Part 21

1.6K 40 3
                                    

BAB 21

"KENAPA tengok adik macam nak peluk ni? Adik ke butik aje pun tak ke mana-mana tak kan dah rindu?" soal Usyair dalam tawa.

Aku menggeleng. Pandang tetap pada sisi wajahnya. Ikutkan hati sekarang jugak aku nak peluk kemas-kemas tak mahu lepas. Dialah my hero! Dalam diam dia mempertahankan maruahku.

Dia adalah Usyair si poyo tak perlu meminta dia memberi. Tak sama dengan Firdaus bila dengar berita tak sahih terus hilang kejantanan untuk mempertahankan cinta kami.

"Akak kenapa ni? Tengok adik lepastu tersengih-sengih sorang diri macam dah terangau dekat adik pun ya. Ke dah terjatuh cinta dengan adik ni?"

Dia sudah mula nak riak.

Aku terus mencemik.

"Perasaan poyo tu memang tak boleh tinggal langsung. Dik terima kasih ya."

Aku mengutuk dia sekaligus meluahkan rasa terima kasih padanya.

Dia kalih sekilas dengan wajah berkerut sebelum dia mengalihkan pandangan ke depan. Memberi fokus pada pemanduannya.

"Terima kasih sebab apa pulak ni? Akak ni dah kena rasuk dengan jin mana tiba-tiba lain macam aje arini," selar Usyair tanpa rasa bersalah.

Oleh kerana mood aku sedang bahagia aku abaikan kutukannya.

"Jin betina yang sudah terpikat dengan adik yang perasaan nak jadi mamat Korea."

"Mana ada adik perasan. Itu realitilah. Allah anugerahkan wajah adik berbeza dengan yang lain. Ini bermakna adik special sikit berwajah mamat Korea. Lepastu dapat belajar dekat Taiwan dalam bidang perniagaan semakin popularlah adik. Simpan rambut panjang sikit pakai subang perghh.. mengancam habis. Tambahan pula ramai yang cakap Lee Min Ho dengan adik hensem adik jauh."

"Oh tuhan. Sudah-sudahlah angkat bakul sendiri naik lif tekan sendiri. Berbulu telinga dengar tau. Adik tu bukan ciri-ciri akak tau. Mamat Korea nampak jambu sangat. Akak nak yang maskulin macho gagah perkasa gitu," jelasku dalam tawa.

Dia tiba-tiba senyap. Wajah yang dihiasi riak bangga diri terus bertukar masam mencuka.

Tawaku semakin besar. Rasa seronok pulak dapat kenakan dia sekali sekala.

"Ala-ala suami Korea akak dah merajuklah. Bila macam ni nampak semakin hensem kalah Rain Bi!" pujukku dengan nada suara budak tak cukup umur. Pipi kirinya aku cubit.

Tidak semena wajah mencuka dia terus berubah meleret. Lebar senyuman. Makan umpan jugak budak poya ni rupanya.

"Betul eh kalau Usyair marah nampak bertambah hensem?" soalnya. Dia jeling sedikit padaku.

"Aah akak kan cikgu mana boleh jadi penipu?" sogokku lagi.

Kali ini dia pula yang menjuih bibir.

"Ekeleh tak menipu konon. Padahal cikgulah yang paling pandai menipu. Serba serbi boleh buat kan!"

"Suka hatilah! Dik singgap PKT kejap akak ada nak beli barang. Hajat nak masak spagetthi dinner nanti."

"Alah kenapa tak kimchi. Rindu pulak dengan masakan Korea." dia merungut.

Kereta Usyair sudah masuk ke simpang pasar raya PKT yang beroperasi di pekan Wakaf Bharu.

Aku buka seatbelt dan mencapai handbag. Sebaik dia memarkir kereta di seberang jalan.

"Nak merasa masakan Korea tunggu akak dapat ijazah cef dari Korea. Ngada! Belajar di Taiwan nak makan makanan Korea. Orang Malaysia darah Melayu sepatutnya bangga dengan makanan tempatan bukan berbangga sangat dengan masakan luar." Aku sudah membebel.

MR POYO MY SWEETHEARTWhere stories live. Discover now