Part 18

1.7K 49 0
                                    


AKU dari dapur terus ke ruang tamu. Lihat Usyair sedang mentelaah buku dan dengan timbunan fail di meja. Dia sendiri bersila di karpet.

Aku mendengus geram. Sejak dia nak jadi student balik dan menyandang pengarah besar di butik mama dia semakin sibuk.

Masa dengan aku pun kadang-kadang dia curi untuk tuntutan dia sebagai pelajar dan pengarah. Sungguh aku rasa kehilangan dia. Perangai manja aku dengan dia pulak semakin menjadi-jadi. Sudah selesa dengan layanan dia terhadap aku.

Cemburu pulak dengan fail-fail itu. Hari-hari ia menjadi bahan utama dipegang oleh Usyair, bukan lagi aku.

Aku sengaja menghentak kaki kuat. Kononnya nak suruh dia perasan akan kewujudan aku tapi sayang.

Dia masih khusyuk mengadap sebuah fail berwarna biru. Aku semakin geram terus berlari anak segera membaringkan diri dan memeluk dia dari belakang.

"Adik...adik...adik..."

Aku sudah merenget manja. Kepala disandar pada belakangnya dengan kaki huyung hayang. Macam budak kecil mintak gula-gula.

"Akak dah kenapa?" soalnya lembut. Tapi dia masih tetap begitu. Sibuk membelek fail.

"Bosan...jomlah keluar!" ajakku dengan nada keriangan.

Berharap agar si dia memahami kehendak aku sekarang.

Usyair melepaskan pelukan aku di pinggangnya lalu memusingkan badannya. Dia angkat tubuh aku agar duduk mengadap dia.

"Akak sekarang ni tak boleh. Adik sibuk menguruskan kerja di butik tambahan pula urusan pertukaran adik ke UMK sudah diterima. Jadi adik nak uruskan jadual kelas dengan masa kerja di butik," terangnya bersungguh. Agar aku memahami situasi yang dia alami sekarang.

"Hari ni pun?"

Aku menyoal dengan mulut muncung sedepa.

Aku tahu dia sibuk sejak jadi mahu jadi pengarah butik mama. Ditambah dengan urusan pertukaran tempat belajar dia baru saja selesai masa untuk diri sendiripun kadang kala terabai. Kasihan suami muda aku.

"Nasiblah akak kahwin dengan pelajar." Dia tergelak kecil.

Aku mendengus kasar. Tanda tidak senang dengan kenyataan dia tadi.

"Maaflah akak sayang buat masa sekarang adik tak dapat nak menguruskan waktu dengan elok lagi. Permintaan kain dekat butik semakin banyak tapi janji lepasni adik selalu dengan akak. Bagi adik masa untuk selesai hal ini dengan cepat."

Dia sudah mengangkat tangan kanan. Membuat janji.

"Macam tipu aje?"

Aku kecilkan mata merenung wajahnya. Mencari kejujuran dia dalam berbicara.

"Kalau tak nak adik sambung belajar adik untuk membangunkan butik tok ma, adik tak kesah yang penting akak kenalah tanggung adik seumur hidup," ujarnya sambil mengenyit mata sebelah. Tangan kanan naik mencubit lembut pipiku.

"Tak naklah! Nanti adik jadi suami yang pemalas. Kerja makan minum duit isteri aje. Uff tak suka lelaki jenis macam tu!"

Tiba-tiba aku teremosi.

"Tahu pun, jadi akak kena bersabar sikitlah. Atau..." N

ada suaranya sengaja dileretkan pandangan dia sudah lain

"Atau apa?" Aku bertanya dalam gugup.

"Kata nak kenal-kenal dulu kan?" Sambungku lagi.

Dia menghulurkan wajahnya hampir padaku dengan senyuman agak miang.

MR POYO MY SWEETHEARTWhere stories live. Discover now