Part 7

1.7K 49 0
                                    

AKU sudah tercegak di hadapan kedai De Satey milik Firdaus. Balik dari sekolah tadi aku buat keputusan nak berhadapan dengan lelaki itu. Betul ke apa yang Ticer Laika bagitahu tadi. Kalau betul Firdaus tak masuk pinang aku di sebabkan hal status aku tu, memang Firdaus sengaja bermain api dengan aku.

Tatkala aku mahu melangkah keluar aku ternampak sebatang rotan. Rasa macam berguna pulak benda tu terus aku capai dan membolos keluar. Ada sesuatu aku nak hadiahkan pada kekasih hati sekejap lagi. Suprise!

"Kenapa ni Sya? Tak call pun nak datang?" soalnya dengan wajah sedikit berkerut sebaik aku muncul di depan dia yang ralit menambah bara.

"Perlu ke?" Soalku sinis.

"Sya...?" Dia semakin kehairanan dengan sikap aku yang dingin.

"Saya tak sangka awak sekejam itu Fir. Berapa lama kita berkawan? Bukan sebulan dua tapi bertahun-tahun! Awak hanya mempergunakan saya untuk kepentingan diri awak kan? Awak hanya mempermainkan! Saya benci awak, Ahmad Firdaus!" Pekikku dan terus mengangkat tangan memukul bahunya dengan rotan itu, bertubi-tubi.

Nak bagi penampar, haram! Sebab dia dengan aku bukan mahram. Nak sepak terang kang ada orang viral masuk FB. Ni kalau viral masuk FB, netizen nak mengomen pedas, aku boleh balas, biasalah cikgu nak mengajar orang tak reti nak jaga hati!

"Syaza Qayla kenapa ni?!" Firdaus sudah mengaduh kesakitan. Setiap pukulan daripada aku, dia mengelak.

"Kenapa Fir...kenapa?" Suaraku mula kendur. Rasa sebak mula menerjah. Aku tidaklah setabah wanita lain. Hatiku lembut dan mudah tersentuh.

"Kenapa apa Sya? Cuba jelaskan bukan main serang macam ni. Malulah orang tengok jom ikut saya, kita keluar dan kita selesaikan."

"Tak perlu! Kita selesaikan di sini. Awak anggap saya anak haram sebab itu awak teragak-agak nak kahwin dengan saya kan?" Tidak perlu berselindung lagi aku berterus terang pada dia.

Dari riak sedikit tenang terus berubah riak terkejut. Dia nampak betul-betul tersentap. Bibirnya bergetar-getar seakan mahu mengatakan sesuatu.

"Kenapa diam? Betulkan Ahmad Firdaus? Bodohnya aku kerana terlalu setia dengan kau. Derhakanya aku kerana mempertahankan kau, sanggup bergaduh dengan mama pasal ini. Sya rasa tidak menyesal bersetuju dengan pilihan mama walaupun dari awal Sya membantah. Sekarang baru Sya tahu kenapa mama melarang Sya kahwin dengan Fir sebab Fir sama dengan yang lain menuduh Sya anak haram!" Nada suaraku sudah tidak sekata.

Naik turun. Akibat marahkan Firdaus. Dalam masa yang sama aku turut memarahi diri sendiri kerana bodoh percayakan lelaki itu.

"Sya...dengar sini. Maafkan Fir. Percayalah Fir memang cintakan Sya tapi keluarga Fir...mereka tak bersetuju. Mereka syak Sya anak luar nikah. Tapi tolonglah bagi Fir masa untuk Fir jelaskan pada mak ayah Fir.

Mungkin mereka salah faham. Fir nak Sya bersabarlah sikit, Fir yakin lambat laun mereka pasti setuju kita kahwin. Fir tak kisah Sya anak haram ke tidak sebab Fir cintakan Sya."

"Firdaus! Tergamak Fir tuduh Sya macam tu sekali?" Aku menjerkah dia. Gigi dikacip rapat. Menahan amarah semakin kuat membara.

"Sya, Fir tak menuduh tapi kalau benda tu tak betul tak akan orang sibuk menjaja cerita Sya dekat keluarga Fir. Kalau Sya nak tahu kebenaran cuba Sya tanya pada mama Sya. Kenapa Sya berbintikan kepada Abdullah bukannya nama lain. Fir rasa dia lebih tahu pasal semua ini Sya."

"Sudahlah Firdaus! Tak perlu nak burukkan mama saya. Sya percayakan mama saya. Dia bukan macam orang yang awak maksudkan tu! Tentu dah lama Fir tahu fasal ni sebab tu Fir macam tak bersungguh dengan Sya kan? Sampai hati awak, Fir."

MR POYO MY SWEETHEARTWhere stories live. Discover now