Part 9

1.7K 44 0
                                    




BAB 9

Aku melangkah lemah masuk ke kelas. Tumpuan aku pada pembelajaran agak tergangu sedikit. Meminta para pelajar ulang kaji sendiri memandangkan topik untuk hari sudah aku dedahkan sedikit minggu lepas.

Ujian tanda Allah masih sayangkan aku. Mengajar diri supaya menjadi orang lebih bersabar sedikit. Tadi masa terserempak dengan Ticer Laika, matanya tajam menjeling. Terasa macam mahu menyerang dia. Nak cakap apa yang dia dapat menabur fitnah pada aku? 

Nasihat dari Zalia buat aku kembali berfikiran waras. Kalau dilayan orang macam ni buat kita semakin sakit. Lebih baik abaikan. Kata mama pula maafkan dia sebab dosa pahala hanya layak diberi oleh Allah.

Beep!

Satu whatapps masuk, aku buka terus terpapar nama BFF Zalia,

'Sya, aku ke sekolah hari ni tapi lambat sikit sebab baru sampai rumah. Tak sabar nak jumpa peluk cium kau semua!'

Senyuman lebar terus terukir. Rindu sungguh aku pada Zalia. 3 hari tak jumpa bagaikan bertahun lamanya. Dia ambil cuti rehat khas selama 3 hari kerana suaminya demam panas di Pahang.

 Sepanjang ketiadaan dia aku rasa sunyi. Warga sekolah memang ramai dan boleh dijadikan kawan tapi tidak boleh dijadikan sahabat yang boleh berkongsi rasa seperti Zalia.

Saat mahu menutup aplikasi itu, tidak sengaja aku terpandang satu whatsapp dari nombor yang aku tidak kenali.

'Andai tertulis jodoh antara kita, lama tidak bersua dan bercakap pasti akan terjadi.'

Berkali-kali aku baca mesej yang dikirim oleh seseorang malam tadi.

Tapi betul ke dia? Bila aku call tak dapat sebab nombor yang dia guna nombor rahsia. Kalau bukan dia habis siapa pulak yang hantar ayat macam tu? 

"Cikgu Sya! Macam mana dengan soalan ni?" 

Sergah dari para pelajar buat aku tersedar sekarang aku berada di dalam kelas. Sedang bekerja untuk mendapatkan rezeki yang halal terus jadi haram kerana bermain telefon ketika mengajar. Aku terus letak telefon dan kembali fokus kepada mereka. 

"Sya!"

Sebaik saja kaki melangkah masuk ke bilik guru, Zalia yang mungkin baru sampai terus menjerit panggil aku. Sambil melambai-lambai. 

Dia menyua sebekas yang berisi ikan patin gulai tempoyak sambil tersengih penuh bermakna. 

"Ini untuk kau sebab tolong relief masa aku sepanjang aku di Pahang. Untuk yang lain dah aku letak di meja kantin."

Aku mengambil lalu melabuh duduk di kerusi. Begitu budaya yang menjadi amalan di sekolah ini. Jika ada guru yang tidak hadir ke sekolah pasti akan makanan atau cenderahati untuk dikongsi dengan yang lain sempena menghargai jasa mereka yang mengantikan masa dia. 

"Macam mana suami kau, dah sihat ke belum?"

"Dah elok sikit. Dia tu bukan macam aku. Doktor suruh dia berehat tapi degil, esok dah nak masuk sekolah. Sayang betul dia dekat anak didiknya," omel Zalia. 

"Biasalah Za, bila kita jadi cikgu ni anak didik kita ibarat macam anak kita sendiri." 

"Sya, kau takde benda nak kongsi dengan aku ke?"

 Tiba-tiba dia mengubah topik.

"Apa dia?" 

Aku terus jungkit kening, tidak faham apa yang dikatakan wanita itu. 

MR POYO MY SWEETHEARTWhere stories live. Discover now