Part 21

1.8K 52 5
                                    


USAI menyediakan juadah makan malam aku memanggil Usyair di bilik. Dia langsung tidak menyahut panggilan aku. Tadi masa dalam kereta nak balik ke rumah pun bila aku tanya dia senyap. Dia masih marahkan aku.

Di meja makan aku hanya menguis spagetthi dengan garpu. Aku kerling Usyair sebelah dia khusyuk menjamu selera. Aku tak sedap hati bila dia terus senyap.

"Dik, Kak Norli ada mesej akak satni. Dia cakap teks ucapan untuk majlis malam lusa dah dia send dekat email adik."

Sepi.

"Dia cakap lagi baju untuk majlis malam nanti sudah dia siapkan. Esok dia minta adik ambil di butik."

Sepi lagi.

"Aa.."

Tak sempat nak bersuara lagi. Dia sudah angkat punggung. Membawa pinggan yang dia makan ke sinki.

Bahuku jatuh. Hilang idea untuk bercakap lagi.

Masuk ke bilik Usyair sudah siap berselimut seluruh badan. Bantal peluk sudah diletak di tengah-tengah sebagai pendinding. Selalu memang ada bantal peluk di tengah. Sebab hubungan kami masih lagi dalam tempoh perkenalan. Belum ke tahap hubungan merasmi. Tapi malam ini dua biji bantal peluk dia jadikan bentang. Nampak sangat dia sedang menjatuhkan hukuman terhadap aku.

"Adik, akak minta maaf. Kalau adik marahkan akak pasal tadi akak betul-betul minta maaf. Akak dah jelaskan semuanya pada dia."

Aku pegang tangannya lalu mengucup lama.

Dia menarik kembali tangannya dan membalikkan tubuh.

Aku sudah terngadah. Satu sikap yang aku belajar tentang Usyair. Bila dia marah jangan dipujuk.

KAMI bersiap-siap untuk ke majlis makan malam sempena Usyair dilantik sebagai pengarah Batik Usmiah Pertama diadakan di Hotel Renaissence jam 8 malam sekejap lagi. Batik Usmiah diambil sempenan nama mama Shamsiah dan Usman nama arwah abah. Seluruh warga kerja butik itu dijemput hadir.

Melalui biasan cermin di hadapan, aku melihat Usyair sedang membetulkan kolar baju kemeja. Pakaian kami sedondon yang dipilih oleh Usyair sendiri dengan bantuan Kak Norli. Gaun yang menutup aurat berwarna biru laut. Shawl aku kenakan warna kontra, iaitu pink.

Ternampak dia mencapai jam tangan di meja solek, aku berdiri lalu mendekati.

"Mari akak tolong pakaikan," pelawaku.

Senyuman terkoyak manis. Jam tangan aku ambil dari tangannya.

"Tak payahlah adik boleh pakai sendiri," bantahnya dingin.

Jam tangan dirampas kembali. Raup mukanya pun beku saja.

Aku kemam bibir. Dia masih marahkan aku pada perkara 3 hari yang lepas ke? Walaupun dia menjawab setiap pertanyaanku tapi intonasi suaranya berbeza. Ini tak boleh jadi. Aku perlu lakukan sesuatu.

"Takpe akak buat!"

Sekali lagi aku mengambil jam dari tangannya. Guna cara halus tak jalan jadi guna cara paksa!

Dia mendengus perlahan. Akur dengan kehendak aku. Dia turuti saja.

Aku tersenyum puas. Kemenangan berpihak pada aku.1-0!

"Okey, nampak sangat kacak walaupun tercacat dengan muka masam mencuka," candaku.

Sebaik memakaikan dia jam. Kononnya mahu buat dia terhibur tapi apa yang aku dapat dia menonong pergi. Ucap terima kasih pun tak.

"Adik! Adik marahkan akak ke?" laungku.

Dia yang hampir di muka pintu terus kalih seraya menggeleng.

MR POYO MY SWEETHEARTWhere stories live. Discover now