Part 11

1.7K 47 7
                                    


"SEPATUTNYA pagi tadi dia sudah sampai. Kak long dah pesan awal-awal lagi dekat dia balik sehari sebelum majlis kamu berdua, dia cakap masih ada urusan di sana. Ma pun seminggu lagi nak berangkat pergi haji nanti. Hmmm.. tulah tak dengar cakap orang tua sangat, sekarang hari paling bermakna dia takde bersama." Kak long membebel. 

Aku masih tersengih sendiri.

Ingat lagi perbualan antara aku dengan Ustazah Suhaina pasal mimpi. Aku ada tanya yang aku bermimpi Usyair. Adakah itu tanpa petunjuk istikarah aku. Dia cakap mimpi salah satu dari petunjuk yang Allah bagi. Tapi tak semestinya dia jodoh kita. 

Kadangkala petunjuk datang dari rasa ketenangan bila kita melihat wajah seseorang itu. Kalau ya jodoh segala urusan akad nikah berjalan dengan lancar. Ini kes aku sekarang macam tak direstui aje. Mungkin Usyair bukan jodoh aku. Senyumanku semakin bertambah lebar.

"Kalau macam tu gayanya...majlis akad nikah malam nanti secara automatik terbatallah kan kak long?" Aku jungkit kening berkali-kali. Seronok bila si pengantin lelaki tak dapat hadir. Aci tak kalau aku nak lompat sampai ke bintang sekarang?

"Kenapa nak dibatalkan pulak? Akad nikah berjalan seperti biasa. Nanti bang long kamu akan jadi wakil pengantin lelaki untuk kamu nanti," celah mama yang kebetulan masuk ke dalam bilik pengantin aku.  

Wajahnya tampak serius bila aku mahu batalkan perkahwinan ini. Langsung tak terkejut bila Usyair tak boleh nak balik. Macam mama dah tahu lebih awal dari kami.

Uzma tergelak di sisi. Suka sangat dia kalau aku kahwin dengan abang dia yang hingusan lagi tu.  

Aku bagi jelingan kilat pada dia terus dia tekup mulut. Baru tahu acik su dia ratu menjeling maut!

Aku mengeluh berat. Baru aje nak rasa bebas. Mama ni memang nak sangat aku kahwin dengan si poyo tu. Cukuplah aku dah jadi anaknya tak akan nak ikat aku sampai jadi cucu menantu dia pulak.

"Alah mama, tak boleh ke kalau kita tunggu Usyair balik baru kami akad nikah nanti."

 Aku buat muka sedih. Dengan harapan mama termakanlah dengan hasutan aku tu.

"Tak payah nak mengada sangat. Semua dah siap. Kad dah edar tak kan nak batalkan macam tu. Imam yang jadi wali kamu hanya free malam ni je. Malam-malam lain dia nak kena nikahkan orang lain pulak! Lagipun bakal bapa mentua kamu ada mewakilkan Usyair untuk akad nikah tu!" bantah mama. Muka tetap serius.

Sudah namanya Datin Shamsiah mana nak ada kompromi dengan aku kalau bab gini.

Aduh, ini yang susah jadi anak yatim piatu ni! Takde ahli keluarga yang nak jadi wali aku. Nak tak nak si tok kadi jugak jadi mangsa.


AKU duduk bersimpuh di bantal bulat yang berwarna putih susu tersediakan khas untuk aku. Penuh debaran dalam hati kerana bakal menamatkan zaman bujang dalam beberapa saat lagi. Yang sedih bakal suami tiada dalam majlis ini. Bakal bapa mentua sendiri yang menjadi wakil untuk anaknya.

Aku pandang sekeliling. Mereka yang lain sudah mengukir senyuman manis. Melahirkan rasa gembira untuk majlis aku. Tidak tahukah mereka hatiku sedang menangis sekarang? Menangis terpaksa sanding sendiri! 

Kalau Firdaus tak buat hal pasti aku tak akan duduk sini sekarang. Tak perlu kahwin dengan orang yang aku dah anggap anak buah sendiri. Rintihku dalam diam. 

"Syaza...?" 

Suara mama yang lembut menyapa di telinga membuatkan aku tersedar dari mengelamun.

 Air mata yang menitis turun cepat-cepatku seka. Tidak mahu mama perasaan perubahan diriku sekarang. 

Ahmad Firdaus, seorang lelaki yang mengajar aku erti sebuah cinta dan rindu. Cinta kami yang tersulam agak lama terputus di tengah jalan akibat sikapnya yang masih ragu-ragu untuk perjuangkan cinta kami. Malah dia telah menghina maruah aku kerana hasad dengki seseorang terhadap aku. 

MR POYO MY SWEETHEARTWhere stories live. Discover now