Part 5

1.9K 44 3
                                    


"SYAZA kenapa ni?" tegur mama.

Aku yang termenung di kolam air terjun buatan dengan kaki berjuntai ke dalam kolam kalih pada mama seraya menggeleng. Senyuman tawar terukir di bibir. Tidak mahu mama perasan keadaan hatiku yang penuh dengan rasa tekanan sekarang. 

"Syaza ada masalah ke? Taknak kongsi dengan ma?" Soalan mama itu buat aku rasa sebak. Rasa nak nangis pun ada.

"Ma, betul ke ma nak kahwinkan Syaza dengan Usyair?" Soalku tiba-tiba. Pandangan setia pada wajah mama. Bila dengan mama aku memang tak boleh rahsiakan perasaan sendiri.

Aku dapat dengar mama mengeluh nafas dengan berat. 

"Kenapa, Syaza nak tolok pinangan itu ke?"

Aku geleng cepat-cepat. Takut mama terasa.

"Takdelah ma. Syaza cuma nak tanya, kenapa ma tiba-tiba mahu Syaza kahwin dengan Usyair sedangkan Syaza dah ada Firdaus?" Aku susun bicara sebaik mungkin supaya mama tidak kecil hati denganku.

"Syaza, ma nak yang terbaik untuk Syaza. Ma buat keputusan ini sebab ma nak Syaza dijaga oleh seorang lelaki yang betul-betul boleh jaga anak ma ni. Lelaki yang bersungguh jadikan anak ma yang cantik ini sebagai isteri bukannya untuk dijadikan sebagai simpanan saja.

 Syaza dengar sini, kita sebagai perempuan mahu mencintai dan dicintai oleh seorang lelaki. Ia satu perasaan anugerah Allah bagi pada kita yang mahal nilainya. Ma nak Syaza dicintai oleh seseorang yang benar-benar ikhlas dengan Sya bukan nak mengambil kesempatan terhadap kebaikan Syaza."

"Ma...ma nak cakap Fir ambil kesempatan pada Syaza ke?" Laju aku menyoal. Tak akanlah mama bersangka buruk dengan Firdaus. Oh mama....

Mama menggeleng perlahan. Bahuku mama sentuh lembut.

"Bukan maksud ma begitu, sayang. Ma tak nampak kesungguhan dia pada Syaza. Kalau betul-betul dia sayangkan anak ma ni dia tak buat Syaza ternanti-nanti. Okey ma nak tanya sudah berapa tahun Syaza kenal dengan dia?"

"Hampir 6 tahun, ma."

"Sekarang umur Syaza dah berapa puluh?"

"29 tahun."

Sesi bersoal jawab berlangsung.

"Masuk tahun depan umur Syaza dah nak masuk 30 tahun tapi dia tetap mengikat Syaza tanpa ikatan yang sah. Ma tak suka cara dia buat Syaza macam ni seolah dia menyekat kebahagiaan anak ma. Kalau betul-betul dia sayangkan Syaza suruh dia jumpa dengan ma secara baik. Kita orang melayu ada adat dan budaya yang sangat elok. 

Datang risik dulu bukan main senyap terus. Dia takpelah lelaki kahwin lambat masyarakat takde nak mengata tapi anak ma ni perempuan bukan tak cantik apatah lagi memilih. Gara-gara tunggu dia sampai ke tua Syaza tak kahwin-kahwin!" Berjeda mama memberi takzirah pada aku. Isi tazkirahnya hampir sama dengan Zalia.

Aku mengangguk lemah. Betul apa yang mama cakap tu. Takde pun yang salah.

"Bagi ma dia bukan nak buat Syaza sebagai isteri dia tapi nak main-main!" suara mama sudah kuat.

"Habis dia nak tunggu kaya raya dulu baru dia nak kahwin dengan Syaza?"

Aku terdiam tak tahu nak balas apa.

"Ma, kalau Syaza pujuk dia datang jumpa ma, ma setuju?" Teragak-agak aku menyatakan hasrat hati setelah beberapa saat kami saling membisu.

"Datanglah ma tak kisah tapi ingat, Syaza sudah jadi tunangan orang haram bagi mana-mana lelaki meminang atas pinangan orang. Sepatutnya Syaza tanya ma soalan ni 5 tahun yang lepas bukannya sekarang, sayang." Mama kembali senyum. Bahu aku mama tarik rapat ke dadanya.

MR POYO MY SWEETHEARTWhere stories live. Discover now