PROLOG

6.1K 102 3
                                    

Prolog.

"Allah, apalah nak jadi dengan zaman sekarang. Macam-macamlah. Hmm...si suami pun bongok dah tahu tak cintakan perempuan tu kenapa gatal-gatal nak kahwin jugak!" Aku marah tiba-tiba. Skrin telefon ditarik pelan. Mata pula turun naik membaca luahan perasaan seorang janda di dalam page IIUM confessions.

"Masya Allah...Tolonglah aku tak boleh nak terima alasan laki ni bagi, terkepit dengan pilihan mama dan dengan pilihan sendiri konon. Hello mister! Sekarang zaman moden dah kot! Mak kau mesti faham kalau kau slow talk dengan dia. Cakap ajelah, mak saya dah ada pilihan lain haa habis cerita. Ini tak bolehnya kau pergi kahwin dengan pilihan mak kau lepas mak kau meninggalkan kau buat onar. Memang dasar jantan tak guna betul! Ee... emosi pulak aku ni.

"Kenapa sayang tiba-tiba naik angin ni? Siapa buat hal?" soal Mr poyo aku tiba-tiba. Aku dongak memandang. Dia dari tingkat atas turun lalu menghenyek punggung di sebelah.

"Ini haa, Syaza baca luahan seorang janda ni. Sedih sangat cerita dia, suami dia jahat. Si perempuan buat persiapan nak sambut anniversary diaorang. Nak bagitahu yang dia hamilkan anak kau sekali tapi tergamak dia bawa balik madu untuk bini dia?" bebelan aku semakin rancak. Mengolah semula cerita yang aku baca tadi kepada Mr Poyo.

Dia tayang muka bersahaja sebelum menyelar aku.

"Cerita saja bukan betul pun. Zaman sekarang ramai yang suka tulis benda-benda macam ni nak tarik ramai pembaca tambah-tambah kaum wanita termaksudlah sayang! Nak minum apa, abang buatkan?"

Saat itu juga dia bangkit lalu hilang ke dapur. Telefon dia letak di sebelah aku.

Aku tarik muncung itik. Tiada perasaan betul!

Ralit mengadap telefon skrin telefon, bertubi-tubi bunyi yang masuk dari telefon Mr Poyo di sebelah. Aku jungkit kening. Sejak bila dia pandai bersosial ni?

Dalam kehairanan aku mencapai telefon dia. Skrin telefon yang tiada kata itu, terus aku tarik. Saat itu juga terbuka perbualan antara Mr Poyo dengan si dia melalui aplikasi Whatsapp mata mencerun tajam.

"Macam mana keadaan you, okey?" Mesej dari Mr Poyo kepada si dia.

"I tertekan sekarang,"

"I perlukan you."

"I nak jumpa you nanti,"

"Bolehkan?"

Aku sudah terngadah. Apa makna semua ni? Tak akan dia ada perempuan lain di belakang aku.

"Nah kopi," suara dia. Secawan dia letak di meja secawan masih di tangan dia sendiri.

"Siapa Damia?"

Tak sempat dia duduk untuk menyisip air kopi terus aku menyerang. Dia jelas terkejut.

"Apa yang sayang cakap ni?" soalnya dengan nada tenang.

"Siapa Damia? Apa hubungan abang dengan dia?!" nada suara sudah meninggi.

Dia tidak jadi minum. Dia mengambil telefon di tanganku.

"Lain kali nak baca mesej minta izin dulu. Hak peribadi sayang tak pernah abang kacau kan? Jadi tolong jangan ambil peduli urusan abang. Abang tahu jaga diri. Tahu batas sebagai suami jadi jangan salah sangka," jelas dia sambil tersenyum. Kepala aku dia gosok lembut sebelum dia naik semula ke atas.

Mulutku terkumat kamit. Mahu bersuara tapi tersekat. Apa semua ni? Aku tak faham. Kalau dia takde hubungan dengan perempuan tu, kenapa dia tak boleh nak jawab bila aku tanya?

Adakah nasibku seperti janda tadi? Dia kahwin dengan aku sebab mama bukan kehendak dia sendiri? Air mata terus menitis turun.

MR POYO MY SWEETHEARTWhere stories live. Discover now