Part 22

3.7K 96 42
                                    


BAB 22

USAI majlis aku tercari kelibat Usyair dalam dewan bila para tetamu beransur pulang. Kelibat Usyair langsung tidak kelihatan. Hati mula gusar. Adakah tegar dia meninggalkan aku sendirian di sini tanpa ditemani. Sudahlah masa di meja dia langsung tak layan aku.

"Sya, Usyair suruh bagitahu dia tunggu Sya dalam kereta."

Aku yang duduk di kerusi melayan perasaan sedih terus panggung wajah bila Kak Norli datang menyapa.

"Terima kasih Norli," ucapku dalam sebak.

Wajah cuba dimanis. Tidak mahu dia mengesyaki sesuatu.

Tatkala aku masuk ke dalam perut kereta, Usyair terus menekan pedal minyak belum sempat aku menyarung seatbelt.

Aku semakin cuak dengan sikap bengisnya. Sebelum ni dia mana pernah begini. Marahkan aku pun dia hanya diam. Ini sikap dia sebenar dia dingin dan baran.

Sepanjang perjalanan Usyair langsung tak bersuara. Jangan kata nak bercakap nak pandang wajah aku pun tak sudi.

"Adik, macam mana dengan jadual untuk semester depan dah dapat?"

Aku cuba mencuba nasib. Mana tahu marahnya sejuk dan mahu bercakap dengan aku.

Soalan aku dibalas dengan kebisuaannya. Aku semakin tak senang hati. Rasa sedih kembali menerjah semula tapi aku cuba tahan. Tak mahu menangis lagi. Tak mahu tunjuk aku ni manja sangat walaupun hakikatnya aku memang manja.

"Kalau adik tak boleh nak fokus dua kerja dalam satu masa. Akak mintak tolong Kak Norli untuk uruskan butik tu dulu. Adik tumpukan pada pelajaran adik sampai graduate. Kalau ada masa akak boleh tolong bantu kerja-kerja di butik sementara ma masih di Mekah."

Aku masih mencuba.

"Akak, tolonglah. Adik betul-betul takde mood nak bincang pasal apa. Sekarang adik tengah memandu. Silap hari bulan dua-dua masuk wad!"

Pedas dan makan dalam dia membalas.

Aku tersentap terus menangis.

"Akak minta maaf kalau akak buat adik marahkan akak. Kalau pasal Firdaus, sumpah! Akak sendiri tak tahu yang dia ada jugak dalam dewan tu. Dekat PKT pun akak tak tahu dia ada sana. Kalau akak tahu dia ada akak dulu lagi mengelak dari berjumpa dengan dia. Kami dah takde apa-apa sekarang. Akak dah bersuami!" jelasku dalam sendu. Intonasi suara sudah naik turun.

"Ma..."

Nama mama terkeluar dari bibirku. Wajah dipekup rapat dengan tapak tangan. Sungguh aku rindukan mama. Aku perlukan mama untuk dipeluk dan memujuk aku.

Usyair hentikan keretanya di bahu jalan. Bahu aku dia tarik lalu dipeluk kemas.

"Syyh...Adik tak marah pun dekat akak."

Dia memujuk.

"Ma...Syaza nak ma..."

Aku tidak pedulikan pujukan Usyair. Apa yang aku mahukan adalah wanita yang telah membesarkan aku. Wanita terhebat bagiku.

"Dahlah jangan nangis lagi."

Dia masih memujuk.

"Akak benci adik! Adik cakap adik tak marahkan akak tapi cara adik layan akak nampak sangat adik menipu!"

Aku terus menolak dada bidangnya dengan kasar.

Usyair terdiam. Sesaat kemudian dia kembali menarik tubuhku rapat ke tubuhnya dan memeluk aku erat.

Tidak membantah aku terus menangis dalam dakapannya, sepuas hati.

Sampai diperkarangan rumah Usyair mematikan enjin. Aku pandang dia. Dia masih dingin. Saat dia tangan membuka pintu tiba-tiba dia kalih pada aku.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 12, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MR POYO MY SWEETHEARTWhere stories live. Discover now