap dia dah lupakan along sebab tak nak jadi perampas," sanggah Fayyad.

JODOH YANG DITAKDIRKAN aka CALON ISTERI KEDUAWhere stories live. Discover now