Part 17

1.6K 51 0
                                    

BAB 17

"CAKAP apa korang berdua buat tadi? Ini dah bukan perhubungan anak saudara dengan mak saudara tahu tapi perbuatan sumbang! Allah... nasib baik Mimi yang datang buatnya majlis agama yang datang tadi?"

Syamimi kawan satu sekolah menengah aku dulu sudah membebel.

Wajahnya merah padam. Dia pandang aku dengan Usyair macam orang buat satu kesalahan yang agak berat.

Aku tersengih malu dan serba salah.

Manakala Usyair berlagak tenang. Seolah dia tidak melakukan apa-apa kesalahan langsung.

"Syaza Qayla aku sedang tanya soalan ni... Setahu akulah kau anak angkat dalam keluarga ni jadi apa yang berlaku tadi tu..." Ayat Syamimi tergantung. Dia seakan takut mahu meneruskan bicaranya.

"Syaza aku tahu kau bukan jenis macam tu tapi..." tak sempat gadis itu mahu menyambung bicara laju Usyair mencelah dengan selamba.

"Kami dah halal."

Syamimi ternganga belum sempat dia menyambung Usyair sudah menyambung.

Pantas aku kalih pada Usyair di sebelah. Wajahnya sudah tersenyum puas.

"Apa?!"

Syamimi sudah terkejut besar.

"Ya. Kakak jangan terkejut sangat. Kawan kakak ni Syaza Qayla dah jadi isteri saya jadi perbuatan tadi dikira halal dan bukannya perkara sumbang. Cuma perbuatan kakak yang senonong begitu saja masuk ke rumah kami tu dikira dosa."

Mataku semakin membesar. Pandai pulak si budak ini bagi tazkirah.

"Err..."

Syamimi sudah mati kutu. Dia tersengih-sengih sambil menggaru tudung di kepala.

"Bukan Kak Mimi suka hati nak terjah, minggu lepas Syaza ada whatsApp Kak Mimi suruh datang sini temankan dia tengok anugerah skrin ini yang Kak Mimi datang." Syamimi menjelaskan kedudukan sebenar.

Usyair pandang wajah aku. Matanya memberi isyarat, betul atau tidak.

Aku kerut dahi cuba mengingati kata-kata Syamimi sebentar tadi. Tidak lama kemudian aku tersengih sebelum mengangguk lembut.

"Macamlah saya takde dekat sebelah nak temankan akak tengok tv."

Ada nada rajuk kedengaran di situ.

"Bukan macam tulah!" Aku membantah laju.

"Habis tu yang pergi mesej kawan ajak teman apa hal?"

Nada rajuk masih kedengaran.

"Adik sendiri yang salah. Masa tu adik masih di Taiwan, mama nak pergi umrah, ibu dan ayah mesti nak balik Dubai lepas hantar mama. Jadi akak saja mesej Kak Mimi untuk temankan akak kebetulan Kak Mimi free. Bosan tau bila duduk sorang-sorang dekat rumah!"

"Alasan!"

Usyair masih tidak mahu mengalah. Kedua belah tangan naik ke atas dan terus memeluk tubuh sendiri. Siap pakej menjeling serta pusing badan ke sebelah.

"Betullah!"

Aku turut sama tidak mahu mengalah seraya memeluk tubuh dan terus kalih sebelah. Sebijik dengan tindakan si suami muda.

"Hahaha...sudahlah-sudahla bergaduh!" T

iba-tiba Syamimi gelak besar.

"Comel pulak aku tengok korang laki bini ni bergaduh. Sama-sama tak matang!" sambung dia lagi.

"Kau perli aku eh!"

Aku pincingkan mata.

"Mana ada aku perli kau. Hmmm... Jadi inilah Usyair suami kau yang takde masa akad nikah tu? Hensem!"

"Terima kasih," laju Usyair membalas. Kembang hidung dipuji oleh Syamimi.

Aku mencemik. Menyampah dia tayang wajah riak.

"So macam mana sekarang? Aku baliklah lagipun suami muda kau dah ada kan?" soal Syamimi.

