Part 1

3.6K 67 0
                                    

"Baru nampak muka? Susah sangat kita nak jumpa sekarang ni kan?" Tegur dia dari belakang. Sebaik tiba di meja dia meletakkan segelas jus tembakai padaku.

"Maaflah lately Syaza sibuk dengan program sekolah. Baru sempat nak singgah kedai," ujarku. Gelas yang berisi jus aku tarik seraya meneguk laju. Dahaga. Bertambah selera buatan dari kekasih sendiri.

Dia melabuh duduk di hadapan. Aku dongak, wajah lelaki sawa matang dengan bibir sedikit biru kehitaman ditatap lembut. Bakal imam aku nanti. Walaupun banyak kekurangan tentang dia, aku cuba terima. Seperti mana dia menerima kekurangan aku.

"Sya, kenapa renung Fir macam tu? Segan pulak," tegur Firdaus. Dari melihat wajah aku terus dia kalih sebelah.

Aku tergelak sedikit. Jari telunjuk kanan yang galak berpusing dipermukaan gelas aku hentikan. Dia tak tahu yang aku renung bibir tebal birunya. Kata nak berhenti tapi warna biru bertambah biru hitam pekatnya membuatkan aku rasa sangsi.

"Salah ke?" saja aku mahu mengusik dia.

Sejak dia sibuk dengan perniagaan dia jarang kami boleh keluar lepak bersama seperti dulu lagi. Dalam sebulan dua kali aje kami boleh berjumpa empat mata.

"Jangan tenung lama-lama nanti dapat dosa," selar dia dengan wajah kayunya. Jenis wajah yang susah nak senyum.

"Baiklah pak ustaz. Taknak tambah dosa apa lagi cepat-cepatlah hantar rombongan. Halalkan hubungan kita yang terlalu lama dah ni. Bak Ustaz Dasuki, couple dosa, bertunang pahala berkahwin bahagia!" sindir aku secara lembut.

Dia mengeluh berat.

"Apa lagi Fir? Jomlah kita kahwin. 5 tahun lebih dah hubungan kita tapi macam ni juga. Takde perkembangan langsung. Perniagaan awak dah maju apa lagi alasan yang awak nak bagi dekat saya?"

Firdaus tidak membalas pertanyaan dari aku. Dia bangkit seraya menuju ke tempat pembakaran sate. Dinyalakan api, bersiap-siap untuk membakar sate.

Aku hanya memerhatikan dia. Beberapa batang cucuk sate disusun atas pemanggang sambil mengipas bara yang baru hendak menyala. Tidak lama kemudian dia menarik sesuatu dari kocek seluar jeans lusuhnya. Mata terbuntang luas.

Rokok? Dia masih hisap lagi? Bukan ke dia cakap dia dah tak hisap?

Tidak sempat dia mahu menyalakan rokok di mulut terus aku mendekat dan menarik kasar. Dibuang ke tanah lalu memijak sampai lunyai.

"Apa yang Sya buat ni?" suaranya. Kedengaran menahan marah.

""Hari tu cakap taknak hisap lagi kenapa buat perangai ni?"

"Itu sebabnya Fir taknak masuk meminang Sya lagi. Rokok dengan Firdaus dah sebati. Susah nak buang macam tu saja. Tambahanpula mama Syaza, dia setuju ke kalau Fir pinang Sya? Dia tak sukakan Fir. Seorang lelaki selekeh dan perokok tegar, mahu ke dia terima lelaki ini sebagai menantu dia nanti!" berjeda Firdaus meluahkan pada yang dia pendam.

Aku cuba kawal marah disebabkan rasa sayang kepadanya. Betul cakapnya, genap dua tahun hubungan kami aku bawa dia jumpa dengan mama. Mama terus membantah. Depan-depan Firdaus memang tidak merestui perhubungan kami. Lelaki perokok dan berselekeh bukan seorang suami yang boleh membahagiakan isterinya. Terasa dengan kata-kata mama hampir seminggu dia tidak menjawab call atau mesej aku.

