Part 3

2K 51 5
                                    

"Kami nak nikahkan kamu dengan salah seorang dari anak kak long." 

Allah hampir aku hilang nyawa tika ini. Kata-kata yang baru sahaja menutur keluar dari bibir mama buat aku rasa badan lumpuh separuh. 

"Ya Syaza," celah kak long tiba-tiba.

Dari wajah mama aku terus kalih mencari wajah kak long dan bang long. Senyuman mereka berdua yang terpancar di wajah masing-masing mengiakan kenyataan itu. 

Bahuku jatuh separuh. Mata terpejam rapat. Kahwinkan aku dengan anak buah sendiri? Jadi menantu pada kakak sendiri?! Oh Allah! Adakah dunia sudah terbalik?

"Ma tak kira kamu setuju atau tidak. Yang ma mahu sebelum ma berangkat ke Mekah nanti, kamu dah akad nikah." Mama menyambung berbincangan yang masih berlangsung. 

Aku mula pening lalat. Aku buka mata dan terus menoleh pandang wajah kak long dan bang long. Mereka hanya senyum dan mengangguk. Iyalah sudahnya mama guna kuasa vetonya. Anak-anak hanya perlu patuh. 

Bila mana mata memandang wajah mama sedang serius gila, air mataku tiba-tiba menitis turun

"Ma...Syaza dah ada pilihan sendiri. Lagipun anak-anak kak long tu anak buah Syaza kan, ma...?" Suaraku sedikit merayu. Mahu kecoh satu dunia kalau aku kahwin dengan anak saudara sendiri. Oh tuhan...

"Calon yang kamu pilih tu langsung tak lulus ciri-ciri menantu ma! Firdaus tu tak layak untuk kamu, perokok, kerja pun tak tentu hala. Kalau dia betul-betul mahukan kamu dah lama dia ubah perangai dan sikap dia. datang jumpa ma bawa rombongan meminang tapi sampai sekarang batang hidung dia pun tak nampak.

 Usyair tu lahir depan mata ma sendiri. Ma tahu semua perangai dan akhlak dia bagaimana. Lagi satu kamu sendiri yang jaga dia dari kecil. Sayangkan dia sangat-sangat. Memang dia layak untuk jadi suami kamu!" tegas mama berjeda seketika. Langsung aku tak boleh menyelit di mana-mana. 

Aku kaget. Tiba-tiba mama naik angin. Jarang mama nak tinggikan suaranya dekat aku. Bila melibatkan masa depan aku, mama jadi sangat tegas. 

"Ma... Syaza dah ada Firdaus, Syaza tak nak kahwin dengan anak kak long, ma...," aku masih merayu. 

"Tak kira ma nak kamu kahwin dengan Usyair bukannya Firdaus! " Tegas mama lagi. Betul-betul tegas.

Ya aku akui, Firdaus memang seorang perokok tegar. Itu dulu sekarang dia dah berubah sedikit demi sedikit disebabkan dia cintakan aku. Yang pasal pekerjaan dia tu, mana ada tak tentu hala. Tauke sate tu. Luaran saja nampak selekeh harta bertimbun jugak pak cik tu. Eh, kejap!

"U...Usyair? Mama nak suruh Syaza kahwin dengan anak lelaki bongsu kak long, Usyair Firas tu? Mama!" Aku membantah keras. 

Baru perasaan bakal suami aku nanti adalah si Usyair. Si dia budak hingusan yang poyo dan perasan hensem!

"Mama nak naik solat zuhur kejap." Mama tiba-tiba bangkit dan menonong panjat anak tangga. Seolah mahu mengelak dari terus diusul dengan soalan bukan-bukan oleh aku nanti.

 Aku mengeluh berat. Wajah kak long dan bang long aku tatap hiba. "Kenapa tiba-tiba ni kak long... bang long...?" aku bertanya kepada dorang. 

Masing-masing saling bertatapan seketika sebelum menjawab soalan aku.

"Entahlah dik. Kami nipun mama telefon minggu lepas, mintak suruh fly balik nak bincangkan soal ini secara senyap. Kami sendiri terkejut kenapa mama buat keputusan nak kahwinkan kamu dengan Usyair." Kak long membalas.

"Sampai macam tu sekali mama buat Syaza? Kak long, bang long... Syaza dah ada pilihan sendiri. Syaza dah dewasa untuk pilih calon suami sendiri. Hmm...Usyair tak cakap apa-apa ke dekat kak long dan abang long fasal ini? Dia takde membantah?" hatiku dah banjir dengan tangisan. Soalan pun bertalu-talu aku tanya.

MR POYO MY SWEETHEARTWhere stories live. Discover now