『 1 | Eclipse Center ✿ 』

285 18 166
                                    

“Mieul, saya rasa penyakit ini boleh berjangkit jadi kita harus kuarantinkan dia.” kata doktor Soohye sambil mencatat sesuatu pada sebuah fail.

“Saya pun rasa begitu.” balas doktor Mieul sambil menganggukkan kepala. Cepat-cepat gadis yang terlantar di atas katil itu terus menggelengkan kepala.

“Tak! Saya tak mahu dikuarantin!”

“Myungeun, kami minta maaf tetapi awak perlu dikuarantin. Penyakit awak boleh membahayakan orang lain. Nurse Elle, Nurse Youngju, tolong bawakan dia ke wad kuarantin.” arah Soohye lalu ingin beredar. Tetapi tangannya ditarik oleh Myungeun.

“Doktor.. Tolonglah, saya tidak mahu ke kuarantin.. Bunuh sahajalah saya, saya lebih rela mati.” rayu Myungeun dengan tangisan sayunya.

Soohye tidak membalas. Dia merentap tangannya dan dengan muka tidak berperasaan dia mengarahkan dua orang jururawat itu membawa Myungeun ke wad kuarantin. Sambil katilnya ditolak, Myungeun meraung-raung meminta dirinya tidak dibawa ke sana.

“Kenapa mereka takut untuk ke wad kuarantin?” tanya pesakit baru yang katilnya hanya disebelah Myungeun yang bernama Minjung.

Pesakit disebelah Minjung yang bernama Jaeah menjawab, “Kerana kuarantin di Eclipse Center adalah kuarantin paling zalim. Penjaga di wad kuarantin hanya dua orang. Biasalah manusia, ada sifat kemalasan. Mereka tidak berapa hiraukan makan minum pesakit yang dikuarantin. Kalau tidak malas pun, ada di antara mereka yang tidak mahu penyakit berjangkit pada mereka tidak mahu masuk ke bilik kuarantin pesakit. Jadi pesakit kuarantin dikatakan hanya dapat makan apabila doktor masuk ke wad tersebut. Jururawat yang menjaga wad kuarantin akan memberi makan dan acah baik depan doktor-doktor padahal perangai macam syaiton gigazombi.” terangnya panjang lebar.

“Oh. Kejam. Nasib saya tak kena. By the way, saya Minjung. Shin Minjung.” Minjung mula memperkenalkan dirinya kepada Jaeah.

“Aku Kim Jaeah. Umur berapa?” soal Jaeah sambil memakan nasi berserta sedikit lauk.

“18 tahun. Panggil Min je.” jawab Minjung. Jaeah mengangguk sambil menelan makanan yang telah dikunyahnya.

“Jadi aku adalah eonni. Panggil Jaeah eonni tau. Kau tu darjah 3 hormat sikit aku yang darjah 5 ni! Hehe maaf-maaf terpengaruh. Oh ya, Min baru masuk ke pusat ini ke? Sampai tak tahu tentang kekejaman kuarantin apa bagai.” soal Jaeah lagi.

Minjung mengangguk dan berkata, “Ada apa-apa yang perlu saya tahu lagi ke?” Minjung bertanya sambil menyandarkan dirinya pada katil.

“Ada. Jangan rasa bila pekerja di sini baik dengan kau maksudnya dia adalah orang baik. Tidak. Orang-orang di sini mempunyai dua sisi iaitu sisi baik dan jahat. Aku pun tidak faham kenapa tetapi mereka ini baran. Hm, aku tak sabar nak keluar dari wad ni. Katilnya tak best. Katil di bilik persendirian lagi gebu.” ujar Jaeah membuatkan Minjung mengangguk lagi.

“Oh yalah lupa nak tanya. Macam mana kau boleh lewat masuk sini? And apa ada dekat luar sana? Aku tak pernah tahu.” kali ni tumpuan Jaeah beralih dari makanan ke arah Minjung. Dia benar-benar ingin tahu tentang benda yang menyebabkan dirinya dan penduduk lain perlu menduduki tempat ini.

“Dipendekkan cerita, saya dikejar oleh sesuatu yang agresif dan memakan daging manusia. Saya tak tahu apa bendanya tapi rupanya sangat teruk. Hm, lepas tu saya menyorok dalam sebuah lorong. Tiba-tiba saya dijumpai oleh orang-orang pusat ini dan dibawa ke sini. Macam tulah.” Terangguk-angguk kepala Jaeah mendengar cerita Minjung.

“Kau dah dapat bilik persendirian? Kelas disekolah nanti?” Jaeah meneruskan perbualan. Minjung hanya menggeleng. Dia bertanya, “Kenapa perlu bersekolah dalam waktu-waktu begini?”

Half Eclipse CenterWhere stories live. Discover now