Part 16

1.8K 49 0
                                    


"CEPATLAH masuk kedai gunting tu. Akak tunggu dalam kereta," arahku pada dia sebaik berhenti di sebuah kedai gunting area Wakaf Bharu.

"Tak nak!"

Dia membantah. Sengaja cari pasal dengan aku. Rambutnya dia libas-libas macam model iklan shampu.

"Adik..."

Aku cuba menahan marah.

"Ya akak..."

Dia jawab dengan senyuman.

Aku tarik dan hembus nafas sedalam-dalam.

Budak-budak dekat sekolah aku boleh kawal emosi tak akan dengan suami muda aku ni aku tak boleh kan? Guna psikologi. Guru ibarat seorang penjual yang mahu menjual ilmunya jadi kita perlu pikat hati custemor kita dengan berhemah.

"Macam ni adik. Sekarang adik dekat Malaysia bukannya Korea."

"Habis kalau duduk di Malaysia tak boleh berambut panjang ke? Hello akak bersepah kot orang lelaki rambut panjang tengok penyanyi Zamani dari muda sampai sekarang rambut dia maintain aje."

"Itu dia bukan adik suami akak! Kenapa gila sangat nak berambut panjang ni?"

"Nak nampak macho. Kalau akak nak tahu di sana kalau teruna tu berambut panjang sekali selak rambut yang panjang dah terasa macam model."

"Ya Rabbi Ya Karim...dik oii akak tahu lah yang akak bukan ustazah takde ilmu mendalam nak dakwah adik supaya kembali pada jalan yang benar tapi tolonglah....serabut! Berambut panjang dan bersubang ingat boleh dibawa mati ke dengan macho tu?"

"Oh lupa ibu ada suruh cari suruh cari petai nak bawa ke Dubai malam nanti."

Pandai dia tukar topik untuk mengelak dari terus berbahas dengan aku.

Usyair terus buka pintu kereta dan membolos keluar.

"Nak mengelaklah tu!" tempelak aku.

Bila dia menghilang masuk ke dalam pasar, perlahan-lahan aku membontot ikut dia sekali. Tidak sengaja terjumpa dengan Ticer Laika yang kebetulan berada di situ juga.

"Hebat kau, Sya. Kekasih kau yang dulu tak nak kahwin dengan kau sebab tahu asal usul kau, kau rembat cucu mak angkat kau. Dasar kemaruk nak ke jantan! Sama perangai macam mak kau!"

Aku cuba senyum walaupun dalam hati sudah terhiris-hiris.

"Ticer sebenarnya apa masalah ticer dengan saya sebenarnya ni?"

"Masalahnya aku cuba nak banteras anak haram macam kau semakin berlelusa!"

"Ehem! Mak cik ada masalah dengan akak saya?"

Usyair tiba-tiba datang

"Mak cik? Hey budak kau panggil aku mak cik? Kau siapa?"

"Saya ni..."

"Adik!"

Aku melarang. Tanganya aku heret meninggalkan Ticer Laika. Tidak mahu perang mulut berlaku di situ.

"Kenapa akak halang adik? Biar adik brain wash mak cik tu."

Usyair membebel, tanda dia tidak berpuas hati denganku.

"Usyair sudahlah. Dia memang macam tu. Tak payah nak layan sangat."

"Jadi akak nak biarkan dia macam tu je?"

"Habis adik nak suruh akak buat apa? Pergi lawan dia? Adik tolonglah api kalau mula nak marak jika disimbah lagi akan semakin marak. Jadi biarlah dia nak hina atau kutuk akak nanti dia akan senyap sendiri."

MR POYO MY SWEETHEARTWhere stories live. Discover now