PART 15

1.8K 52 1
                                    


BAB 15

"HUWAA...ngantuknya..."

Aku menguap seraya menekup dengan belakang tapak tangan.

Berjalan seiring dengan Zalia keluar dari bilik guru untuk pulang ke rumah. Waktu tamat persekolahan 10 minit sudah berlalu. Sengaja kami keluar lewat malas nak bersesak-sesak dengan kereta parents yang menjemput anak mereka.

"Amboi! Tahulah tengah mood honeymoon."

Zalia di sebelah sudah tersengih miang. Nampak sangat tengah mengenakan aku.

"Ish, kau ni! Dalam banyak-banyak benda ke situ pulak yang kau fikir ya. Otak ungu betul! Penat dan lelah. Kahwin dahlah last minute lepastu, hantar mama aku dekat KLIA balik dan masuk sekolah terus, mahu tak rasa nak pitam!"

Aku menjelaskan tanggapan negatif si kawan sekerja.

"Iyalah... Wey suami Mr Poyo kau dah balik Malaysia ke? Dahsyat betul majlis kau kan? Orang lain kahwin bakal suami sendiri yang jabat tangan tok kadi, tapi kau bakal mentua merangkap abang angkat sendiri. Hahahaha!"

Cit! Mereng punya kawan. Sempat lagi tu perli aku.

"Mestilah tengok majlis kahwin siapa. Syaza Qayla ni. Kalau tak pelik tak akan adanya nama aku" balasku sedikit mendabik dada.

Zalia mencemik kecil.

"Iyalah tu! Mana gambar suami muda kau versi dewasa? Bak sini nak tilik sikit hensem ke tidak"

"Takde."

Laju dan ringkas saja aku membalas.

"Kedekut punya kawan!" bebel Zalia siap buat muka lagi.

Aku menjelir kecil. Dengan Zalia semua hal tak masuk dalam hati.

"Bukan kedekut tapi betul aku takde gambar dia dalam fon. Haritu kak long aku bagi gambar macam tu aje lepas tengok aku tak ingat aku simpan dekat mana."

"Mesti sekarang dia dah tak hensem kan sebab tu kau malu nak tunjuk!" Provok Zalia lagi.

"Nak bandingkan dengan Badri kau, lagi hensem suami muda aku kot!"

Aku tidak mahu mengaku kalah.

"Sebut pasal gambar aku baru teringatkan sesuatu pasal perkahwinan korang."

Aku jungkit kening.

"Korang mana ada gambar kahwin kan?"

Aku terkelu seketika. Gambar kahwin ada aje. Malam tu Uzma sibuk memaksa aku posing sakan, tak akan takde lagi kot. Zalia ni memang sengaja nak sakat aku. Padahal dia laki bini siap dengan anak dia, tumpang sekali posing.

"Jangan tayang muka seposen! Sah-sah kau takde! Kau kan kahwin dengan namanya bukan dengan jasadnya."

Aku masih blur.

"Tak faham."

"Cik Puan Syaza Qayla awak akad nikah, yang jabat tangan tok kadi bukan suami awak tau! Tapi bapa mentua. Ambil gambar atas pelamin malam tu bukan Mr Poyo kau tapi Uzmir, ada faham?"

Dahi berkerut sedikit. Mulut terus membentukan huruf O.

"Ooo..baru aku faham. Cakaplah gambar aku dengan Usyair takde kan senang. Ini nak berkias-kias, pening nak hadam soalan KBAT kau tu!"

Betul juga apa Zalia cakap, aku mana ada gambar dengan Usyair masa majlis tu. Hmmm... Macam ada peluang nak buat jahat saja ni. Kalau aku menipu aku tak kahwin lagi mesti orang percaya sebab aku takde gambar kahwin. Sijil kahwin pun tak daftar lagi, besar peluang untuk aku buat jahat. Aku sengih nakal.

MR POYO MY SWEETHEARTWhere stories live. Discover now