Kebetulan rumahnya dengan rumah tak jauh. Selang 4 buah rumah itulah rumahnya.

"Ya. Itu semestinya Kak Mimi. Saya suami cikgu Syaza dah ada dekat sebelah so faham-faham ajelah kan?"

Senyuman Usyair meleret. Miang saja nampak! Kening dia pula diangkat berkali-kali siap dengan tangannya sudah mendarat di bahu.

"Adik!"

Aku cubit perut dia. Geram! Sengaja nak menggedik depan kawan aku.

Syamimi sekali lagi gelak.

"Hahaha...maaflah. Memang serius kelakar. Ini kali pertama aku dengar pasangan suami isteri memangil adik dan akak. Syaza aku balik dululah tak mahu kacau daun orang nak bermanja. Kang ada yang tak sabar nak kahwin ni," canda Syamimi dalam tawa.

Dia bangkit untuk bergerak melangkah keluar dari rumah kami.

Aku turut bangkit untuk menghantar dia ke muka pintu.

"Cepat-cepatlah kahwin Kak Mimi. Seronok tau kahwin ni!"

Usyair yang masih di sofa sudah menjerit kuat. Siap kenyit mata lagi.

Aku faham sangat dengan wajah itu. Dia memang cari nahas dengan aku. Kalau tak kenakan aku memang tak sah!

Syamimi tergelak lagi.

"Okey balik nanti Kak Mimi nak suruh mak carikan yang sebaya dengan Usyairlah. Boleh bermanja sokmo!"

Aku tepuk dahi sambil menggeleng bila Syamimi seronok melayan kenakalan si Usyair. Melayan kerenah dua-dua yang tidak matang ini dengan aku sekali terjebak sama.

"Oh, ya Syaza! Aku perasanlahkan. Korang berdua takde gambar kahwin kan? Aku bukan nak menyibuk ke apa tapi lebih baik korang pergi studio dan frame besar-besar korang tu di dinding. Aku takut nanti timbul hal-hal yang tidak diingini berlaku. Dahla masa kahwin abang long kau yang terima," jelas Syamimi. Hujung bicaranya ada nada bercanda.

Aku pandang wajah Usyair sekilas di ruang tamu sana. Dia kelihatan senang saja. Langsung tak dengar apa yang Syamimi bagitahu sekarang.

"Kalau ada gambar kahwin sekurangnya korang ada bukti yang menunjukkan korang suami isteri. Lagi parah kalau-kalau perempuan di luar sana termengorat suami muda kau yang kacak tu. Tak kata orang aku pun hampir terjatuh cinta dengan suami kau tu Syaza. Dahlah demam kpop semakin hangat sekarang muka macam Usyair memang lakulah orang nak buat calon." Syamimi masih bercanda.

"Uish kau ni Mimi jangan nak mengarut boleh?"

Aku membantah. Menafikan kenyataan gadis itu.

"Takde aku gurau ajelah. Tapi apa yang aku cakap betul apa. Ada gambar kahwin boleh buat kenangan sampai tua. Okeyla aku balik dulu assalamualaikum."

Aku melambai tangan sehinggalah bayangan Syamimi hilang dari pandangan mata.

Aku kembali mendekati Usyair yang khusyuk menatap skrin televisyen. Siaran sudah bertukar. Wajah Farah Fauzana dengan Awie tertancap di kornea mataku sekilas. Aku melabuh duduk. Wajah Usyair aku tatap lembut.

"Adik..."

"Ya, akak."

Usyair senyum manis.

Aku gigit bibir bawah. Tidak tahu bagaimana mahu meluahkan apa yang terbuku di hati.

"Pasal gambar kahwin kita... takde pun..." Akhirnya terluah jua.

"Alah! Itu tak penting akak. Yang penting akak dah sah menjadi milik adik."

Habis bicara Usyair terus menatap tv.

Entah kenapa hatiku terpalut duka. Ya. Memang betul apa yang dicakap oleh suami muda aku itu tapi aku, aku mahukan gambar kahwin dia dengan aku sebagai satu kenangan saja. Tidak kah dia memahami aku?

MR POYO MY SWEETHEARTWhere stories live. Discover now