Yang tak tahan lepas itu aku pulak yang merajuk dengan dia. Jenuh dia cari jalan supaya hubungan kami diteruskan. Dia sendiri janji nak berubah jadi lelaki yang mama mahu. Mahu buktikan pada mama dia boleh membahagiakan aku. Itu sampai sekarang hubungan kami masih kekal. Kerana kesungguhan dia untuk mendapatkan aku.

"Tapi Fir sendiri berjanji dengan mama nak berubahkan? Fir sendiri cakap nak berhenti merokok. Fasal pakaian tu Sya tak kesah asalkan Fir tak pakai seluar pendek!"

Dia mendengus kasar.

"Entahlah Sya...kadang kala mari terfikir juga. Macam mana keadaan kita. Syaza semakin sibuk dengan sekolah Fir pula semakin sibuk dengan perniagaan sekarang. Seolah hubungan kita semakin renggang.

Habis Fir mahu kita berpisah?

Dia diam.

Cakaplah Fir!

"Sya tak sayangkan perhubungan yang kita bina hampir 6 tahun ni?

Aku terngadah. Kedua bahu sudah jatuh. Sungguh tak faham dengan lelaki ini seorang. Kadang dia buat aku macam tak penting kadang dia buat aku begitu berharga bagi dirinya. Mana satu ni?

"Siapa yang tak sayangkan hubungan ni? Sya atau Fir?"

Dia mengeluh lembut. Wajah aku yang tegang saat itu direnung lama. Cair dengan renungannya aku kembali tenang.

"Bagi Fir masa dulu. Jangan gopoh-gopoh. Biasalah kalau lambat Allah nak bagi yang terbaik untuk kita berdua. Lagipun kalau sudah tertulis jodoh kita pasti kita bersatu. Jawab dia buat aku kembali berang. Alasan klise untuk menyelamatkan diri.

Aus! Bagi kak sate 10 ringgit.

Kami terus kalih bila ada satu suara memesan sate.

"Ticer Laika?" Aku terkejut melihat orang di hadapan aku. Orang yang aku kenal.

"Kamu Sya? Buat apa ni? Part time ke?" dia bertanya sambil menyindir. Matanya agak tajam melihat aku.

"Tak. Saja bantu," jawabku teragak-agak. Aku dengan dia pernah ada sejarah tidak elok.

"Kak Laika, ini Syaza bakal isteri saya." Tanpa dipinta Firdaus memperkenalkan aku pada rakan sekerja.

Aku mengangguk. Riak wajah wanita itu jelas berubah. Dahi berkerut-kerut.

"Kak duduklah dulu nanti saya siapkan." Suara Firdaus menyelamatkan aku dari terus lemas dengan panahan mata berapinya.

"Siapa dia dengan awak?" bisik aku pada Firdaus sebaik Ticer Laika selamat duduk di bangku plastik berwarna merah.

"Anak angkat mama," balas Firdaus pendek.

"Anak angkat ibu awak? Macam mana boleh jadi anak angkat pulak?" soalku dengan tidak percaya.

"Sejak ibu aktif dengan usrah di masjid. Kak Laika salah seorang yang bagi usrah, itu yang ibu berkenan terus dijadikan anak angkatnya. Lagipun Kak Laika sangat baik selalu hulurkan bantuan pada kami sekeluarga.

Nasib dia dah kahwin kalau tak selamat dia jadi bini awak kan

"Sya!" jerit Firdaus terus melemparkan arang yang mahu diletakkan di dalam unggun kepada aku.

Aku mengelak sambil ketawa seraya menjelir kecil. Gurau manja kami diperhatikan oleh Ticer Laika yang duduk di sana. Matanya tajam tapi aku sengaja buat tidak nampak.

MR POYO MY SWEETHEARTWhere stories live. Discover now