Part 20

1.9K 42 1
                                    

BAB 20

Aku cuba belek album lama. Balik dari pesta wau semalam. Dalam kereta Usyair cerita kenapa belon. Rupanya ia berkaitan dengan aku sendiri. Dari duduk bertinggung depan almari aku bangkit sambil membawa album lama ke laman rumah.

"Mana takde satu pun gambar aku pegang belon. Tipulah Mr Poyo ni," ngomelku sambil membelek satu per satu kepingan album lama.

"Akak cari apa tu nampak bersungguh sangat?" sapa Usyair.

"Eh bila balik? Tak dengar pun enjin kereta."

"Dah lama balik tapi saja duduk dalam kereta balas mesej customer. Akak buat apa dengan album lama?" soal dia sekali lagi.

Kali ini dia melabuh duduk di depan aku. Dia capai salah dari satu dari album yang aku bawa keluar tadi.

"Cari gambar yang adik cakap semalam."

Terus dia gelak.

"Mana ada dalam tu."

"Habis adik tahu dari mana akak suka belon dari kecil lagi?"

"Adik saja mereka cerita nak bagi akak tertanya-tanya."

"Adik!"

Aku terus bengang album yang sedia dipegang terus aku baling pada dia.

Dia menyambut sambil tergelak.

"Tapi adik tak menipu pasal akak sukakan belon tahu. Sebab perangai pelik akak itulah adik gunakan belon untuk mengikat hati akak. Ingat tak masa sewaktu arwah tok bah meninggal masa tu akak dalam umur 10 tahun. Tok ma cakap kerana terlalu rindukan tok bah, akak beli belon di kedai runcit sampai licin satu kedai."

Dia mula bercerita.

"Eh, mana ada!" Aku cuba menafikan.

Bila dia cuba mengungkit cerita lama, aku malu sendiri. Cerita zaman hingusan.

"Adalah. Tok ma dan ibu ada cerita dekat kami. Lepastu akak tulis surat, siap taruk bedak debu dalam sampul surat tu. Lepastu ikat di belon yang sudah ditiup besar. Kemudian akak tiup belon itu biar terbang bawa surat yang ditulis itu sampai ke langit. Tok ma dan ibu rasa terhibur dengan perangai anak-anak akak itu, mana ada idea entah pelik-pelik!"

Aku terus muncungkan mulut.

"Masa tu akak kan bodoh lagi. Dapat idea macam tu sebab banyak sangat tengok kartun. Kononnya roh orang mati ada dekat syurga di atas langit sana. Jadi akak tulislah surat banyak-banyak minta dengan Allah bagi bagi arwah abah semula. Nak terbang ke langit pakai belonlah paling senang."

"Akak tahu ke belon itu tak sampai ke atas tapi belon-belon itu kena tembak.

Aku terus kerut dahi. "Siapa yang tembak? Patutlah takde satu pun surat dibalas."

Usyair gelak lagi.

"Sah otak budak-budak. Percaya sangat dekat cerita mengarut. Abang Uzman yang tembak. Biasalah budak-budakkan. Itupun tok ma dengan ibu yang cerita. Sahih ke tidak, adik tidak tahu."

"Macam mana akak tak tahu ni?"

Aku masih tidak puas hati. Macam mana mereka boleh bercerita tapi aku langsung tak tahu.

"Alah tak kesahlah akak ada ke tak. Sekarang akak tahukan kenapa adik selalu kirim belon-belon tu dekat akak. Seperti mana akak mahu menyampaikan rasa rindu pada arwah tok bah begitu adik meluahkan rasa sayang pada akak."

"Taklah! Masa kecil boleh buat perkara bodoh tu sekarang dah matang malulah."

"Bagi adik akak tetap sama."

MR POYO MY SWEETHEARTWhere stories live. Discover now