Part 12

1.7K 50 1
                                    


AKU menanti panggilan untuk disambut oleh orang di sana namun masih lagi hampa. Ini kali ketiga aku mendail nombor yang dibagi oleh kak long. Dia cakap nombor ini yang Usyair selalu guna untuk call dia. Aku masih tertanya-tanya siapakah pengirim mesej itu?

"Mana ni? Kenapa dia tak angkat? Sebenarnya perkahwinan kami ni dia tahu ke tak? Atau ma yang paksa dia untuk kahwin dengan aku sebab taknak aku kahwin dengan Firdaus?" 

Berbakul-bakul aku membebel. Segala aura negatif datang.

Aku terpandang belon-belon yang ditempah khas untuk aku sebagai penganti dirinya. Semuanya sudah kempis kerana kehabisan oksigen. Sampai sekarang dia dan aku tidak saling berhubung. Kenapa adik?

"Acik su, tok ma suruh turun makan!"

Muncul Uzma di muka pintu bilik. 

Aku bangkit terus turun ke bawah. Ikut serta yang lain makan tengah hari bersama-sama.

"Syaza, adik takde telefon kamu?" 

Mama tiba-tiba bertanya saat kami semua selesai menjamu selera.

Aku kemam bibir. Mahu jujur atau tidak?

"Ma kata nak pergi KB Mall, bila?" Terus aku tukar topik.

"Lepas zuhur nanti kita pergi."

Aku mengangguk. Saat aku mahu angkut pinggan masuk ke sinki mama melarang.

"Syaza tunggu sekejap. Ma ada nak cakap."

"Apa ma?"

Mama memberi isyarat mata pada kak long dan bang long. Seakan mengerti mereka meminta anak-anak keluar dari ruang dapur. Aku kehairan.

"Ma ada apa ni?" soalku dalam cuak.

"Usyair belum hubungi kamu lagi?" 

Sekali lagi soalan itu ditanya.

Aku tersenyum dalam keresahan.

"Syaza ma tanya ni...?"

"Tak ma. Syaza ada hubungi dia tapi satu pun dia tak jawab. Sebenarnya dia mahu ke tak kahwin dengan Syaza ni ma?" 

Aku mula sebak. Riak wajah mama terus berubah.

 "Ke dia nak buat macam pasangan Islamik tidak berhubung setelah akad nikah tapi masalahnya masa akad nikah dia takde. Sekarang pun bila Syaza call dia tak jawab!" Aku menyambung lagi. tiba-tiba panas.

"Allah! Ish, memang nak kena betul budak tu. Dia buat anak ma menangis!" 

Mama sudah membebel.

Cepat-cepat aku kesat air mata.

"Takdelah. Syaza tak menangis sebab dia tak jawab call tapi ma tu. Ma dah nak bertolak esok pagi. Syaza tak dapat nak bayang hidup Syaza bila takde ma nanti..."

"Itulah ma minta Syaza kahwin cepat. Ada orang boleh jaga Syaza. Tapi bila dah kahwin ni, Usyair buat perangai pulak. Ini buat ma nak marah. Walaupun dia cucu ma tapi kamu anak ma. Kalau tahu macam ni ma cari orang lain!"

"Apa ma cakap ni, Syaza tak faham?" D

ahiku mula berkerut.

"Err... eh takde apa-apalah."

Aku kecilkan mata. Merenung mama dengan wajah tidak berpuas hati.

"Ma..jangan nak menipu Syaza. Cuba ma cerita betul-betul pada anak ma ni."

 "Allah pandai kamu kan Syaza! Yalah ma bagitahu begini, awal tahun ni dia ada call ma tanya pasal kamu, ma cakaplah kamu sekarang tengah hangat angaukan si Firdaus. Dia soal siasatlah dengan ma siapa Firdaus tu, bagus ke tuannya. Perangai elok ke apa? Ma ada cakaplah ma tak berkenan dengan budak tu. Ma berkenan kalau salah seorang cucu ma yang jadi menantu ma. Terus dia cakap nak kahwin dengan kamu. Ma pun apa lagi terus terima dia jadi menantu." 

MR POYO MY SWEETHEARTWhere stories live. Discover now