Part 6

1.8K 48 0
                                    


AKU khusyuk menatap gambar Usyair yang diberi oleh kak long dengan gambar yang sedia ada di meja aku. Cuba membandingkan perbezaan pada wajah lelaki itu. Walaupun dah banyak berubah tapi rasa aku pada dia tetap juga sama. Rasa sayang sebagai seorang mak cik kepada anak buahnya.

Cinta dan rindu sebagai seorang kakak kepada adik lelakinya. Tak lebih dan tak berkurang. Bila mama meminta aku kahwin dengan dia, perasaan aku tiba-tiba menjadi lain. Seakan timbul satu rasa malu tiap kali teringat dia bakal menjadi imam mudaku.

Otak aku tak boleh nak beroperasi dengan waras bila bayangkan dia yang hingusan, tak matang lagi, poyo sebagai ketua keluarga aku. Macamlah kehidupan kami bila kahwin nanti. Boleh ke dia mendidik dan membimbing aku? Atau aku yang kena didik dan bimbing dia nanti? Masaklah aku kalau macam tu. Dah jadi terbalik. Yang paling penting boleh ke perasaan aku pada dia berubah menjadi cinta dari adik kepada suami nanti? Aku mengeluh sendiri.

Wajah Usyair dalam frame yang masih bayi aku usap lembut. Sungguh aku rindu dia tika dia masih bayi. Kecomelan dia. Kenakalan dia dan telatah dia betul-betul mencuit hatiku dan membuat aku terhibur. Tanpa aku sedar bibir terkoyak satu senyuman lebar di bibir sampaikan aku disapa lembut oleh Cikgu Fadli. Kenal sangat dengan suara halusnya itu.

"Hai Sya, muka tu senyum-senyum sendiri aje ni, ke ada nak buat nasi minyak?"

Aku toleh seraya berkerut dahi. Eh, dia perasaan ke aku tengah senyum?

"Nasi minyak siapa?" Suhaina, ustazah yang hampir 10 tahun mengajar di sekolah ini mula bersuara sebaik kakinya melangkah masuk ke dalam bilik guru.

"Siapa lagi kalau bukan cikgu manis kita ni." Cikgu Fadli sudah tersengih kerang pada aku.

"Syaza nak kahwin ke? Wah, tak sabar nak makan nasi minyak!" Ustazah Suhaina sudah teruja.

Aku semakin hairan. Apa yang cuba mereka bualkan ni? Tersedar yang aku dijadikan bahan gurau oleh Cikgu Fadli, terus aku mencelah.

"Eh dah kecohlah Sya awak nak makan nasi minyak," celah Cikgu Fadli lagi.

Aku semakin resah. Mesti dia. Takde orang lain yang jaja cerita aku selain Ticer Laika.

"Boleh sangat kalau nak merasa air tangan Sya. Esok Sya buat ya... Nak nasi minyak cap apa. Cap Buruh, cap Esawit atau nak yang sihat sikit minyak zaitun." Aku sudah melawak. Mahu menutup keresahan hati.

Diorang ketawa berjemaah. Nak kenakan aku sangat. Nah, ambik balik! Aku pun pakar melawak jugak walaupun garang dengan pelajar.

"Su, aku nak tanya. Apa hukum anak zina pada Islam?"

Dalam riuh rendah tengah ketawa Ticer Laika yang berada di mejanya, tiba-tiba membangkitkan soalan yang hangat.

Kami semua berhenti ketawa. Masing-masing bertatapan sesama sendiri sambil kerut dahi.

"Eh, kenapa tiba-tiba Ticer Laika nak tanya pasal anak zina ni? Dah nak jadi ustazah ke?" Selar Cikgu Fadli seraya tergelak.

Ustazah Suhaina sudah senyum. Aku? Mula rasa tak sedap hati sebab pandangan matanya hanya pada aku. Seakan soalan itu dituju pada aku. Kenapa ni? Hari tu dia fitnah aku bomohkan Aiman tak kan hari ni dia nak tuduh aku anak zina pulak?

"Anak zina kasar sangat bunyinya ticer. Lebih sopan kalau kita panggil anak tak sah taraf." Lembut Ustazah Suhaina membalas.

"Lah betullah yang saya sebut anak zina. Dalam Al-quran sendiri sebut zina. Su, kita memang kena sebut zina biar masyarakat kita buka mata sikit. Sedar yang perbuatan zina ni sangat dikecam Allah. Kalau semua faham dan sedar akan hal ni takdelah anak zina dalam dunia!"

MR POYO MY SWEETHEARTWhere stories live. Discover now